Options:

Change NOW and ask me HOW

Change NOW and ask me HOW
call me for assist 0133526652 or bukert_89@yahoo.com.my

Monday, August 22, 2011

Air Mata Kesyukuran

Assalamualaikum..
Ni adalah entry post pertama di negeri kelahiran ambe untuk ramadhan kali ini. Dan semalam adalah malam ke 2 berterawih di Masjid At-Taqwa Batu 6. Alhamdulillah, secara automatik terasa diri ini kerdil dan malu dengan apa yang ada disekeliling.

Kisahnya bermula apabila ambe masuk saf untuk solat isyak dan meneruskan sehinggalah rakaat ke 3. Ada ruang kosong dihadapan saf dan belum terisi, belum sempat untuk kehadapan ada seorang pak cik berjalan dengan pelahan masuk ke ruang yang kosong itu.
sekadar gambar hiasan

Pak cik tu bongkok,solat aku sememangnya telah mula goyah takkala melihat kemampuan beliau yang masih gigih untuk solat berjemaah dan berdiri. Dengan keadaan fizikal yang terbatas,beliau mengagumkan aku. Dalam hati mula terdetik rasa bersalah,syukur dan segala macam perasaan.

Tanpa sedar air mata gugur dan mula membasahi pipi dalam rakaat terakhir, masa salam terakhir ambe mula nak cover. Pak Cik 2 yang duduk sebelah bertanya, "mengantuk ke?" dan dengan spontan "um2. mengantuk skit."haha. Masa tu dah rasa nak gelak, tapi mengenangkan sebak di dada masih berbuku, hanya satu senyuman ikhlas buatnya.

Pak cik yang bongkok tadi masih meneruskan solat, barulah ambe ada masa dan peluang untuk tengok dengan teliti, dari atas sampai bawah. Tangan kanan dia ambe tengok cam paralyse sebab dari awal tengok tak bergerak. Dengan sisa kekuatan yang ada, pak cik ni memang gigih.sekali lagi air mata mula gugur dan kali ini ambe duduk jauh di belakang.

Masa ini hati dah mula berfikir dan merasakan kesayuan dilubuk hati.

Ya Allah,
ku panjatkan syukur padaMu,
ku memohon ampun padaMu,
terima kasih kerana masih memberi aku peluang,
memberi aku jalan dan petunjukMu,

Ya Rabb,
tunjukkan aku jalanMu,
kekalkan hatiku untuk terus bersamaMu,
tenangkan jiwaku untukMu,

Ya Rahman Ya Rahim,
tanpaMu aku takkan mampu berdiri,
tanpaMu aku takkan mampu melaluiya,
tanpaMu aku takkan mampu meneruskan hidupku,

Ya Allah,
sujud syukurku dan terima kasihku untukMu,
masih diberikan kesempatan dan kekuatan,
untuk terus berbakti dalam agamaMu,
dan masih punyai masa mencariMu.

Hanya itu yang terdetik di hati. Ambe rasa bersyukur masih belum ditarik nikmat kehidupan dan kekuatan untuk terus mengabadikan diri pada Mu. Setelah selesai solat sunat after isyak, ambe pindah tempat kerana tak sanggup untuk melihat pelakuan pak cik tersebut, bukan sebab nak mendabit dada, tapi tak mampu untuk meneruskan solat dengan air mata.

Ambe rasakan amat bertuah dan bermakna, kisah ini adalah untuk perkongsian pada readers supaya sentiasa bersyukur dan mencari jalan untuk keluar dari kengkangan duniawi ini.

p/s:mohon petunjukMu Ya Ilahi...
   
 
 


5 comments:

Anonymous said...

salam 22ramadhan..kjadian pakcik 2 sm mcm kjadian kat surau kg kami..kcian kami tgk..bongkok2 sembahyang..sudah tiap2 rakaat terawih,die bgth kami,lenguh..tgn n bdn die kebas2..kmi dlm hati dah debar2 nih.."jgn lah Allah ambik nyawa tok wan nie time duk sblh aku"..mlm esok nya,kmi bw kan kerusi dr umah usang kami di kg pauh 2..maka kerusi 2diguna la oleh tokwan utk solat..terharu kami..setiap mlm tokwan dtg..xde skip2 lngsung..so,bw r kerusi utk pok cik 2..xde laa die solat dlm tahan sakit..sm2 bantu mmudahkan umat sejagat..:)

Seruling Senja said...

Alhamdulillah... Tidak ramai yang titis air matanya lahir ikhlas...

gurumusafir said...

tanpa nama dari kg pauh :) :um2..tulah..semangat mereka lebih dari semangat yang muda.ape2pun..ambe bersyukur kerana dibukakan mata lebih awal..klu dah sampai tahap pak cik tu..camne nak cover ibadat y d tinggal,kan??kenallah erti syukur

seruling senja:hati nipis ini makin mudah diguris walaupun dengan kata2..kedaan sekeliling memaksa,..
semakin jauhkan,semakin banyak mulut sang nista bersuara...

Anonymous said...

dah bw xkrusi tok pok cik 2..ambe bkn kabo saje ni awang..ambe nasht + suruh..:)

gurumusafir said...

Um2..thanz lah.bkn xm bwk.smlm xdo dah.mgkin dya smyg kat umh plak.ml hok tgk ye tu ambe sdy.tu dop dang nok ckp.kim slam lah kat ibu n abg2.hope org pauh shr lake.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...