Options:

Change NOW and ask me HOW

Change NOW and ask me HOW
call me for assist 0133526652 or bukert_89@yahoo.com.my

Thursday, July 21, 2011

Kepada-NYA

Assalamualaikum...
entry kali ni lebih mendayu untuk mengingatkan diri aku dan juga aku,aku,aku dan kamu semua jika merasakan ia bertepatan dengan pandangan mu.


Setiap seseorang akan mengharapkan untuk mendapatkan sesuatu diluar akal pemikiran, dan itulah realiti duniawi kini. Dan ia memang terbukti. Cuba ambil masa 1minit untuk memikirkannya.


Setiap umat manusia muslim mendambakan syurga dan tak ada seorangpun mengharapkan neraka.kan??Seorang suami akan mendambakan isteri yang solehah dan begitu juga si isteri. Dan hal ini perlukan satu anjakan untuk diteruskan dan tak akan berjaya. Jika pengharapan yang berlebihan diberikan, kita mungkin akan kecewa ditengah jalan kecuali jika kita berharap pada Ilahi.


Janganlah mengharapkan lebih dari makhluk tuhan kerana ia adalah ciptaanNYA yang mana tidak pernah lari dari kesilapan. Mungkin kita merasakan ia hanya pengharapan untuk membuatkan diri lebih berusaha tetapi ialah kesilapan paling besar dalam pengharapan.


 Seterusnya fikirlah,layakkah kita untuk mengharapkan sesuatu dengan keadaan diri kita ini??layakkah kita mendambakannya jika kita tidak langsung mampu untuk menjadikannya satu realiti dengan hanya membuat pengharapan. Mungkin harapan itu memberi kita hint untuk kita yang mengatakan ia betul. Tetapi kembalilah ingat yang DIA mampu menarik harapan itu bila-bila masa bila kita sedang leka.


Perlulah ingat dan sentiasa berwaspada. Janganlah sesekali melanggar perjanjian yang kita lakukan dengan DIA semasa diberikan nyawa...


p/s: aku berserah pada Ilahi 

2 comments:

ashyiqin said...

lumrah. si kecik comel pun mmg akan sntiasa mengharap pertolongan Illahi.. :)

gurumusafir said...

um2..hehe~~
tapi mengertikah anak2 kecil ini??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...