Options:

Change NOW and ask me HOW

Change NOW and ask me HOW
call me for assist 0133526652 or bukert_89@yahoo.com.my

Thursday, September 23, 2010

Kemerdekaan Hanyalah Penjajahan Minda

Lihat disekeliling, apa yang tinggal hanyalah kesedihan yang telah dipadam dengan pesta hiburan untuk menyambutnya.

Sekali pandang, mungkin itu satu perbezaan yang tidak akan kekal selagi kita terus hanyut dibuai laungan KEMERDEKAAN...

Setiap pagi anak-anak kecil mendengar dentuman bom-bom diserata Tanah Melayu, namun kini mereka mendengan dentuman bunyi bising dari motor yang bergema didalam telinga.

Pemandangan kini semakin kelam dengan keriuhan sambutannya tanpa mengambil kira hati yang berjuang, mereka hanya melihat dan menangis kerana sambutan telah bertukar menjadi penjajahan minda besar-besaran..

Kenangan manusia semakin hilang akan nama ulama'-ulama' yang berjuang, tetapi mengingati nama-nama ahli proksi yang meneliti rancangan penaklukan baru dalam jangka masa Kemerdekaan..

............................................................................

kisah di atas hanyalah luahan hati seorang pejuang yang kini tiada dihadapan mata, tetapi berada di hati..mereka ingin melihat kemajuan kini, tetapi tolonglah berhenti dari memperbodohkan diri kita dengan rancangan penjajahan minda baru kini.
Masyarakat kita sekarang lebih suka menari dan menyanyi daripada menghadiahkan al-fatihah kepada yang gugur..kemana hilang jati diri, tetapi bila laungan Melayu Ditindas, berduyung2 keluar mempertahankannya..katanya perjuangan bangsa..namun kita lupa, kita hanyalah nasionalis yang sama memerdekakan diri tapi merangcang penjajahan minda yang baru. fikirkan lah selagi jasad mampu menampung keindahan akal yang bergulung dalam lipatan sulaman benang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...