Options:

Change NOW and ask me HOW

Change NOW and ask me HOW
call me for assist 0133526652 or bukert_89@yahoo.com.my

Monday, September 21, 2009

raya!!!

hari raya...
menandakan dua perasaan yang hadir melalui jiwa manusia.
tidak akan hadir rasa yang lain selain gembira dan kesedihan...
gembira mengenangkan bulan kemenangan kita selaku muslim yang bejaya menempoh dugaan puasa.
kesedihan kerana adakah kita mampu untuk hidup selepas ini..
sambung...
nak kuar g jalan...

Thursday, September 10, 2009

kelas yang bosan...
huhuhuhuhu....

ada 3 lg agsiment yang xsiap...
semua nak htr dlm ms tdekat..

Sunday, September 6, 2009

bersatu teguh

aku menjadi sedikit hipokrit dalam menuntuk markah lebih..hua3...
Assalamualaikum dan salam satu malaysia kepada Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Panel Hakim yang adil lagi bijaksana, saudari penjaga masa yang setia dengan waktunya, pensyarah Bahasa Melayu, dan rakan-rakan seperjuangan sekelian.

Sebelum saya melangkah lebih jauh dalam menyampaikan pidato saya pada hari ini, izin di minta untuk saya mendefinisikan tajuk pidato saya yang cukup mudah difahami dan cukup hangat dibincangkan iaitu 'Bersatu Teguh Bercerai Roboh'. Menurut kamus eletronik wikipedia, “bersatu” telah membawa rmaksud perpaduan diantara beberapa unsur yang akan becampur menjadi satu. 'Teguh' bermaksud sesuatu yang kuat dan tidak akan berganjak sekiranya menhadapi halangan. 'Bercerai' pula membawa erti tidak bersama yang mana ia dipisahkan oleh satu halangan. Manakala 'Roboh' pula membawa maksud hancur atau musnah atau runtuh. Dan secara umumnya ‘bersatu teguh bercerai roboh’ membawa maksud selagi kita bersama-sama kita akan terus kekal berdiri teguh dan jika kita berpecah, akan mudah segala unsur yang tidak diingini mengangu kita.

Hadirin Aspirasi Negara,

Saya berbesar hati untuk meneruskan hujah pertama saya di bawah lembayung kata modal insan. Menurut PM ke-5, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dalam perbentangan teras dasar pembangunan modal insan negara, sesebuah masyarakat sangant diperlukan untuk bersama-sama menjayakannya dengan memberi tumpuan kepada bidang pendidikan untuk membentuk seorang modal insan. Dengan mengaitkannya peribahasa yang saya usulkan hari ini, saya dapat melihat usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menjayakan misi perpaduan nasional, dimana ia mengutamakan pembangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif dan progresif yang lebih jauh dan lebih efektif untuk melahirkan generasi minda kelas pertama.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa dengan adanya sikap bersatu teguh, masyarakat dunia mampu melihat negara kita dengan perspektif yang lebih jauh dan lebih progresif dalam menjalankan sesuatu pekerjaan dengan lebih efektif. Ia dilihat mampu membuka minda masyarakat global untuk lebih terbuka dan lebih memahami dari aspek politik, sosial, ekonomi dan lain-lain lagi.

Hadirin Satu Malaysia,

Hujah saya yang kedua di bawah kata kunci 'Perpaduan' akan mejelaskan lagi usul saya pada hari ini. Perpaduan adalah salah satu faktor penting dalam bersatu, kita dapat lihat usaha kerajaan kita pada hari ini yang mengetengahkan konsep ‘Satu Malaysia’ yang mana ia dilihat teramat bertepatan dengan bersatu teguh. Dengan penerapan nilai-nilai murni yang ada diantara kaum memberikan masyarakat kita tidak mudah untuk ditindas.

Ia telah bermula sekian lama dan ia dibuktikan apabila Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ditubuhkan pada tahun 1949 untuk mencapai perpaduan kaum. Dengan adanya perpaduan antara kaum, negara kita kan lebih teguh di bawah penilaian pelbagai kaum yang dapat membetulan segala kekurangan yang timbul dalam membentuk negara yang utuh. Pada waktu itu negara kita telah setapak menuju ke arah proses kemerdekaan. Hal ini lah yang dimaksudkan bersatu teguh bercerai roboh yang mana negara penjajah mula bimbang dengan perpaduan yang ada di Tanah Melayu pada ketika itu untuk menuntut kemerdekaan.

Hadirin Penceria Negara,

Saya akan meneruskan hujah terakhir saya yang datang bertandang di atas kata kunci ‘Tamadun’. Menurut pandangan sarjana Islam, Syed Naquib Al-Attas, tamadun adalah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur. Kesemua ini lahir daripada masyarakat yang bersatu padu kerana Bersatu Teguh mampu mencipta persekitaran yang kondusif dan gaya hidup yang lebih sistematik.

Hal ini menyababkan budaya mudah dibentuk dan melahirkan generasi yang berbudaya selaras dengan kata-kata Syed Naquib Al-Attas. Dengan bersatu padu, negara kita mampu mencipta sejarah tamadun kita sendiri. Hal ini dapat dibuktikan apabila rakyat Terengganu bersatu untuk memajukan negeri mereka dengan menggunakan motto 'Mencipta Tamadun Baru' dan kita kini dapat melihat hasilnya dengan terbinanya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang mendapat penganugerahan stadium tercanggih dipantai timur, selain itu negeri tersebut telah mencipta sejarah membina Taman Tamadun Islam yang didalamnya terdapat Masjid Kristal dan pelbagai arca dan replika masjid terkenal di dunia. Maka masyarakat hari ini tidak boleh memandang enteng tentang bersatu sebelum kita roboh di pijak oleh masyarakat lain.

Hadirin Penyeri Negara,

Maka disini dapat saya konklusikan secara ringkas tentang bersatu teguh bercerai roboh. Bersatu teguh bercerai roboh merupakan langkah pertama yang diperlukan dalam memajukan negara seterusnya menapai Misi Nasional untuk melihat negara kita menjadi negara maju. Disitulah terletaknya tunjang pembangunan negara kita yang kita cintai ini. Disebabkan itulah kita perlu bersatu padu untuk mengelak negara kita berpecah belah dalam menuju Misi Nasional. Sehubungan itu, saya berharap agar masyarakat kita kini dapat mengukur keupayaan masing-masing untuk menjadi sebuah masyarakat yang bersatu dimana ia selari dengan konsep satu malaysia yang digunakan kini. Telajak perahu boleh berundur, telajak kata maaf dipinta. Saya berharap agar pidato saya hari ini dapat memberi satu aspirasi baru kepada masyarakat kita. Sekian, terima kasih.

PerjanjiaN

manusia mengikat janji
dimana hanya manusia mahu berjanji
dari masa lampau lagi
janji menjadi satu sakti
dimana kita
janji apa
untuk apa
mengapa kita perlu memenuhinya
hanya DIA
DIA menentu segalanya
kita hanya memetuhi ketentuannya
doa memacu bersama
hanya itu kita mampu
janji harus ditunai
itu misi dari-NYA lagi Esa
memenuhi jiwa manusia biasa
mengikuti segala ketentuannya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...