Options:

Change NOW and ask me HOW

Change NOW and ask me HOW
call me for assist 0133526652 or bukert_89@yahoo.com.my

Thursday, October 6, 2011

Surat Untuk Kekasih 6


Assalamualaikum awak. Apa khabar? Moga sihat di sana. :)
Awak.. Macam mana kehidupan di sana buat waktu ini? Mesti bestkan? Hehe.. Awak-awak.. Hari tu kan, saya jumpa dengan mak cik yang jaga rumah kita yang lama tu. Dia sampaikan salam pada awak. Harap ia sampai dan awak menjawabnya. :)

Jawab salam itu wajib tau. Saya dengar tazkirah kat masjid haritu. Walaupun dah tahu, hanya untuk mengingatkan kita bersama. Ustaz tu cakap lagi jangan jawab salam binatang. Contohnya kita tunggu bas, than ada lelaki yang bagi salam. Kita boleh jawab dalam hati bagi mengelakkan fitnah. Jika lelaki tu bagitahu "tak baik tau tak jawab". Mean lelaki tadi ialah buaya yang mana ia adalah binatang. Gelak besar saya dengar dengan jemaah lain.

red rose untuk awak :)
Awak. Mak dengan Mak Cik besar bezanya. Saya tak tahu apa maksud awak sampaikan mimpi tu. Tapi insya Allah saya tak akan menduakan mak mertua saya awak. Langsung tak terdetik di hati ini untuk menduakan ibu dan awak walaupun apa yang terjadi. Awak, walaupun kita punyai masalah yang berlaku, berjauhan dan tidak bersama-sama, saya sentiasa mendoakan kebahagiaan kita.

Awak jangalah risau, saya tetap akan jaga ibu awak sebagaimana awak menjaga mak saya selama ini dan sekarangpun awak masih bersama mak. Saya tahu sekarang awak berjauhan dengan ibukan. Awak, saya tak akan punyai mak mertua selain ibu walaupun Islam mengizinkannya. And saya tahu awak pun akan setuju, but that not show the real me. Saya hanya dan akan mempunyai awak seorang sahaja di dunia ini selagi diizinkan Allah.  Janganlah telalu memikirkan keburukan itu, saya tahu saya banyak melukakan hati awak sepanjang dalam perkenalan ini. Saya minta maaf awak.

Ingat lagi saya masa kita minum air kat kedai mamak sebelum ke percutian tajaan department saya tu. Awak tegur saya main dengan tisu. hehe.. Awak cakap saya tangan tak boleh duk diam. Sampai sekarang kalau saya nak ambil tisu or straw, mesti teringatkan awak and automatik akan stop perbuatan tu. :)

Hujung bulan ini saya akan pulang lawat awak dan mak. :) Rindu sangat-sangat awak. Saya nak sangat segala kekalutan ini berlalu pergi dengan pantas dan tuntas. Ada ayat director tak?hehe.. Just kidding.

awak, kenangan lama semakin mengamit memori. :) saya rindukan awak. maaf surat kali ini pajang untuk awak membacanya.(tandanya saya rindu) :) hehe

p/s:setiap apa yang berlaku adalah ujian dan peringatanNya kepada kita..sebelum terlupa, team saya kalah lam game hari tu. but Allah ganti dengan presentation projek saya yang menjadi.. :) nak sambut dengan awak. insya Allah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...