Assalamualaikum dan salam jumaat.. :)
Seharusnya dan sewajibnya lelaki haruslahkan solat jumaat. Keadaan di Kuala Lumpur ini pun dan mendung & seperti mahu mencurahkan isinya ke bumi ini. Sambil-sambil dengar pulak lagu Sudirman-Hujan, memang masuk tune kepala yang mahu hujan.haha
Entry hari ni santai dan membawa maksud tersendiri "Kejujuran". Manusia dilahirkan dengan mempunyai akal, perasaan dan segala-galanya yang tidak terdapat pada makhluk lain ciptaanNYA. Kejujuran lahir dari hati yang suci dan ikhlas dalam kehidupan. Mencari sebuah kejujuran umpama mencari sebiji berlian dalam butiran kaca yang mana mungkin mampu dijumpai dengan senang.
Insan yang menempuh segala onak duri dan pengalaman akan mengajar seorang tukang berlian untuk mengasingkannya. Begitulah juga kejujuran yang mana ia akan kelihatan jika kita sentiasa berdamping dan memerhati orang sekeliling dengan penuh keikhlasan.
Tidak jujur akan muncul dengan sendirinya apabila keikhlasan kita itu akan digunakan sepenuhnya untuk kepentingan mereka. Orang akan sentiasa mengaitkan kejujuran dengan persahabatan, cinta dan hubungan sekeliling. Kita sentiasa akan terjumpa perkataan "pasangan tak jujur","tidak jujur dalam bekerja" dan sebagainya. Jujur merupakan satu istilah besar yang mana ia akan mengspecifiedkan setiap susunan ayat untuk kitagunakan.
Nabi s.a.w. bersabda; "Tunaikanlah amanah kepada orang yang mengamanahkan kepadamu dan jangan kamu khianati orang yang mengkhianatimu." - RiMuslim dan Abu Dawud
Kejujuran itu hadir apabila hati itu ikhlas dalam mencari dan menyampaikannya. Setiap apa yang kita mahu lakukan haruslah ikhlas dahulu maka akan muncul dengan semulajadinya JUJUR.
p/s: sedih dengan sikap dia yang mempermainkan perasaan dia dan pesanan untuk diri sendiri juga :)
Rumus Uji Cochran Q Test untuk Menentukan Atribut yang Valid
-
Uji Cochran Q Test merupakan salah satu bagian dari pengujian statistik
yang bersifat non-parametric. Secara umum, metode ini digunakan meneliti
peristiw...
3 years ago
2 comments:
x ada apa yg perlu di sedihkan.. im okie.. :)
alhamdulillah....
:)
Post a Comment