Options:

Change NOW and ask me HOW

Change NOW and ask me HOW
call me for assist 0133526652 or bukert_89@yahoo.com.my

Sunday, July 24, 2011

bicara hati..

meniti kejayaan bukan sesuatu yang senang..
dugaan menduga dengan baik sekali.
hidup yang tenang dicari2..
gerangan siapa mengguris hati..

a)as salam..kenapa ni bro??
b)menara ku bina punah sekelip mata

a)gerangan siapa pembawa durhaka??
b)durhaka dia yg aku tatang bagai minyak yg penuh

a)angkara apakah dipelakukan sedemikian rupa??
b)impian terbina sekelip mata dihembus berkecai
pedih
perit

a)sabar....hamba ini masih bingung dengan simpulan yang belum terungkai ini....mngapa?
b)biarlah simpulan terikat dahulu
tatkala tenang hati ini
terungkai lah jua nnt

a)simpulan jika lama menanti rungkai akan buntu d tngah jalan..
biarlah ia sama2 di rungkai utk menampung pedih d hati..
b)eloklah kiranya bersua muka meluah apa tertahan barang di hati

a)bisa diubah dan disembah jika ia menanti...
b)eloklah kiranya begitu
nntkan saat bersua
akan terkarang lisan amarahku

a)
jangan disembur api pada air y cuba menderai..
tuluskan pintalan untuk merungkai segala pelusuk jernih....
sabarlah wahai pujangga..kerna ada syurga menanti.
b)tiada ku nafi syurga janji sang pencipta
mungkin imanku lemah
mengikut kata hati
hati yang mati

a)menunggu kapal karam perlukan isi,
mengikut hati hanya musnah,
sulamilah dengan hikmat akal kurniaan ilahi..
itu lah utusan terbaik selepas nabi..
b)kerana ombak tiba2 membadai
tiada dapat ku kawal kapal akal dan hati
mengharap pedoman di tengah jalan
dapat ku paut hingga berlabuh

a)carilah sauh yang pajangnya dibumi,hatta mungkin ia tenggelam karam sekali..
seteguh karang jua akan mati,kitakan pula si polan ilahi..
b)sudah kalah kepada bisikan sang iblis
Kepada ilahi ku mohon ampunan dan lindungan

a)amin dan syukur kerna masih berfungsi.
kerna ia hanyalah sekerdil hati,
untuk menentukan ketentuan ilahi
b)biarlah malam menemani
 manakan tau tenang dapt diisi

a)alunkan dgn irama syurga,
mungkin membawa hati kepadaNYA,
biarlah ia menjadi luka sebelum menusuk memasuki kudis di hati..
b)luka lama berdarah kebali

a)usahlah dikenang lagi...tenangkan diri pada ilahi
b)insyaallah..

a)izinkan kata2 ini diubah menjadi puitis hati dilaman hatinurani
b)tiada yang berhak selain yang menguasai langit dan bumi
 segalanya ilham pencipta...

*xfaham??tnye aje...berharap sampai maksud di hati...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...