Options:

Change NOW and ask me HOW

Change NOW and ask me HOW
call me for assist 0133526652 or bukert_89@yahoo.com.my

Friday, August 19, 2011

Semangat Hilang

Assalamualaikum semua..lama sudah blog ni bersawan lepas update berterusan minggu lepas.


Banyak benda berlaku dalam bulan ni dan ia amat membentuk haluan diri dan mengubah pemikiran aku ini. Setiap pelakuan sentiasa akan ada ingatan yang mengangu jiwa hati dan perasaan. Ramadhan kali ini memang menguji kesabaran dan kekuatan iman seboleh-bolehnya. Allah menurunkan "hadiah" Nya hanya untuk hamba-hambaNya yang terpilih. Perkara ini harus diakui dan diatasi oleh hati ini untuk menjadi umatNya yang betul-betul matang dan bersedia menghadapi dan menerima "hadiah" yang lain.

Kurniaan dari Ilahi memang suatu yang perlu dan diterima dengan hati yang terbuka, dan hati ini hampir merungut dan menyalahkn takdir. Mujurlah ada quran yang memperbetulkan balik segala ancaman akidah secara senyap itu. Belum cukup dengan itu, manusia sekeliling mula menabur gula-gula manis dibibir masing-masing untuk menunjukkan sifat caring mereka.

Hal ini menjadikan tamparan tepat ke muka dan sepakan tepat ke hati perut hamba Allah ini semakin perit dan pedih.
"Jika ia adalah kebahagian yang akan ku miliki nanti, ku terima kurniaan Mu ini dengan hati yang terbuka."

Airmata darah sekalipun takkan mungkin meubah ketetapanNya kerana Allah mahu kita kembali dan mencariNya kembali. Mungkin terlah lama hati ini menolak keperluanNya dalam kehidupan walaupun mengaku di mulut.

Ya Allah,
kepada Mu aku memohon petunjuk dan jalan,
berikanlah aku hidayahMu
berikan ku kekuatan Ya Rabbi;

Ya Rahman,
sekelian alam memohon dan hanya padaMu ku dambakan kasih
kepadaMu aku meminta
dan hanya padaMu kasih yang layak,
tunjukkanlah aku jalanMu yang satu itu;

Ya Rabbi,
tetapkan hatiku dalam agamaMu
matikan aku dalam sujud kepada Mu
lembutkanlah hati-hati kami
bukakanlah pintu hati kami
satukan hati-hati kami untuk agama mu Ya Allah..

sesungguhnya hanya pada Engkau kami memohon..

ada sambungan tentang anak-anak kecil..nantikan semangat hilang 2

p/s:berikanlah sokongan pada yang memerlukan..

2 comments:

gadisarawak said...

bila ada kebahagiaan dan kegembiraan, kita lupa itu juga dari Allah.. perasaan cinta itu juga dari Allah... DIA sengaja mengurniakan rasa itu kerna ingin kita sentiasa mengingatiNYA.. tetapi.. kadang kala kita lupa... apabila rasa itu hilang barulah kita ingat padaNYA... biarpun berkali2 kita lupakan DIA tetapi DIA tetap berada disamping kita tak kira senang mahupun susah...

gurumusafir said...

wah...bernas dan mendalam...semakin puitis bahasa ye bdk kecik..hehe...
mencari cinta Ilahi paling mencabar dalam pemburuan cinta.hehe...

p/s:bz sgt2....kiki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...