Options:

Change NOW and ask me HOW

Change NOW and ask me HOW
call me for assist 0133526652 or bukert_89@yahoo.com.my

Tuesday, November 16, 2010

5 kapersky original key 2011 untuk dimenangi |sudubesi.com giveaway|

hahaha...amacam tajuk kat atas...ni gua dapat inform dari  sudubesi.com...masyuk jugakkan..
dia buat koloborasi dengan kaperskyhijau...
so gua dengan muka tak malu cuba2 nak join kontes ni...mane tahu kot-kot dapat free kapersky kan..sape nak bagi dow...
hahahaha...
mak gua kate, rezeki jangan tolak..jadi gua dengan langkah kanan nak cuba nasib..hehehe
so disini gua letak ape yang sepatuknya di letak kat post korang untuk cuba nasib....

ni lagi satu yang kena taruk:WAJIB
"saya mahu pc saya dilindungi oleh kapersky anti virus 2011.Saya juga mahu cool seperti jackie chan dan lee chong wei memusnahkan virus-virus durjana.
menang 5 KAV 2011 ORIGINAL KEY daripada sudubesi.com dan kaperskyhijau.blogspot.com

so... sape2 yang ase2 nak free antivirus, bole cuba..hahahaha
ni syarat2..
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Buat satu entry di blog anda  bertajuk ” 5 kapersky original key 2011 untuk dimenangi |sudubesi.com giveaway| “
2.Copy banner dan ayat-ayat berwarna merah dibawah banner sebagai kandungan post anda.Link back sudubesi.com dan kaperskyhijau.blogspot.com
3.Submit entry anda dengan comment di post ini berserta link penyertaan anda.
4.Tarikh pernyertaan adalah bermula dari 12/11 sehingga 26/11  (2 minggu)
5. 2 Pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan random.org
PENYERTAAN PALING KREATIF
3 Pemenang akan menerima  original kapersky key dari kaperskyhijau
Pemenang dipilih berdasarkan post paling kreatif. Tak kisahlah korang nak buat apa asalkan ada banner,ayat dan link back sudubesi.com dan kaperskyhijau.blogspot.com.

dapat ke tidak gua tak jamin..tapi itulah yang d janji kan oleh 
 sudubesi.com dalam blog beliau....

selamat mencuba okee...


http://sudubesi.com/5-kapersky-original-key-2011-untuk-dimenangi-sudubesi-com-giveaway/

Saturday, October 30, 2010

Coretan Manja

Setiap kehidupan pasti memerlukan,
kenali hati budi memimpin keinginan berkenalan,
kenalan menjadi siulan hati jika berkenan;


setiap apa yang berlaku memerlukan keberanian hati yang mana hanya mungkin mampu merubah kehidupan. Kesetian hanya satu ungkapan yang hanya Keikhlasan hati yang hasilkan.


Kenapa kita masih mencari siapa benar siapa salah sedangkan kita mampu menilai dan hasilnya adalah berlainan. Muhasabah diri perlu untuk menentukan semua ini, kerana semua ini akan dilihat selepas kita melihat dari segi pandangan hati yang murni dipimpin oleh kesucian hati yang bermuhasabah...


Cukupkah kita melihat dan membetulkannya jika masih melahirkan kotoran-kotoran hati yang menelan minyak hitam untuk menjadi panduan. Sejauh-jauh hukuman hati ini, jauh lagi kemusnahan hati yang akan menunggu pengakhiran asbab yang akan menimpa....


p/s:masih muhasabah untuk bahagia.....

Thursday, October 28, 2010

Kisah Makan-makan

Hahaha..
topik top di kawasan kem askar Cheras ini...
tak habis dengan kisah hantu, kini aku di selubungi oleh komander-komander yang menuntut hutang bola golf untuk menjayakan Kejohanan Golf terbuka kot...hahahaha....


tengok..bertapa ganasnya kami...


group bermasalah & group star ni memang melengkapkan nama kompeni kami yang selalu diselubungi kemusnahan nama baik...mungkin ada yang tak fahamkan..tapi tak ape... cuba ikut flow pelahan-lahan..hehehe


ni terdengan lagu berkata "terkenan aku zaman jepun makan ubi kayu sapa kembung perut"  itulah ibarat bertapa kayanya kita zaman kini.. off topic..hahaha...


Kejohanan yang dirancangkan ini telah diuruskan oleh Kumpulan Kecermelangan.. setiap kompeni perlu menghantar yuran penyertaan sebanyak 55 ribu rupiah (bajet je kot) dan yuran penyertaan inni perlu diserahkan oleh setiap ahli kompeni.. dan kompeni star & kompeni batter than kecemerlangan telah melancarkan perang saraf dengan menubuhkan pasukan risikan khas dan pasukan  propaganda majmuk dengan menggabungkan keinginan ahli unutk memberontak..


profile tinggi ini digunakan untuk melawan secara berhemah tetapi mendapat tentangan hebat setelah kompeni kecemerlangan mendapat sokongan padu dari ganeral-ganeral kompeni star dan kompeni bermasalah...


kejohanan golf ini dikatakan untuk mengutip dana untuk melancarkan perang terhadap Guanzho... pon begitu telah ditepis secara kilasan maut serta merta..jadi isu dana perang ke Guanzho tiak berbunyi, tetapi isu penyalah gunaan kuasa tentera tertinggi telah berlaku setelah komander dari kompeni kecemerlangan telah belot untuk menegakkan Keadilan(not politik)....


but telah berlaku sedikit kekhilafan dalam merancang kerana Ganeral kompeni bermasalah telah mengsponser untuk menjayakan kejohanan golf kali ini.. hal ini membuatkan perang saraf gagal...kompeni star pula ditaja oleh kompeni kecemerlangan.......


selamat main golf yer..hahahaha
tunggu kesudahan

PolitiKUS di Malaysia

salam sejahtera..sudah lama meninggalkan ruang bicara.. entry kali ini lebih kepada pemikirran muda anak bangsa Malaysia yang dicanang oleh hamba sendiri...

1 point:Pilihanraya Kecil Dun Galas
semua mata beralih kepada negeri Serambi Mekah ini..dimana Galas berada dalam jajahan Gua Musang a.k.a bndar Ku Li.... persoalan pertama untuk politiKUS di Galas..projek perumahan rakyatboleh diluluskan serta merta...sedangkan Ku Li telah memohon selama 2tahun..tapi kenapa baru sekarang diluluskan..ok lah..kita anggap sistem perok bawoh meja berlaku..teruskan lagi kepada projek Kampung Wifi... untuk pengetahuan, projek ini telah dijanjikan di Jelebu..tapi boleh bertukar atau buat pusingan U-Turn serta merta...

dah lah...malasdah nak fikir sal politiKUS ini...

kita masuk politiKUS lain pulak..ini berkisarkan kepada pemilihan KEADILAN...
2 point:
kenapa masih terbawak2 sikap bergaduh sesama sendiri..semakin banyak isu korek lubang kubur sendiri dijalankan..isu tangan kosong pon bukan main lagi di canang...udah2 ler tu..kita memang nakkan yang terADIL..tapi fikirkanlah kesan kepada parti komponen yang lain....(hanya menasihati)
tak memilih untuk parti ini..

sambungan....

Thursday, September 23, 2010

Kemerdekaan Hanyalah Penjajahan Minda

Lihat disekeliling, apa yang tinggal hanyalah kesedihan yang telah dipadam dengan pesta hiburan untuk menyambutnya.

Sekali pandang, mungkin itu satu perbezaan yang tidak akan kekal selagi kita terus hanyut dibuai laungan KEMERDEKAAN...

Setiap pagi anak-anak kecil mendengar dentuman bom-bom diserata Tanah Melayu, namun kini mereka mendengan dentuman bunyi bising dari motor yang bergema didalam telinga.

Pemandangan kini semakin kelam dengan keriuhan sambutannya tanpa mengambil kira hati yang berjuang, mereka hanya melihat dan menangis kerana sambutan telah bertukar menjadi penjajahan minda besar-besaran..

Kenangan manusia semakin hilang akan nama ulama'-ulama' yang berjuang, tetapi mengingati nama-nama ahli proksi yang meneliti rancangan penaklukan baru dalam jangka masa Kemerdekaan..

............................................................................

kisah di atas hanyalah luahan hati seorang pejuang yang kini tiada dihadapan mata, tetapi berada di hati..mereka ingin melihat kemajuan kini, tetapi tolonglah berhenti dari memperbodohkan diri kita dengan rancangan penjajahan minda baru kini.
Masyarakat kita sekarang lebih suka menari dan menyanyi daripada menghadiahkan al-fatihah kepada yang gugur..kemana hilang jati diri, tetapi bila laungan Melayu Ditindas, berduyung2 keluar mempertahankannya..katanya perjuangan bangsa..namun kita lupa, kita hanyalah nasionalis yang sama memerdekakan diri tapi merangcang penjajahan minda yang baru. fikirkan lah selagi jasad mampu menampung keindahan akal yang bergulung dalam lipatan sulaman benang.

Monday, August 30, 2010

Kisah Pulau Memulau

salam...hahaha...after entry panas baru ini, ak ada cerita baru plak..hehehehe...
seperti tajuk, aku hanya akan menambah gara, slow2 dan sikit2. coz this story not my real experience.hahahahaha....


nak kata klakar tak jugak, tapi aku dengan beraninya telah menjolok sarang tebuan baru dari kompeni lain yang sama batalion dengan aku punya kompeni. tapi kompeni ni aku namakan kompeni rugby. senang nak cerita.hehehehe

kisah bermula apabila General dari batalion aku merangkap komander unit khas bagi kompeni rugby telah mengadakan majlis serang hendak di waktu magrib untuk menghormati ramadhan. kompeni ini telah merancang dengan amat baik dan dengan bantuan ahlinya.mereka dapat perangcangan yang paling tip top dalam mana2 rancangan batalion. bagi kes ini, kompeni aku hanya sebagai permerhati kerana komander kompeni aku tidak dapat memenuhi tuntutan tentera sebab masalah teknikal yang di timbulkan oleh mereka sendiri.hahahahhaa

rancangan mereka bermula jam 1800 pada 27 ogos...mereka mula bertolak dan dijangka akan membuat serbuan setelah mendapat risikan awal dari 3 orang askar muda, yang mana mereka ialah askar macho, askar cina dan askar baik. setelah risikan dilakukan, askar macho telah terpicak periuk api dan cedera seperti di gigit semut api semasa dalam perjalanan pulang dari misi. namun semua askar percaya kecederaan itu tidak akan menggangu urusan serangan mereka. risikan bermula awal sehari dari hari serangan untuk memudahkan lagi perangcangan.

maka bermulalah usul rangcangan kompeni rugby, mereka dianggotai 6 wirawati dan 14 wirawan yang semuanya bersemangat. tetapi satu permasalahan berlaku. dimana askar macho tidak mengikuti usaha ahli lain untuk menyerang. ahli lain mula bengang, setelah mendapat berita yang askar macho telah mengadaikan usaha serangan semata-mata untuk bersama anasir luar.

askar lain tetap dengan misi dan meneruskannya. dan segala misi telah selesai dengan jayanya. mereka pulang agak lewat ke tempat berkumpul. hal ini tidak merisaukan sesiapa kerana mereka telah bersama satu kompeni. masalah timbul kembali setelah khabar angin askar macho keluar dengan anasir luar tersebar. askar ular telah menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap askar macho dihadapan tentera lain. perbincangan bermula dimana hanya wira2 terlibat. di bilik operasi Nabila (markas utama untuk kompeni aku dan rugby). askar macho pula terus dengan sikap machonya yang menganggap beliau ialah wira yang cedera.

tetapi cederakah jika dapat bersama2 anasir luar dan bergembira bersama2??itu menjadi persoalan. askar macho tidak bersuara dan membuat seperti tidak bersalah menimbulkan episod baru dimana di kediaman rasmi tentera wira mereka tidak bertegur sapa. Askar dari kawasan sulit blok 18 aras 2 telah bersuara di pacebuk setelah melihat gambar askar macho. diikuti oleh askar lain seperti askar elastik dan askar dewo futsal.

dan sehingga kini mereka masih dalam kedaan pemulauan antara satu sama lain.

p/s:crita ini hanya untuk menambah lemak di setiap isi dosa bersih pendosa untuk santapan dan pedoman ahli2nya.crita terpaksa di cut2 untuk memberi laluan kepada cerita lain,,,hehehhee

Perjalanan Dunia

Salam Sejahtera... pagi2 ni nak bagi entry kearah memuhasabah diri yang agak serius.
........................................................................
kita kini telah memasuki usia yang amat penting dalam pembentukan diri yang semakin hampir kepada pengakhiran. Disini terdapat beberapa persoalan yang akan mengubah hidup.

Soalan 1
Perlukah kita berubah??
Ya...amat perlu untuk menentukan keikhlasan hati untuk berjuang menanti keredhaannya. Selagi hidup menentukan segalanya, kita akan terus sunyi dan ketinggalan dalam segalanya. setiap insan dikurniakan kepandaian serta akal untuk menentukan penyelesaian masalah. Pencipta kita telah memberi satu rahmat yang amat bernilai dan berguna untuk kita pastikan tidak terpesong dari jalan NYA..

Soalan 2
Kenapa kita begini?
satu persoalan yang mana akan menentukan tahap pemikiran seorang insan yang melalui perjalan kehidupannya. sama seperti persoalan 1, kita tidak lari dari melakukan sesuatu kesilapan. jadi kita perlu berubah untuk menjadikannya lebih success. dan kita akan terus begini selagi kita masih tidak dapat menentukan tahap keikhlasan hati kita. DIA telah menetapkan segalanya, cuma dia bagi kita pilihan untuk memilih dan mengubah kenyataan. kerana sesiapa yang berusaha, dia lah yang akan berjaya dan mengubah kedaan tersebut.

Soalan 3
Siapakah kita untuk berubah?
kita adalah umat dan askar suruhan Nya untuk menyembahNya. sila munasabah hati dan lihat segala segi dan segala genap kehidupan. kita adalah insan yang amat bertuah kerana diberi pilihan dan peluang. berubah bukan satu perkara yang bholeh berlaku dengan sekadar mengeluarkan isi hati.


p/s:sedang menghayati kehidupan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...