Options:

Change NOW and ask me HOW

Change NOW and ask me HOW
call me for assist 0133526652 or bukert_89@yahoo.com.my
Showing posts with label rentetan hati. Show all posts
Showing posts with label rentetan hati. Show all posts

Sunday, June 2, 2013

Kembali


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menulis dalam laman yang kadangkala meninggalkan seribu kesan dan pengalaman mematangkan diri.

Setiap pelakuan manusia itu akan diadili dengan baik dan saksama, ia pasti!!

Dikala hati kita riang apabila menerima pemberianNya, kita sentiasa lupa dan alpa untuk memikirkan saat kosong bakal kembali. Di saat inilah manusia akan kembali pada pemikiran asalnya untuk membina jati diri yang lebih kuat.

Pada saat kita di duga dengan masalah untuk kifarah dosa lama, kita akan alpa dan menjadikan orang terdekat sasaran untuk menyalahkan. Setelah sekian lama menerima rahmatNya, kita akan diuji dengan di tarik sedikit nikmat.

Pada saat kita jatuh juga akan muncul parasit penambah sakit pada diri. Jikalau dalam perhubungan kita dengan manusia, akan menjelma "sahabat lama", "teman baru" dan sebagainya untuk menambah kesetian dan kekuatan kita dalam menyerahkan diri padaNya.

Kembalinya hati ini adalah untuk kita merenung sejauh mana tarbiyah sebelum ini menghasilkan kekuatan diri kita. Cukupkah segala usaha kita lakukan sebelum ini atau hanya sekadar melepaskan keselesaan bukan pada masanya.

Mencari renungan kembali...

Tuesday, September 4, 2012

Hari Pertama


Assalamualaikum.,
Kehadapan suara hati yang semakin membisu. Semoga sentiasa sihat di sana mengikut kehendakNya. Kembalinya warkah ini untuk mengingatkan tentang perjalanan kita yang senantiasa didampingi oleh anasir durjana pertiwi :)

 Setiap langkah dirasakan beban takkala akal memikirkan untuk menyelesaikannya. Sesungguhnya harga yang tinggi perlu di bayar untuk mengecapi suatu kebahagian. Mungkin itu janji Ilahi untuk kita bergelar mengecapi bahagia, setiap jalan itu berliku untuk mengerakkan akal supaya terus mengingatiNya.

 Hari pertama mula melabuhkan tirai, mana mungkin hati ini melihat dengan sepi dikala segala kekusutan menunjukan diri. Segala jalan perhubungan kini sayu dan sepi menunggu pembangunan yang lebih indah. Semoga ia mampu diselesaikan pada hari ke dua (^_^)v

 Semoga sentiasa mendampingi hati yang suci untuk melihat yang indah di akhirat nanti :)
"ku akui kelemahan diri, ku insafi kekurangan ini, ku kesali kejahilan ini"
 

Ikhlas di hati

Wednesday, October 12, 2011

Kesedaran 4

Seorang sahabat melihat rasulullah menangis dan bertanya "kenapa kamu menangis ya rasulullah?" dan jawapan baginda "aku risaukan keadaan umatku selepas ketiadaan aku"


Scene 1
L - awak, nak mintak milo ais boleh? (sambil tesengih-sengih)
P - mana boleh. Janganlah,nanti melarat batuk tu.
L - alah,sikit je pun.
P - tak boleh sayang. Jangan mengada-ngada cari penyakit ok?
L - erm.ok. :-(
P - don't be sad awak. Nanti da sembuh kita minum ais sama-sama ok?
L - ok sayang!! :-)

Scene 2
Truuut....truuutt....
Text masagge di buka
P - awak,sakit perut. Huhu
Balas
L - kenapa ni,makan tak lagi?
Balas lagi
P - belum...
L - ya allah,kenapa tak makan lagi?
P - da makan roti dengan milo tadi
L - ya rabbi. Awak tu mana boleh tak makan, nanti gastrik datang lagi. Tunggu saya pergi belikan nasi
10minit selepas...
L - mari ambil makanan ni
P - tak nak
L - awak,makan jugak. Jangan biar kosong perut tu.
P - erm.ok.kejap
Setengah jam kemudian...
P - thanz awak.da ok sikit
L - :)

Scene 3
L - awak? Saya kena kerja berat hari ni dengan group. Nak minun ais yang dorang sediakan ni boleh?
P - tak boleh awak
L - sikit aje. Boleh tak?hehe
P - jangan degil. Tak boleh.
L - :) ok.. Apa yang kita telan hari ini akan effect 20 tahun akan datang. Saya tahu and akan ingat. :) Thanz sebab jaga saya.
P - ok :-)

Scene 4
P - awak,sakit tangan
L - la...kenapa ni?
P - tadi terseliuh masa main tennis
L - ya rabbi. Ganas sangat awak ni. HaHa Dah, stop main.
P - tak nak. Esok dah game
L - laa..nanti nak ikut saya pergi wall climbing lagi. Jangan ikutlah eh?
P - alah,nak ikut juga
L - so pilih satu
P - tak nak,nak dua-dua :-)
L - satu je sayang. Nanti sakit makin teruk.
P - erm.. Tengoklah macam mana.
L - :-) terpulang. Da nasihat. Hehe

P/s: kenapa nabi risaukan nasib kita lebih dari kita risaukan diri sendiri? Begitu juga manusia sekeliling yang mana ramai yang lebih menjaga kesihatan dan keselamatan kita berbanding diri kita sendiri. Kerana kita telah bertahun-tahun menyanyangi diri sendiri dan kadang-kadang akan ada saat kita telepas pandang.

Tuesday, October 4, 2011

LAW KANA BAINANA

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...


Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.

Hakcipta Terjemahan Terpelihara - Asyraff Hafdzan Abdullah.

p/s:lirit lagu law kana bainana...blh dengar di SINI versi asal.. sangat tenang...
mendekatkan diri dengan utusanNya adalah lebih baik... :)

Friday, September 23, 2011

Kesedaran 3

Minggu A:
Lelaki 1 - Oit..jom jumaat.
Lelaki 2 - Aku penatlah. Engkau pergilah dulu
Lelaki 1 - Ok..tapikan, kau dah cukup 3 kali tak jumaat masuk minggu ni
Lelaki 2 - Eh? (termenung) Kejap, aku siap.
Lelaki 1 - Ya Rabbi.. (geleng2 kepala)

Minggu B:
Lelaki 1 - Jom jumaat
Lelaki 2 - Minggu lepas aku dah pergikan?
Lelaki 1 - Aa.. Nape??
Lelaki 2 - So aku tak dapat pergilah minggu ni, mengantuk
Lelaki 1 - Hmm..boleh pulak gitu..alhamdulillah,syukur padaMu kerana berikan aku hidayah ini..kalau dulu itulah aku.. (rintihan dlm hati diikuti mutiara dari mata)

Minggu C:
minggu ini Lelaki 3 tak bali kampung
Lelaki 3 - Lelaki 2 tu dah berapa minggu tak jumaat?
Lelaki 1 - 2 minggulah kalau minggu ni tak pergi
Lelaki 3 - Oo..ada lagi seminggu
sepi seketika....
Lelaki 1 - jom jumaat..
Lelaki 2 - aku penatlah
Lelaki 3 - aku pun dah pergi minggu lepas
Lelaki 1 - pastu siapa nak bawak motor ni, tak kan kena jalan kaki lagi minggu ni
Lelaki 3 - yelah-yelah..kejap, aku siap

Penerangan :

kenapa kita sekarang terlalu berpegang dengan hadis
"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)
sedangkan kita terlupa tentang Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9) 
dan Sabda Rasulullah SAW:
"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim). 
p/s:Untuk panduan bersama..bukan untuk menjatuhkan sesiapa.bacalah dengan perasaan untuk berubah.tiada kaitan dengan sesiapa.
:)
 Kesedaran | Kesedaran 2 | Kesedaran 3 | Kesedaran 4

Thursday, September 22, 2011

Kesedaran 2

Scene di kelas :
Lelaki 1 - Woi, umah ko ada air tak pagi tadi?
Lelaki 2 - Xde.mesti rumah ko tak ada air jugak kan?? (sambil gelak dengan kuat) haha
Lelaki 1 - Silaplah bro. Rumah gua kondolah..apa barang takde air.. (gelak lagi kuat dari lelaki 1)haha
Lelaki 2 - Eleh!!eksyen ye..takpe2..

Scene di kedai :
Lelaki 2 - Jom g Pertama jap lagi, nak??
Lelaki 1 - Buat apa?
Lelaki 2 - Tempah jersilah sayangku intan payung!! (dengan nada menyindir)
Lelaki 1 - Aa kan. Ok je aku, Set time kita pergi
Lelaki 2 - Ok. Deal!!
Truutt...........trruuuuutttt......
-calling from 013****546-
Lelaki 2 - Siapa pulak ni (omelan di hati)
                Assalamualaikum...siapa ni?
Phone - Wsalam, ni saya lah Puan S.
Lelaki 2 - Oo..Kenapa puan?
Phone - Datang ambil banner kat atas meja saya than pergi gantung terus. Ok?
Lelaki 2- Ok puan..Tintah di junjung. (gelak lagi)haha
Phone - Ok..bye
teett...(talian dimatikan)
Lelaki 1 - Apa hal?
Lelaki 2 - Kena pergi gantung banner dululah lepas ini. Macam mana, nak ikut tak?
Lelaki 1 -Boleh je aku ni, ajak si besar ni sekali lah.
Lelaki 3 - Amboi mulut. Tak ada insuran betul engkau ni nyah..haha (gelak dengan suara garau)
Lelaki 1 - Tapi aku sakit perut ni. Kita ejah cepat sikit. Nak kejutkan rasaksa kat rumah kau lagi nanti (sambil menjueh kearah lelaki 2)

Scene gantung banner :
Lelaki 1 - Cepatlah!!dah nak lepas ni.
Lelaki 2 - Rumah aku tak ada air lah!!!
sunyi seketika
Lelaki 1 - (gelak dengan kuat) haha

Scene di rumah Lelaki 2 :
Lelaki 2 - Woi!!bangunlah cepat. Lewat dah ni.. (sambil menyepak kaki Lelaki 4)
Lelaki 4 - Asal lak ni?
Lelaki 1 & 2 - Nak tempah bajulah (?serentak) than gelak dengan kuat.
Lelaki 4 - Ok.Jap..
berlalu memasuki tandas
Lelaki 4 - Woi!!!tak ada airlah!!
Lelaki 4 keluar dengan hampa..
semua akhirnya duduk depan laptop tengok gambar model hot. Sambil-sambil komen apa yang patut.
Lelaki 1 - Bak rokok sebatang. (sambil menghulurkan tangan dengan isyarat meminta dari Lelaki 4)
Lelaki 4 - Nah.(menghulurkan rokok)
sunyi seketika............
10 minit berlalu......
Lelaki 1 - Woi gila!!!! Tak ada airlah(menjerit dengan kuat)
Lelaki 2 & 4 terpegun kaku seketika dan terlerai gelak dengan kuat. haha
Lelaki 2 - Kenapa kau pergi buang time tak ada air ni gilak!! (masih gelak) haha
Lelaki 1 - "odo,tlg aku odo" (bahasa dielet)
Lelaki 2 - gelak sambil menghulurkan kertas. "Nah!"
Lelaki 1 - Aku mana pandai guna kertaslah gilak!!
Lelaki 2 &4 gelak semakin kuat
Lelaki 1 - Tolanglah aku wei. Pergi ambil duit dalam wallet aku than belikan air mineral.
Lelaki 2 - masih gelak
Lelaki 1 - Tolonglah!!!
Lelaki 2 - Berapa botol?
Lelaki 1 - 2 botol.

Scene di kedai :
Penjual - Asal kau gelak tak stop ni ha?
Lelaki 2 - adalah. (masih ketawa macam orang gila)
Penjual - Kenapa beli sampai 2 botol,ajaib. Tak penah-penah kau beli air mineral. (senyum sinis)
Lelaki 2 - Darurah (sambil ketawa)

p/s : setiap perancanganNYA adalah terbaik. :) jangan mempersendakan sesiapa walaupun kita dipihak yang benar. Kerana Allah sukakan umatNya yang pengampun. :)

Kesedaran | Kesedaran 2 | Kesedaran 3 | Kesedaran 4

Sunday, September 18, 2011

Kesedaran

Scene pagi:
Truuttt.....truuuutttt....
L - "Ish,sape plak kacau pagi2 ni."
tit (butang answer ditekan) 
L - "hello.."
P - "hello...ai awak,selamat pagi!!!"sambil tersengih sorang2..
L - "Awak rupanya,nape pagi2 kacau saya da ni?"
P - "Ni ha, mak awak suh kejutkan pergi ambil dia kat stesen bas. Dia bagitu da sampai."
L - "Ya Allah!!!!" meninggalkan phone tanpa sebarang kata
P - "awak??awak??awak??"
"hmm..camni ke nak jadi laki aku?" (omelan dalam hati)

Scene tengahari:
P - Assalamualaikum...
MC - Waalaikumussalam.. Siapa tu? (sayup kedengaran dari ruang rumah) Jap ye, tutup api periuk sebentar.
MC - Laa...Mumtaz rupanya. Lama da sampai? Kenapa tak bagitahu nak datang. Boleh mak cik suruh budak bertuah tu ambilkan Mumtaz.
P - Tak apalah mak cik. Dia tu sibuk je memanjang. (Tersengih)
MC - Aa kan. Nak kumpul duit katanya (Ketawa terbahak2)
P -Yelah mak cik, betul sangat (masih mengomel dihati)

Scene petang:
L - Lama dah sampai U?
P - Tak lah, baru aje. Sebelum lunch tadi rasanya sampai.
L - Amboi..marah ke? (ketawa lagi)
P - Tak lah. Mujur mak ada, boleh jugak borak-borak daripada tunggu U balik. Nyampah I.
L - (ketawa dan berlalu)

p/s:setiap kejadian ada ruang dan hikmahnya. Setiap scene ada peringatan dan pengajaranNYA.. :)

Kesedaran | Kesedaran 2 | Kesedaran 3 | Kesedaran 4

Sunday, August 28, 2011

Gelisah

Assalamualaikum..

akhirnya terawih terakhir tahun ini telah melabuhkan tirai.huhu..kepiluan meresapi segenap hati jiwa dan perasaan. Mana mungkin akan aku lupakan ramadhan kali ini, ramadhan yang mengajar aku erti kehidupan penghambaan kepada Ilahi.

Aku panjangkan kesyukuran dan ketaqwaan padaMu, walaupun jauh di sudut hati ini merindui setiap detik dalam bulan barakah bagi aku. Aku mendambakan petunjukMu Ya Ilahi..

Setiap tulisan ini adalah keizinanMu untuk aku luahkan dan sampaikan kepadaMu tentang ruang hati yang kosong mengenangkan rahmatMu.

Pelakuanku, perbuatan dan percakapanku adalah keranaMu. Menanti setiap janji-janji Mu membuatkan aku sabar dan yakin dengan kekuasaanMu.

Pengajaran yang engkau sampaikan ini adalah yang terbaik untuk ku...

p/s:sentiasa syukur untuk Mu..

Luahan Hati Murni

Assalamualaikum...
tajuk entry memang poyo habis kan??haha :)
_____________________________________________

Akhirnya telah masuk kita ke ruang dan fasa penghujung ramadhan. Kalau dulu aku menunggu ketibaan syawal dengan segala macam persiapan, tak kira baju ke, seluar ke, kasut ke, semua akan tersedia.

Tapi tahun ini ada terasa kelainan dalam berfikir dan pemilihan semua itu. Kenapa tempoh warranty yang Allah berikan pada kita cuma 30 hari?? Ya, ada hikmah disebalik setiap kejadianNYA.

Tahun ini aku mengenal erti ramadhan yang amat berbeza, jika sebelum ini aku hanya menahan lapar dan perkara yang dilarang tanpa berfikir untuk mengetahui hikmah disebalik ramadhan. Benar ramadhan banyak mengajar kita sebenarnya. Kita akan terasa apabila kita mula menerima "hadiah" atau kurnian di luar kawalan ini.

Sedar atau tidak, aku tak nak kehilangan ramadhan ini. Aku tak nak alpa dalam pemilihan dunia. Aku tak nak lagi menjadi buah mulut orang lain yang sibuk untuk menceritakan kehebatan lampau aku dalam melakukan sesuatu perkara.

Setiap kata-kata itu adalah satu doa dan ia sentiasa diperkatakan oleh seorang teman aku untuk mengingatkan aku dan memnyedarkan aku tentang barakah orang sekeliling. Walaupun kerana mengejarkan barakah teman ku kini kehilangan dan melepaskan seorang yang penting dalam hidupnya. Kerana kagumkannya, aku mula mengorak langkah dan mencari barakah aku sendiri. :)

Ramadhan kali ini Allah memberikan aku pengajaran dengan menyediakan platform dugaan yang tak putus-putus dan memberikan sinar melalui penghambaan diri padaNYA. Kadang-kadang hampir hilang pendirian hidup bila melalui setiap dugaanNYA, tetapi ada sahaja petunjuk dan bantuan daripadaNYA.

Kini aku merasakan semakin sedih dan takut dengan pemergian ramadhan kerana aku tak tahu apa yang akan mendatang. Hati ini sebak dengan pengiktirafan Mu Ya Rabbi.. Sujud syukurku panjatkan kepadaMu untuk rasa ini.

Dan sejujurnya aku tak nak kehilangan ramadhan kali ini...

p/s: keranaMu aku disini mencari keredhaanMu dan menanti ganjaranMu..sy rindu nasihat awk..

Monday, August 22, 2011

Air Mata Kesyukuran

Assalamualaikum..
Ni adalah entry post pertama di negeri kelahiran ambe untuk ramadhan kali ini. Dan semalam adalah malam ke 2 berterawih di Masjid At-Taqwa Batu 6. Alhamdulillah, secara automatik terasa diri ini kerdil dan malu dengan apa yang ada disekeliling.

Kisahnya bermula apabila ambe masuk saf untuk solat isyak dan meneruskan sehinggalah rakaat ke 3. Ada ruang kosong dihadapan saf dan belum terisi, belum sempat untuk kehadapan ada seorang pak cik berjalan dengan pelahan masuk ke ruang yang kosong itu.
sekadar gambar hiasan

Pak cik tu bongkok,solat aku sememangnya telah mula goyah takkala melihat kemampuan beliau yang masih gigih untuk solat berjemaah dan berdiri. Dengan keadaan fizikal yang terbatas,beliau mengagumkan aku. Dalam hati mula terdetik rasa bersalah,syukur dan segala macam perasaan.

Tanpa sedar air mata gugur dan mula membasahi pipi dalam rakaat terakhir, masa salam terakhir ambe mula nak cover. Pak Cik 2 yang duduk sebelah bertanya, "mengantuk ke?" dan dengan spontan "um2. mengantuk skit."haha. Masa tu dah rasa nak gelak, tapi mengenangkan sebak di dada masih berbuku, hanya satu senyuman ikhlas buatnya.

Pak cik yang bongkok tadi masih meneruskan solat, barulah ambe ada masa dan peluang untuk tengok dengan teliti, dari atas sampai bawah. Tangan kanan dia ambe tengok cam paralyse sebab dari awal tengok tak bergerak. Dengan sisa kekuatan yang ada, pak cik ni memang gigih.sekali lagi air mata mula gugur dan kali ini ambe duduk jauh di belakang.

Masa ini hati dah mula berfikir dan merasakan kesayuan dilubuk hati.

Ya Allah,
ku panjatkan syukur padaMu,
ku memohon ampun padaMu,
terima kasih kerana masih memberi aku peluang,
memberi aku jalan dan petunjukMu,

Ya Rabb,
tunjukkan aku jalanMu,
kekalkan hatiku untuk terus bersamaMu,
tenangkan jiwaku untukMu,

Ya Rahman Ya Rahim,
tanpaMu aku takkan mampu berdiri,
tanpaMu aku takkan mampu melaluiya,
tanpaMu aku takkan mampu meneruskan hidupku,

Ya Allah,
sujud syukurku dan terima kasihku untukMu,
masih diberikan kesempatan dan kekuatan,
untuk terus berbakti dalam agamaMu,
dan masih punyai masa mencariMu.

Hanya itu yang terdetik di hati. Ambe rasa bersyukur masih belum ditarik nikmat kehidupan dan kekuatan untuk terus mengabadikan diri pada Mu. Setelah selesai solat sunat after isyak, ambe pindah tempat kerana tak sanggup untuk melihat pelakuan pak cik tersebut, bukan sebab nak mendabit dada, tapi tak mampu untuk meneruskan solat dengan air mata.

Ambe rasakan amat bertuah dan bermakna, kisah ini adalah untuk perkongsian pada readers supaya sentiasa bersyukur dan mencari jalan untuk keluar dari kengkangan duniawi ini.

p/s:mohon petunjukMu Ya Ilahi...
   
 
 


Friday, August 19, 2011

Semangat Hilang

Assalamualaikum semua..lama sudah blog ni bersawan lepas update berterusan minggu lepas.


Banyak benda berlaku dalam bulan ni dan ia amat membentuk haluan diri dan mengubah pemikiran aku ini. Setiap pelakuan sentiasa akan ada ingatan yang mengangu jiwa hati dan perasaan. Ramadhan kali ini memang menguji kesabaran dan kekuatan iman seboleh-bolehnya. Allah menurunkan "hadiah" Nya hanya untuk hamba-hambaNya yang terpilih. Perkara ini harus diakui dan diatasi oleh hati ini untuk menjadi umatNya yang betul-betul matang dan bersedia menghadapi dan menerima "hadiah" yang lain.

Kurniaan dari Ilahi memang suatu yang perlu dan diterima dengan hati yang terbuka, dan hati ini hampir merungut dan menyalahkn takdir. Mujurlah ada quran yang memperbetulkan balik segala ancaman akidah secara senyap itu. Belum cukup dengan itu, manusia sekeliling mula menabur gula-gula manis dibibir masing-masing untuk menunjukkan sifat caring mereka.

Hal ini menjadikan tamparan tepat ke muka dan sepakan tepat ke hati perut hamba Allah ini semakin perit dan pedih.
"Jika ia adalah kebahagian yang akan ku miliki nanti, ku terima kurniaan Mu ini dengan hati yang terbuka."

Airmata darah sekalipun takkan mungkin meubah ketetapanNya kerana Allah mahu kita kembali dan mencariNya kembali. Mungkin terlah lama hati ini menolak keperluanNya dalam kehidupan walaupun mengaku di mulut.

Ya Allah,
kepada Mu aku memohon petunjuk dan jalan,
berikanlah aku hidayahMu
berikan ku kekuatan Ya Rabbi;

Ya Rahman,
sekelian alam memohon dan hanya padaMu ku dambakan kasih
kepadaMu aku meminta
dan hanya padaMu kasih yang layak,
tunjukkanlah aku jalanMu yang satu itu;

Ya Rabbi,
tetapkan hatiku dalam agamaMu
matikan aku dalam sujud kepada Mu
lembutkanlah hati-hati kami
bukakanlah pintu hati kami
satukan hati-hati kami untuk agama mu Ya Allah..

sesungguhnya hanya pada Engkau kami memohon..

ada sambungan tentang anak-anak kecil..nantikan semangat hilang 2

p/s:berikanlah sokongan pada yang memerlukan..

Friday, August 12, 2011

Kekosongan

Menarik kertas putih disisi Mu
mencari seribu rentak hati
menunggu panduan dari Mu
merebahkan tubuh pada Mu

Ya Ilahi,
sesuci hati manakah manusia
selembut manakah jiwa
setiap dosa dan khilaf menari
memanggil-mangil doa Mu

Ya Maha Pengasih
selamilah hati kami dengan rahmat Mu
bukakanlah rusuk kami untuk Mu
binakan tulang kami untuk agama Mu
yakinkan kami untuk jiwa Mu

Ya Allah,
kegelapan siang menunjukkan belang
kesuraman jiwa menambahkan kelam
kerosakan hati mencari kekosongan dosa
kemusnahan jiwa mendambakan neraka
pimpinlah jiwa dan hati kami pada Mu

Ya Rabb,
sesekali ia menghadirkan diri,
berderailah junaman air dari lembah hati,
meminta dan merayu untuk panduan dan kekuatanMu..
kerana hanya padaMu kami memohon... 


p/s:keranaMu kami hidup,keranaMu kami percaya akan kurniaanMu 

Wednesday, August 10, 2011

Pertolongan

merintih dan memohon kepadaNya,
mencari dan menari untuk meminta,
namun hanya bisikan kalbu mewarnai hati;

ketemu dan berpisah memang hukum dan kekuasaanNYA,
tetapi kita berhak utk memilih selagi diberi kesempatan,
hati yang berduka kini mula menunjukkan kesan,
pada Ilahi kebergantungan mula terpahat...

kerana kita insan yang dijadikan punyai perasaan,
kesanggupan untuk menanti dan bersabar,
satu lumrah baru dalam kehidupan hambaMU..

setiap kali berubah pantai,
akan dibawa segala permasalahan dunia berhampiran,
tidak kurang memberikan kekhilafan melampau pada kita,
kerana hidup kita dirancang sebaik-baiknya oleh Ilahi,
makan padaMU setiap domba disalurkan.

janganlah menimbulkan keluh di dalam hati,
tunggulah sehingga Allah menunjukkan jalanNYA,
kesabaran itu yang ku mahukan,
pertolongan untuk setia dan kekal padaMU...


p/s:berdoa dan berharaplah kepadaNYA..senyuman menempatkan hati disudut kesenangan 

Tuesday, August 9, 2011

Jangan Malu..

Menjadi lumrah untuk merasa malu,
tetapi biarlah ia bertempat..

bukan mudah untuk mengaku,
kerana ia memerlukan satu pengorbanan ego,
setiap ego akan meliputi hati untuk menunjukkan keangkuhan diri,
sesekali jatuh ego,
lumpuhlah keupayaan diri untuk menolak dan meminta..

tetapi perlukah mempertahankannya untuk kesedihan diri?
perlukah malu itu menguasai ego supaya penyesalan berulang lagi,
setiap diri insan yang terjadi mengambarkan ego duniawi.

Janganlah kita malu untuk memohon dan menerima kesalahan diri,
janganlah malu untuk memohon ampun kepadaNYA,
janganlah malu untuk menunjukkan kekhilafan yang tersedar,
jangan malu untuk menyatakan bahawa kita cintakan Allah,
jangan malu untuk meluahkan cinta kepadaNYA..

kerana Allah adalah yang paling mengetahui,
bergantung haraplah pada Ilahi..


p/s:hambakan diri pada Allah..setiap kesilapan akan ada pengampunan,janganlah terlalu fikirkan hingga memudaratkan ibadah yang lain..iu tandanya kita belum bersedia..Allah maha segala2nya..

Friday, August 5, 2011

Pedih Di Hati


dikala susuk tubuh melintasi mata,
puitis hati patut bergembira,
tapi kenapa ia mencuka dikala hampir didepan mata,
ku pandang dan renung dengan ikhlas,
tetapi kesakitan mula terasa..

sedih dan pedih mengingati,
tetapi lebih sakit untuk mengerti,
kenapa semua ini terjadi dalam kehidupan ini,
di saat mendapat nafas baru dari Illahi,
setiap langkah penuh berduri..

ku tetap yakin,
ku tetap yakin,
tetapi sayu melihat dinihari bersenja tak bertepi,
sekilas melintas,
segunung hati musnah,
tiada lagi kasih dihatinya....

aku menunggu menanti,
mengharapkan pada Ilahi,
kerana aku yakin ia pasti mengerti..

ku takut tuk persoalkannya,
ku bimbang kehilangannya,
ku pimpin tangan ini,
ku papah bahunya,
ku serek kakinya,
untuk melihat engkau terus mendabit dada dipersada iman...

sedikitpun tidak diperhati,
mana mungkin ku tahu isi hati pujangga suci,
engkau lebih mulia dari padaku,
ku hanya mampu mendoakannya...

kepada Allah ku yakin..
tolanglah aku tuk lebih yakin padaMu Ya Rabbi....

p/s: sy masih perlukan dorongan dan semangat dan kekuatan awk....

Thursday, July 21, 2011

Kepada-NYA

Assalamualaikum...
entry kali ni lebih mendayu untuk mengingatkan diri aku dan juga aku,aku,aku dan kamu semua jika merasakan ia bertepatan dengan pandangan mu.


Setiap seseorang akan mengharapkan untuk mendapatkan sesuatu diluar akal pemikiran, dan itulah realiti duniawi kini. Dan ia memang terbukti. Cuba ambil masa 1minit untuk memikirkannya.


Setiap umat manusia muslim mendambakan syurga dan tak ada seorangpun mengharapkan neraka.kan??Seorang suami akan mendambakan isteri yang solehah dan begitu juga si isteri. Dan hal ini perlukan satu anjakan untuk diteruskan dan tak akan berjaya. Jika pengharapan yang berlebihan diberikan, kita mungkin akan kecewa ditengah jalan kecuali jika kita berharap pada Ilahi.


Janganlah mengharapkan lebih dari makhluk tuhan kerana ia adalah ciptaanNYA yang mana tidak pernah lari dari kesilapan. Mungkin kita merasakan ia hanya pengharapan untuk membuatkan diri lebih berusaha tetapi ialah kesilapan paling besar dalam pengharapan.


 Seterusnya fikirlah,layakkah kita untuk mengharapkan sesuatu dengan keadaan diri kita ini??layakkah kita mendambakannya jika kita tidak langsung mampu untuk menjadikannya satu realiti dengan hanya membuat pengharapan. Mungkin harapan itu memberi kita hint untuk kita yang mengatakan ia betul. Tetapi kembalilah ingat yang DIA mampu menarik harapan itu bila-bila masa bila kita sedang leka.


Perlulah ingat dan sentiasa berwaspada. Janganlah sesekali melanggar perjanjian yang kita lakukan dengan DIA semasa diberikan nyawa...


p/s: aku berserah pada Ilahi 

Monday, July 11, 2011

Hadapi Dengan Senyuman

belum habis lagi ulasan tentang lagu Ungu lam entry minggu lepas, aku terus langkah kepada entry lagu baru..Yeah!! this song....Hadapi Dengan Senyuman..ia adalah nukilan dan nyanyian kumpulan Dewa..walaupun lagu ni dah lama..lagu ni banyak membuat seseorang atau lebih senang "aku" untuk menghadapi dengan lebih baik..

kisahnya bermula dengan teguran oleh seorang yang amat istimewa..beliau kata jangan sedih2..walhal aku yang selalu chill kan dia..but hari tu dia bagitahu,kita kena hadapi sesuatu dugaan yang Allah bagi dengan senyuman, kerana senyuman itu sedekah and membuatkan hati menjadi tenang..

wah...bila difikir2kan balik..aku pernah gunakan ayat tu..sama sebijik..than situ lah permulaan tentangnya.. Ia membuatkan aku untuk lebih mengingati dan menghargai sesuatu dengan lebih dalam..

Tetapi tak semua perkara boleh dihadapi dengan tenang, memang akan ada masalah yang akan membebankan kepala lutut kita ni kan??kerana ujian yang didatangkan bukan sentiasa mampu dihadapi oleh hambanya dengan tenang dan mudah sebab iman setiap manusia adalah berbeza.

UjianNYA adalah untuk menguatkan keimanan dan keinginan kita untuk BERTUHAN..percayalah, sejauh mana kita mengingati setiap masa untuk ditempatkan dikalangan para soleh solehah nanti.

Thursday, June 30, 2011

RINDU

Hati makhluk mana mungkin mampu menahannya,
kehidupan dunia bukan sesempurna hakikatnya,
kita akan terus dan terus mendapatkannya,
kita akan terus dan terus mencarinya,
kita akan terus dan berterusan mengusahakannya;

Kenapa dengan kurniaan hati ini,
sedangkan merupakan pemusnah kepada yang rugi,
memohon dan merayu untuk berdusta tentangnya,
tetapi kita mana mungkin dapat melawannya;

Kurniaan ini murni kepada pembawa yang suci,
yang mampu untuk mengerti dan menjaganya,
kerna ia adalah keperluan untuk kita menemukan sisi murni,
lengkaplah alur perjalanan yang bengkok diluruskan bagi pendosa,
melengkapkan matlamat duniawi umat;

Bersyukur kerna mampu melaluinya,
bersama-sama melindungi kurniaan yang disucikan,
dan lengkaplah untuk berdua merentasi halwa hati yang suci,
ia adalah kebahagian yang menanti,
anugerah Ilahi yang tiada hujungnya,
kerna hanya DIA yang maha mengetahui,
setiap apa yang TERJADI!!!

kerinduan memamparkan nukilan setiap sisi hati.....

Sunday, August 8, 2010

Terlepas!!!

mulut berkata-kata lagi
ku berkata: pandai ke kamu??
dia menjawab: tengok kaki lah brader...

sambung main lagi..
tak sampai 1mnt..
dia berkata: woh!! kene ole....
ku menyambut: gelap lah der...
dia berkata: hahahaha....

sambung main lagi...
dapat j terus lari.
ku bersuara: sape brani masuk...
dia mencabar: ho..try lah...
ops..terlepas lagi..
dia bersenda: hahaha..guana tuuu

itulah adab bermain-main...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...