Options:

Change NOW and ask me HOW

Change NOW and ask me HOW
call me for assist 0133526652 or bukert_89@yahoo.com.my

Sunday, September 25, 2011

Surat Untuk Kekasih 5

Assalamualaikum awak!!apa khabar? Erm..macam mana keadaan minggu ni? Mak bagitahu awak banyak kerja kat rumah sekarang ni. Awak, buat kerja tu berpada-pada tau. Jangan sampai menyusahkan diri kita. huhu

Awak? Saya mintak maaf jika selama ini saya ada melakukan kesilapan tanpa saya sedari. Saya tahu awakpun ada makan hati dengan sikap saya ini. Saya rindukan awak, rindu sangat-sangat. Tapi nak buat macam mana, kerja kat pejabat ni tak mengizinkan saya untuk pulang berjumpa awak dan keluarga.

Setiap kali saya melalui meja lama awak, mesti teringat walaupun ada orang lain yang duduk di kerusi awak itu. Awak, saya mintak maaf kerana saya awak sanggup tinggalkan posisi awak dalam syarikat ini. Saya dah tau dari bos sendiri, dia dah terangkan semua kat saya. Kenapa awak lakukan semua ini jika ini adalah impian awak selama ini. Awak sakitkan hati awak dengan kerja entah apa-apa dikampung tu.

Patutlah awak bermasam and berjauhan dengan saya masa ramadhan tahun ini. Saya sedih awak buat saya macam tu. Awak, saya tahu orang akan mengata kita kat belakang, saya dah cuba untuk elakkan semua itu. Sejak akhir-akhir ni bos selalu panggil saya untuk betulkan masalah kita. Dia banyak bantu saya untuk betulkan balik segala kesilapan kita.

Awak, saya tahu kata-kata manusia kat belakang ni lebih tajam dari pedang saimurai potong kepala tu. Tapi tak kan sebabkan mereka awak sanggup berjauhan dengan saya. Mula-mula saya tak dapat terima kputusan itu. Namun kini alhamdulillah Allah berikan kekuatan baru untuk saya betulkan balik kesilapan lama saya. Awak, saya nak jadi suami soleh dan ayah mithali untuk keluarga kita dan awak ialah isteri solehah. :)

Segala harapan ini adalah doa kita untuk melalui onak duri ini.. Sampai sini sahaja surat untuk kali ini. Awak, jika ada silap dari saya, tolonglah betulkan dan bagitahu. Saya akan berusaha untuk membetulkannya I'Allah. Doakan pasukan cawangan syarikat saya menang pertandingan futsal yang sedang berlangsung ya awak. :)

p/s:  awak?saya sayangkan awak. Semoga segala ujian yang kita lalui ini ada hikmahNya untuk kita. hadapilah dengan senyuman awak!! :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...