Options:

Tuesday, December 27, 2011

Kau Ni Baik Sangat!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
hanya entry pendek...

Sedar atau tidak kini blog gurumusafir tidak terupdate kerana perangai segelintir(seseorang) manusia yang terlalu suka melihat kegagalan dan menggangu keharmonian hidup orang lain. Susah payah hidup kini semua bermula kerananya. Membuatkan setiap isi hati dalam lingkaran kehidupan aku mula gundah dan tidak tenang.

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,

Bait nasyid di atas adalah satu peringatan kita wahai manusia. Suka atau tidak kita akan melalui naik turun dalam kehidupan. TERIMALAH dengan hati terbuka dan memohon kepadaNYA dan bukan terus menyerang atau menyalahkan orang lain.

p/s:ku mohon ampun dan maaf jika punya kesilapan..Insya Allah akan mula menulis kembali :)

Wednesday, November 16, 2011

Warkah Dari Kampung 1

Assalamualaikum ya habibi. Awak sihat? Sebelum tu, saya nak mohon beribu kemaafan sebab baru ini ada kesempatan untuk saya membalas surat awak setelah menerima 9 surat. Heeii.. Mak tak benarkan saya keluar rumah untuk ke pekan. Apatah lagi untuk ke pejabat pos yang terletak di pekan sebelah. Surat ini saya kirim melalui Mirul yang kebetulan nak ke pekan sebelah atas urusan pembayaran bil katanya.

Mak risau sangat dengan kesihatan saya. Hari-hari mak akan urut kaki saya selepas saya mengurut kaki mak. Sayang benar mak pada saya, kan awak. Alhamdulillah dikurniakan ibu dan emak yang cukup baik, walaupun terpaksa berjauhan dengan awak. Awak, saya dekat sini makan ikut time yang awak dah tetapkan. Tapi kenapa awak yang nak kurus? Awak perlu makan ikut masa juga. Kesihatan perlu jaga. saya jauh untuk jaga awak di sana.



Awak, macam mana kerja? Semuanya ok x? Tahniah atas kejayaan demi kejayaan yang awak capai. Saya bangga dengan awak. Tak sabar rasanya nak tunggu awak habis kontrak kerja jauh tu.  Setiap kali surat awak sampai mesti mak akan duduk sebelah saya, nak saya baca surat awak sama-sama. Rindu pada anak dia la tu.

Awak-awak, saya ada hadiah baru untuk awak. saya ada belikan baju kemeja lengan panjang untuk awak. Di mata saya dan emak cantik la tapi di mata awak saya x tahu la. Citarasa orang perempuan selalunya x sama dengan citarasa lelaki,kan. Tapi kalau awak x suka pun awak kena pakai jugak tau, nanti membazir pulak. hehe.


Awak, ibu sihat? Awak ada menjenguk ibu saya x? Apa kata ibu? Saya rindukan ibu. Nanti awak balik sini, awak ajak la ibu ikut sekali. Nanti saya dah betul-betul sihat, awak bawak saya jumpa ibu ya. Awak, sampai di sini dulu surat saya ya. Nanti bila Mirul nak ke pekan sebelah lagi, saya kirimkan surat untuk awak. InsyaAllah. Jaga diri baik-baik, jaga solat, pergi masjid untuk berjemaah bila ada kelapangan waktu.

salam sayang dari kampung.


p/s : cuba merealisasikan permintaan pembaca yang mahukan surat balasan. penuh pengharapan agar surat balasan setanding Surat Untuk Kekasih (masih belajar menjiwai watak, watak perempuan terutamanya) :)

Saturday, November 12, 2011

Surat Untuk Kekasih 9

Assalamualaikum awak... Apa khabar kali ini? Maaflah lama and jarang-jarang tuliskan surat untuk awak. Sekarang sibuk dengan program syarikat and persatuan kemasyarakatan yang saya join ni, banyak plak program yang dijemput akhir-akhir ini. :-)

Macam mana keadaan kesihatan awak, da semakin ok ke? Hope sangat awak mengikut schedule dalam makan ubat. Jangan guna jawapan "tak pe" lagi,nanti semakin menjadi-jadi pulak sakit tu. :-) By the way ubat yang awak poskan untuk saya tu berkesan jugak, Allah telah sembuhkannya. Alhamdulillah :-)

Awak-awak, saya ada cerita bestlah. Nak tau tak berat saya da turun? Hehe. Banyak tau,da kembali kepada bmi (body mass index) yang paling ideal dah. Hehe. Kalau sebelum ni bmi saya 23.3 yang mana ia sama dengan awak kan?hehe. But now da 22 dan ia adalah paling ideal untuk lelaki :-P Awak kalau nak kurangkan berat, jangan diet melampau pulak and jangan rasa nak lawan turunkan berat tu. Nanti mengejuk bahaya tau, ia akan effect system body yang lain. Sama juga dengan ambil ubat diet, ia just suppliment and kita tetap kena makan ikut jadual. Lagipun awak bukan gemukpun, just berat je lebih :-)

Awak, tentang keinginan awak pulang bekerja dekat sini balik tu, saya rasa awak tak payahlah kerja lagi sebab lelaki tu makin mengila mengfitnah kita dekat CEO syarikat. Nanti confirm dia akan bagi feedback yang burut pada syarikat yang nak interview awak itu. Memang CEO nak tolong kita, but lelaki tu pandai bermain wayang. Ramai dah staff dia sampaikan cerita bukan-bukan. Ingat tak saya penah cerita yang akan bangunkan bangunan konsep hijau dalam surat terdahulu? Yang tu pun hampir ditukar pengurusan and dana untuk menjalankannya juga telah dirapikan, memang susah untuk mendapatkan barang coz supplier lama dipaksa untuk hantar dua invoice harga pada 3 deparment and kena lalui pemeriksaan ketat dari tiga-tiga tu.

aktiviti kemasyarakatan..hahaha
So saya harap awak bersabar dulu ok? Lagi 2 tahun aje, saya akan keluar dari syarikat ni and time tu kita akan kembali bersama. :-) I'allah. Jika kita berusaha, Allah akan tolong sebab Allah sukakan umatNya yang sentiasa mendambakan pertolonganNya and yang selalu mengingatiNya. Kan? Hehe. Jangan sesekali mengalah dengan dugaan dunia tau, we are strong people yang diberikan kelebihan oleh Allah untuk menerima 'hadiah' ini :-)

Setiap kejadian dan dugaan adalah pesanan dan petunjuk dari yang esa untuk kita supaya lebih mengingatiNya and berusaha. Sampai disini sahaja surat untuk kali ini. Maafkan abang jika punyai salah silap pada sayang. Saya rindu and sayang awak sangat-sangat!

P/s:setiap kehidupan adalah untuk menghambakan diri padaNya. :-) awak, doakan present saya untuk syarikat nanti berjaya.

Surat Untuk Kekasih8 | Surat Untuk Kekasih 10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...