Options:

Change NOW and ask me HOW

Change NOW and ask me HOW
call me for assist 0133526652 or bukert_89@yahoo.com.my

Saturday, August 6, 2011

Hancur Binasa

As salam..wah tajuk entry kali ni gempak sikit..hehe
tajuk je lebih-lebih,kerana kita masih punyai Allah di sisi untuk minta bantuan.

kehidupan ini semakin meruncing apabila semakin dewasa, kelibat diri semakin diberikan perhatian dan diselami sehingga ke pangkal umbi. Kenapa??
Kerana kita adalah manusia yang tak pernah lari dari kesilapan dan melakukannya. Ya, betul Allah telah memberi kita pilihan untuk memilih jalan yang terbaik yang diberikan olehNya dan setiap perjalan ini banyak simpang dan liku yang mana mungkin kita ketahui apa disebaliknya.

Setelah memilih dan melaluinya, kita kan tahu jalan tersebut baik or tak untuk dilalui. Sesungguhnya jika kita tersedar dan telah jatuh dalam salah satu liku jalan tersebut, panjat dan usahakanlah untuk keluar dengan pantas dan tetapkan tekad dan semangat untuk mengharunginya.

Ia adalah satu pilihan yang Allah berikan kepada umatnya untuk mengunakan kelebihan akal yang dikurniakan..

Hancur musnah sudah kebahagian yang cuba dihidupkan kerana kesilapan memilih jalan kecil yang suram tak mungkin mampu dipulihkan kecuali jika semua bekerjasama untuk mnjayakannya semula. Tetapi haruslah memohon dan berpandukan kepada undang-undang yang telah ditetapkan oleh Islam untuk kebahagian manusia.

Kita hanya boleh yakin dan berharapkan kepada Ilahi kerana kita wajib percaya kepada Allah dan segala ketetapanNYA...

p/s:moga kita sama berusaha untuk mendapatkan cinta ILAHI...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...