"Kehidupan ini adalah sementara, menanti yang abadi itu pasti"
Kehadiran kita hanya sementara, dan ia akan sentiasa di hitung.
Kini memanggil kembali pulang.
Pagi ini dapat mesej dari mak "slm.. Toknyang bt.Rakit dh meninggal.. (puan)"
gambar terakhir dan kali terakhir ku bertemunya |
Luluh hati takkala mata yang belum terbuka kini mula membengkak dan terbuka luas.
Aku mandi dengan niat mahu ke sekolah dan tabahkan hati.
Selesai mandi ku lihat 8 miss call from two of my uncle.
Mereka mengajak pulang dan kini aku sedang bersiap untuk pulang.
Semoga perjalanan ini mendapat restuNya.
Al-Fatihah
1 comment:
takziah.. yang hidup pasti akan kembali kepada pemiliknya...
semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang yg beriman.. amin..
Post a Comment