Options:

Change NOW and ask me HOW

Change NOW and ask me HOW
call me for assist 0133526652 or bukert_89@yahoo.com.my

Tuesday, August 23, 2011

Ikhlaskah Kita??

Assalamualaikum..
Sedar tak sedar sudah 23 hari kita bersama ramadhan untuk tahun 2011 ni. Dan bermakna telah masuk fasa terakhir dalam bulan ramadhan ini. Dalam kesibukan kita mengerjakan puasa dan ibadah sampingannya, berhentilah sejenak dan renungkan amalan dan perbuatan kita selama berada dalam bulan barakah ini.

Intipati entry kali ini adalah tazkirah yang disampaikan seorang ustaz semasa tazkirah antara 4 terawih semalam. Jadi ilmu ini adalah untuk perkongsian umum dan tulisan ini adalah untuk menjadikan ambe lebih mngingati dan lekat di hati supaya dapat menguasai dengan lebih baik. Sebab ambe cuba aplikasikan teori Konstruktivisme yang dipelajari.hehe.

Kembali kepada topik kita IKHLAS. Ikhlas adalah salah satu ciri-ciri orang bertakwa. Dan takwa itu ialah ukuran kita dengan Allah seperti kita ukur panjang guna unit meter. Jadi salah satu ciri untuk melengkapkan unit takwa ialah ikhlas. Dalam dunia kini terdapat banyak jenis ikhlas yang akan orang sekeliling akan tunjukkn, dan pelbagai bentuk ikhlas akan dilihat. Ikhlas dalam berkawan, ikhlas dalam beribadat dan sebagainya.

Untuk menjadikan ikhlas kita mantop, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan dan ia amat berguna. Terdapat 3 cara yang mudah yang perlu dituruti dengan flow nya dengan baik:

1.Ingat dan ketahuilah yang kita lakukan sesuatu itu adalah kerana izin Allah. Dan kerana itulah kita dapat melakukan ibadah atau apa sahaja.
2.Lakukan sesuatu kerana mahu mendapatkan redha Allah. Bukan kerana ganjaran atau sebab untuk mendapatkan nama.
3.Melakukan segala pelakuan itu adalah untuk mendapatkan dan mengharapkan pahala dari Allah.

Ketiga-tiga cara ini adalah pesanan ustaz yang menyampaikan tazkirah semalam dan ambe rasa amat kena dengan apa yang kita cari. Jika kita tak ingat & sedar sebelum kita melakukan sesuatu perkara itu kerana izin Allah, mana mungkin kita nak bersyukur dan mana mungkin kita mengingatkan diri pada Allah. Jadi keikhlasan dalam diri kita tak akan muncul kerana kita tak bersyukur dengan kurniaan yang Allah berikan. Dan secara automatik kita melakukan sesuatu kerana merasakan ia adalah usaha kita, sedangkan kita terlupa pada yang maha kuasa.

Masuk point ke 2 iaitu melakukan sesuatu kerana mahu mendapatkan redha Allah. Yang ini amat penting untuk kita sedar bahawa kita melakukan sesuatu adalah untuk mndapatkan redha Allah. Kerana isteri nabi Aisyah R.A penah menyatakan bahawa "aku rela ke neraka jika ia mendapat redha Allah"(lebih kurang camtulah,sebab ambe dengar ceramah sal redha ni dah lama dan ia diperkatakan oleh ustaz kat sekolah dulu.). Hal ini menunjukkan bahawa mendapatkan keredhaan Allah itu adalah asas dan perkara utama dalam melakukan sesuatu perkara.

Dan flow cara ke 3 ialah mendambakan pahala dengan apa yang kita lakukan. Hal ini adalah kerana jika mendambakan dan mengharapkan balasan pahala, secara automatik kita akan mengingati redha Allah dan mengetahui segala pelakuan kita adalah izinNYA. Janganlah kita mengharapkan balasan seperti pujian dari manusia dan ganjaran kerana pahala adalah sebaik-baik ganjaran dalam kehidupan menuju akhirat.

So, dalam mencari keikhlasan ini. terdapat beberapa contoh insan yang melakukan kerja ikhlas kerana Allah dan hijab orang yang ikhlas ini adalah setinggi-tinggi hijab. Cerita ini mungkin dah ada yang mengetahuinya, cerita tentang Bilal Bin Rabah. Seorang tukang azan dan namanya digunakan hingga sekarang dari tanah Arab hingga ke Asia untuk mengambarkan bertapa besarnya hijabnya dengan Allah. Beliau adalah contoh paling hebat dalam mengambarkan keikhlasan. (cerita ustaz masa tazkira diambil.hehe) Beliau azan bukanlah berlagu dan tidak semerdu azan sekarang, diceritakan terdapat sekumpulan lelaki mempersoalkan tentang tugasan yang diberikan pada Bilal, dalam kalangan mereka terdapat seorang yang mempunyai suara merdu dan rakan-rakan mereka menyatakan sokongan untuk melhat beliau azan mengantikan Bilal. Pemuda tersebut masih tidak yakin dan tidak mahu, tapi masakan manusia mampu menahan hasutan rakan-rakan dan ditambah syaitan2 disekeliling.

Beliau memberanikan diri berjumpa Rasulullah dan meminta untuk azan pada besok hari, bermula dari subuh sehingga isyak. Rasulullah nyatakan tidak kerana Bilal telah ada. Pemuda tersebut terus memujuk, dan akhirnya pemuda itu meminta untuk azankan subuh sahaja. Rasulullah menyuruh sahabat memanggil Bilal dan bertanyakan pada Bilal bahawa pemuda ini akan mengantikan mu untuk azan Subuh pada esok hari, dan Bilal dengan tenang dan tanpa merasa marah atau dengki menerima permintaan pemuda tersebut.

Pada subuh keesokan harinya, pemuda tersebut melaungkan azan subuh yang amat merdu dan kuat. Seluruh tanah Madinah terkejut dan berduyung-duyung ke masjid untuk mengetahui siapa yang melaungkan azan tersebut. Pemuda tersebut mula mendengar bisikan dibelakang "tadi azan tu bukan bilal,bilal azan tak semerdu itu" dan pelbagai pujian yang di dengari dan dengan gah atau bangganya pemuda itu mengaku bahawa dialah yang melaungkan azan tersebut.

Selesai mengerjakan solat subuh, Rasulullah bertemu dengan rakyat jelatanya. Dalam perhimpunan itu, tiba-tiba kedengaran satu suara bertanya dari belakang kelihatan sedang berjalan kedepan "sudah kamu solat subuh Ya Rasulullah?" dan Rasulullah menjawab, "Ya, sudah". Dan ia bertanya lagi "kamu solat subuh tanpa azan?" dan Rasulullah menjawab "tidak, kenapa? pemuda ini telah melaungkan azan subuh tadi" dengan bangga pemuda itu menunjukkan diri. Dan lelaki itu bertanya lagi, "kenapa aku tidak mendengar azannya pada hari ini, sedangkan aku sentiasa mendengar Bilal melaungkan azan di langit ke 7." Maka terkejutlah semua hadirin yang ada di situ. Maka terserlah bahawa pemuda itu melaungkan azan bukanlah disebabkan ikhlas kerana Allah, tetapi disebabkan dorongan rakan-rakan dan mehukan pujian dari orang ramai.

Readers sekalian, sedarlah kita bahawa keikhlasan dalam melakukan sesuatu amat penting dan ia meletakkan hijab kita tinggi di sisi Allah.

sambungan untuk entry disini..
p/s:jika terdapat kesalahan, sila betulkan.mungkin ada yang terlepas pandang. Mohon!!hehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...