Options:

Change NOW and ask me HOW

Change NOW and ask me HOW
call me for assist 0133526652 or bukert_89@yahoo.com.my

Monday, July 11, 2011

Hadapi Dengan Senyuman

belum habis lagi ulasan tentang lagu Ungu lam entry minggu lepas, aku terus langkah kepada entry lagu baru..Yeah!! this song....Hadapi Dengan Senyuman..ia adalah nukilan dan nyanyian kumpulan Dewa..walaupun lagu ni dah lama..lagu ni banyak membuat seseorang atau lebih senang "aku" untuk menghadapi dengan lebih baik..

kisahnya bermula dengan teguran oleh seorang yang amat istimewa..beliau kata jangan sedih2..walhal aku yang selalu chill kan dia..but hari tu dia bagitahu,kita kena hadapi sesuatu dugaan yang Allah bagi dengan senyuman, kerana senyuman itu sedekah and membuatkan hati menjadi tenang..

wah...bila difikir2kan balik..aku pernah gunakan ayat tu..sama sebijik..than situ lah permulaan tentangnya.. Ia membuatkan aku untuk lebih mengingati dan menghargai sesuatu dengan lebih dalam..

Tetapi tak semua perkara boleh dihadapi dengan tenang, memang akan ada masalah yang akan membebankan kepala lutut kita ni kan??kerana ujian yang didatangkan bukan sentiasa mampu dihadapi oleh hambanya dengan tenang dan mudah sebab iman setiap manusia adalah berbeza.

UjianNYA adalah untuk menguatkan keimanan dan keinginan kita untuk BERTUHAN..percayalah, sejauh mana kita mengingati setiap masa untuk ditempatkan dikalangan para soleh solehah nanti.

Monday, July 4, 2011

Andai Kau Tahu

Fahami dari segi agama..kerna ia ada sesuatu yang kita belum ketahui..

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…


nyanyian kumpulan UNGU..walaupon dah lama..kembali pada waktu asal kamu dijadikan...

Friday, July 1, 2011

Kepuasan

Kehidupan ini memang sukar..dan amat lah sukar untuk memahami setiap isi hati manusia...
tetapi kita haruslah faham dengan pemintaan manusia lain..kerana setiap khilaf yang berlaku adalah ketentuanNYA...


Janganlah kita memaksa untuk mencapai matlamat diri kerana setiap matlamat itu ada halal haramnya.penerimaan atas ketentuanNYA juga merupakan satu keperluan dan wajib di terima secara baik dan bukannya menyalahkan pihak lain....


setiap pelakuan insan di muka bumi ini adalah penilaian yang di nilai oleh yang maha kuasa. Kiri dan Kanan mencatit setiap tingkah laku warna di bumi Allah ini.


Begitu juga dengan menjaga pecakapan dan dalam membuat keputusan. Janganlah diikutkan kata hati yang sentiasa menyangka kita betul "telajak perahu boleh diundur, telajak kata badan binasa"..


Thursday, June 30, 2011

RINDU

Hati makhluk mana mungkin mampu menahannya,
kehidupan dunia bukan sesempurna hakikatnya,
kita akan terus dan terus mendapatkannya,
kita akan terus dan terus mencarinya,
kita akan terus dan berterusan mengusahakannya;

Kenapa dengan kurniaan hati ini,
sedangkan merupakan pemusnah kepada yang rugi,
memohon dan merayu untuk berdusta tentangnya,
tetapi kita mana mungkin dapat melawannya;

Kurniaan ini murni kepada pembawa yang suci,
yang mampu untuk mengerti dan menjaganya,
kerna ia adalah keperluan untuk kita menemukan sisi murni,
lengkaplah alur perjalanan yang bengkok diluruskan bagi pendosa,
melengkapkan matlamat duniawi umat;

Bersyukur kerna mampu melaluinya,
bersama-sama melindungi kurniaan yang disucikan,
dan lengkaplah untuk berdua merentasi halwa hati yang suci,
ia adalah kebahagian yang menanti,
anugerah Ilahi yang tiada hujungnya,
kerna hanya DIA yang maha mengetahui,
setiap apa yang TERJADI!!!

kerinduan memamparkan nukilan setiap sisi hati.....

Sunday, June 26, 2011

For You

Wednesday, May 25, 2011

Cinta Atau Sayang??

"awak2..saya sayang awak!!"..tetapi di balasnya "tapi saya cintakan awak.."
dua ayat yang berbeza dan berlainan mksud jika di selami atau di amati..
sejauh mana kita mengenali cinta dan sayang??
begitulah ertinya pada kehidupan...

cinta  ialah merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.(sumber)

Kata cinta dalam Al Qur’an disebut Hubb (mahabbah) dan Wudda (mawaddah), keduanya memiliki arti yang sama yaitu menyukai, senang, menyayangi.
Sebagaimana dalam QS Ali Imron : 14 “Dijadikan indah dalam pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga).” Dalam ayat ini Hubb adalah suatu naluri yang dimiliki setiap manusia tanpa kecuali baik manusia beriman maupun manusia durjana. (sumber)..

sejauh mana kita mencintai dan ingin dicintai?
berpadakah apabila ia dimiliki?

beza sayang dan cinta amat lah jauh jika dibelek atau diamati dengan mata hati dan berpandukan agama. cintakan Allah dan sayangilah Rasulullah s.a.w..

fikirkan perbezaan dari ungkapa di atas.ia akan memberi kita makna tentang kehidupan sebenar kita di muka bumi ini,.

sayang akan di updated pada post akan datang..hehehe~

Friday, April 1, 2011

Teruk ke Perbuatan Ni Sebelum Tido??

salam...pagi2 ni nak crita sal satu soalan yang ada pernah org tanya sama aku...
apa benda yang aku suke buat klu bsama orang tersayang n ap yang ak buat jika bersama orang tersayang..jujur dan ikhlas nya ak amat teringin tengok muka orang aku sayang tidow...kenapa??
meh aku kongsikan crita dari tuan punya penulisan....
tajuk atas tu saje wak gempak..hahaha


Hikmah Melihat Muka Orang Yang Kita Sayang Sedang Tidur....
melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur... .. Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka... ..

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda... . Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA... ..

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "

p/s:ni ceduk dari http://www.facebook.com/notes/azimah-amran/hikmah-melihat-muka-orang-yang-kita-sayang-sedang-tidur/155508554504887


gambar ni adalah kaitan skit2..my mom with nenek n pak n mak sedara besama2 spupu sepapat..
kat Airport Mahal Ganu
so mcm mana..dah ada idea kenapa aku amat mahu untuk melihat..wajah ibu mungkin selalu aku lihat..tapi ayah aku amat susah....nth bila berkemampuan untuk melihat..setiap kali melihatnya...air mutiara akan gugur ke bumi....dimanakah kita suatu hari nanti...


sayangilah mereka semua!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...