Options:

Change NOW and ask me HOW

Change NOW and ask me HOW
call me for assist 0133526652 or bukert_89@yahoo.com.my

Wednesday, November 16, 2011

Warkah Dari Kampung 1

Assalamualaikum ya habibi. Awak sihat? Sebelum tu, saya nak mohon beribu kemaafan sebab baru ini ada kesempatan untuk saya membalas surat awak setelah menerima 9 surat. Heeii.. Mak tak benarkan saya keluar rumah untuk ke pekan. Apatah lagi untuk ke pejabat pos yang terletak di pekan sebelah. Surat ini saya kirim melalui Mirul yang kebetulan nak ke pekan sebelah atas urusan pembayaran bil katanya.

Mak risau sangat dengan kesihatan saya. Hari-hari mak akan urut kaki saya selepas saya mengurut kaki mak. Sayang benar mak pada saya, kan awak. Alhamdulillah dikurniakan ibu dan emak yang cukup baik, walaupun terpaksa berjauhan dengan awak. Awak, saya dekat sini makan ikut time yang awak dah tetapkan. Tapi kenapa awak yang nak kurus? Awak perlu makan ikut masa juga. Kesihatan perlu jaga. saya jauh untuk jaga awak di sana.



Awak, macam mana kerja? Semuanya ok x? Tahniah atas kejayaan demi kejayaan yang awak capai. Saya bangga dengan awak. Tak sabar rasanya nak tunggu awak habis kontrak kerja jauh tu.  Setiap kali surat awak sampai mesti mak akan duduk sebelah saya, nak saya baca surat awak sama-sama. Rindu pada anak dia la tu.

Awak-awak, saya ada hadiah baru untuk awak. saya ada belikan baju kemeja lengan panjang untuk awak. Di mata saya dan emak cantik la tapi di mata awak saya x tahu la. Citarasa orang perempuan selalunya x sama dengan citarasa lelaki,kan. Tapi kalau awak x suka pun awak kena pakai jugak tau, nanti membazir pulak. hehe.


Awak, ibu sihat? Awak ada menjenguk ibu saya x? Apa kata ibu? Saya rindukan ibu. Nanti awak balik sini, awak ajak la ibu ikut sekali. Nanti saya dah betul-betul sihat, awak bawak saya jumpa ibu ya. Awak, sampai di sini dulu surat saya ya. Nanti bila Mirul nak ke pekan sebelah lagi, saya kirimkan surat untuk awak. InsyaAllah. Jaga diri baik-baik, jaga solat, pergi masjid untuk berjemaah bila ada kelapangan waktu.

salam sayang dari kampung.


p/s : cuba merealisasikan permintaan pembaca yang mahukan surat balasan. penuh pengharapan agar surat balasan setanding Surat Untuk Kekasih (masih belajar menjiwai watak, watak perempuan terutamanya) :)

7 comments:

Anonymous said...

waahh..bro, interesting. x sangka dibalas juga.

Anonymous said...

Teruskan berkarya..

-Thalibul 'Ilm-

gurumusafir said...

hehehe..
syukran semua..

walaupun kekok menulisnya

Anonymous said...

pening eden baco...xado feel pmpuan agok nyer...haha....awai2 xphm apo bndo yg nk dihabau...kah3..skill reply surat keno upgrade lg nie..baguih da 2,rajin mnulis..hehe...>D'pauh< :)

gurumusafir said...

D'pauh - hahahaha....camne eh nak jiwai,watak pempuan..
kan ekgi wat jadi puan sgguh baru ne'ngun bace..hahaha

btw tq :)

Anonymous said...

adeh....xseberapa nk diberi pemahaman oleh NYA..."wat jd puan" 2ape?maaf laa yer...haha

Anonymous said...

baca novel yg wataknya permpuan. hahaha.. Tautan Hati by Fatimah Syarha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...