Options:

Change NOW and ask me HOW

Change NOW and ask me HOW
call me for assist 0133526652 or bukert_89@yahoo.com.my

Saturday, May 2, 2009

hikayat anak2 sedih

Ajis sudah tiada ayah. Ayahnya ke mana? Ayahnya bercerai dengan ibunya dan meninggalkan keluarga untuk berkahwin lain. Ajis tinggal bersama ibunya.

Ajis mempunyai adik beradik yang ramai. Ibunya ibu tunggal - tetapi kehilangan nafkah dari bekas suami yang tidak bertanggungjawab. kalau dilawan - pernah diilmuhitamkan. Bila dilawan - cerita sedih yang keluar.

Akhinya ibu Ajis bersendiri melawan kesusahan hidup. Hiduplah ibu tunggal bersama Ajis sementara adik beradiknya yang lain sudah belajar sambil bekerja di bandar.

Kini Ajis tidak lagi membawa banyak buku teks atau buku tulis ke sekolah. Sebaliknya membawa nasi lemak dalam jumlah yang besar untuk dijual kepada rakan2 yang lain. Demi sesuap nasi untuk keluarga serta dirinya di sekolah.

Guru mengetahui keadaan itu lalu dipanggil Ajis untuk diberi kaunseling serta nasihat supaya tidak diulangi perbuatan itu. Seorang pelajar tidak boleh disuruh berniaga seperti itu.

Ajis melangkah keluar dalam keadaan sedih tetapi Guru masih tidak membeli nasi lemak yang dijualnya hatta memberikan bantuan RM 5 kepadanya.

Dalam hampa, Ajis pulang ke rumah dan memberitahu ibunya bahawa dia sudah dihalang berniaga di sekolah kerana ia melanggar peraturan.

Maka, apa yang tinggal hanyalah kerja sambilan memasang lampu lip lap di rumah bersama ibunya yang membawa pendapatan 2 angka bagi sebulan mereka bekerja bersama.

Ajis menjadi malas ke sekolah kerana kesempitan hidup mengatasi minatnya belajar tetapi akibat bakatnya dalam bidang akademik - dia masih mencipta kejutan dalam keputusan SPMnya.

Namun, Ajis masih tidak dapat memasuki mana2 pusat pengajian tinggi awam. Dia terlalu jujur mengisi kolum ‘pendapatan keluarga’ seperti tertera di dalam borang UPU.

Akhirnya, Ajis hanya bekerja sehinggalah ke gerbang perkahwinan setelah mengumpul hasil dari pekerjaannya.

Tinggallah Ajis sebagai seorang yang risau dibuang kerja dan dalam masa yang sama berdoa agar anaknya tidak menerima nasib seumpamanya.

Kisah Ajis ini bukan hanya satu di dalam dunia. Malah juga bukan satu2nya cerita di dalam Malaysia.

Di manakah peranan Guru untuk mengenalpasti anak murid yang berpotensi bertindak di luar batasan seorang pelajar? Di manakah peranan Guru untuk mengenalpasti anak muridnya yang susah untuk hidup tetapi malu untuk memberitahunya. Perlukah kita letakkan mereka di kelas 3E semata2 untuk kita kelaskan mereka sebagai susah. Tapi yang banyak dibantu adalah kelas yang A kerana mereka pandai2 belaka.

Aku harap pengkelasan sebegini di peringkat sekolah tidak akan bersambung sehingga generasi ke generasi yang lain. Jangan jadikan kelas Sastera dan Seni itu sebagai kelas bodoh!

Bantulah anak2 muda yang tidak berkemahiran belajar sesuatu yang kritis - tetapi kreatif. Bantulah mereka dengan tidak meletakkan kelas2 mereka di sebelah tandas hanya kerana mereka kelas Sastera. Pakaian compang camping dan seluar ala2 jeans bukan tandanya mereka jahat. Tapi itulah mungkin seluar yang mereka gunakan untuk ke sekolah dan keluar bersama kawan atau bekerja sambilan.

Pandanglah anak2 muda sebelum mereka memandang ke luar batasan yang sepatutnya!
dari::psychomatix.wordpress.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...