Options:

Change NOW and ask me HOW

Change NOW and ask me HOW
call me for assist 0133526652 or bukert_89@yahoo.com.my

Friday, June 7, 2013

Surat Untuk Kekasih 10

Assalamualaikum awak!! Alhamdulillah, punya kesempatan untuk menulis warkah ini kembali. Sudah banyak  benda yang saya terlepas pandang untuk dimasukkan dalam surat selama ini. Maafkan kealpaan saya selama setahun ini.

Alhamdulillah kembalinya ramadhan kali ini, mengembalikan kenangan 2 tahun lalu. Kedukaan yang kita lalui kini membuatkan kita lebih dekat pada Ilahi :) Syukur sangat-sangat sebab awak bahagia di kampung bersama mak. Ibupun dah bersedia untuk menjadikan rumah kembali gembira dengan gelak tawa adik beradik kembali.


cantik!!
Pada warkah lalu, saya ada melihat awak sediakan baju untuk saya, cantik!!!! Usia perkahwinan kita kini dah hampir melangkaui 4 tahun. Banyak dugaan dan rintangan mengatkan kita kembali. Terharu kerana setiap kali jatuh saya akan ada awak bersama menarik dan membantu saya bersama.

Surat ini hanya nukilan hati walaupun kini awak masih bersama mak membaluti luka hati. Kegembiraan yang kita kecapi setahun tanpa dugaan getir menampakkan kita terpesong kembali pada jalan lama. Betul kata Ustaz Asri dalam Hakikat Dukacita. Ia menguatkan kita untuk terus mengingati Allah!! :)

Macam mana kesihatan awak kini? Jarang saya mendengar awak merungut sakit sejak menggunakan Herbalife. Syukur sangat-sangat Allah memberikan ia sebagai makanan sihat kita sekeluarga. Nanti awak jangan lupa ambil barang dekat pejabat herbalife ye? Sebab saya dah order online untuk awak.

Awak janganlah ambil hati lagi pada rakan pejabat lama kita itu, mungkin hasad dengki mereka masih belum berakhir untuk melihat kita gembira. Kan Allah janjikan kebahagian disetiap kesukaran yang kita lalui :)

Sampai disini sahaja kata-kata saya untuk hari ini. Insya Allah jika diberikan kekuatan baru, saya akan sambung dengan cerita lain. Hehehe.. Ibu belikan awak hadiah. Cepat-cepat balik sini tau :-P

p/s: semakin kita merindui kekuasaan Ilahi, semakin kita mencintai insan yang dikurniakanNya


Surat Untuk Kekasih 9 | Surat Untuk Kekasih 11

HERBALIFE produk psiko??


bismillahirahmanirrahim..

hai..hai.. hari ni, di pagi hari, berkobar-kobar nak memberi respon terbuka kepada salah seorang kenalan yang sedaya upaya cuba menafikan kehebatan dan keajabain produk-produk herbalife.. *dengan izin Allah, herbalife menjadi hebat! :)

semalam, kawan aku mengadu, ada orang msg dia, ckp panjang lebar tentang herbalife, herbalife x bagus? psiko je lebih..

katanya, 'produk herbalife boleh digantikan dengan makanan lain seperti sayur, ikan, biskut fibre, dll'



::: baiklah, secara ringkas, produk herbalife adalah makanan nutrisi.. ustaz iskandar ada bgtau, badan kita memerlukan 114 nutrisi setiap hari! (sama dengan jumlah surah dalam al-Quran, 114 surah).. produk herbalife, seperti formula 1 (shake) mengandungi 55 nutrien, 18 asid amino, serat dan herba terpilih; atau lebih tepat, separuh dari apa yang diperlukan oleh badan.. kalau x ambil produk herbalife, pagi aku makan nasi lemak, berapa nutrisi yang ada? 3 sahaja! itu pun ada pada timun, 3 keping, KALAU kita makan la timun tu.. (credit : ustaz iskandar) baiklah, secara logik, mampu kah kita pastikan setiap hari kita akan ambil daging, ayam, biskut fibre, buah, sayur, dll? SETIAP HARI?? aku? pernah la usaha, tapi xmampu la, 2 hari je bertahan.. hahaha~ so, kesimpulan, ambil je shake setiap pagi, selesai!!



katanya, 'kalau nak kurus, kena exercise..xkan boleh kurus tanpa senaman'


::: baiklah, untuk pengetahuan umum (macam ramai je nak baca :p ) aku ni dulu nak buang lemak sikit-sikit.. sebab dulu aku x rasa pun aku gemuk.. so, aku pun hari-hari pegi tasik untuk berjogging.. ya! aku dapat maintain berat badan.. sehingga lah cuti panjang..pahamla, kalau da balik rumah, memang stop segala aktiviti sihat.. hehe.. maka, berat aku naik
beberapa kilo.. tapi masih rasa kurus.. *blink2..  bila semester baru, memang liat dah nak senaman..sehingga hari ini aku da x gi tasik da.. hahaa~ tapi dalam pada masa yang sama, aku try herbalife sebab nak sihat.. memandangkan x berapa nak sihat..bonus, aku da turun 8kg!! WITHOUT exercise / senaman / jogging.. aku rasa kalau aku jogging, mesti lagi banyak aku turun.. haha.. unexpected ok.. see, ambil herbalife nak sihat je, tapi dapat pulak bonus sampingan.. tq Allah!! dan, berat aku maintain walau makan nasi hari-hari.. best kan herbalife?!!

katanya lagi, 'herbalife ni mahal, harga pun da psiko orang supaya berdiet dan herbalife suruh minum air banyak-banyak. memang kurus la kalau minum air banyak-banyak'

::: baiklah.. :) nak senyum dulu sebab bila baca msg ni terus teringat tokmak tersayang dan umi tercinta! aku bagi tokmak dan umi herbalife dulu sebelum aku pulak yang consume herbalife.. secara jujurnya, aku just bg umi sebotol teamix herbalife untuk bg tokmak.. dan pesan (xjumpa pun tokmak), suruh tokmak minum pagi dan malam.. fullstop!. xpernah aku pesan tokmak minum air banyak.. xpernah! maknanya, tokmak tidak tahu menahu tentang minum air berapa liter ke kena exercise ke apa ke.. tokmak hanya tahu, minum teamix pagi dan malam. dan..dan.. tokmak langsung x tahu harga teamix aku beli tu.. alhamdulillah, dengan izin Allah, herbalife menjadi pengantara untuk tokmak menjadi lebih sihat! dan paling best, berat tokmak pun turun, banyak! sekarang da sama berat dengan umi.. (umi yang kata,ok!) without air berliter-liter, without senaman, without pengurangan nasi, without tahu menahu tentang harga!! terima kasih ya Allah!!!!





'kakak, tokmak nak buat terawih penuh tahun ni! sebab tokmak x sakit lutut da, tokmak rasa ringan' :')

katanya lagi dan lagi.. haihh.. udah le tu.. banyak sangat katanya.. hahaha.. cukup la 3 yang terpilih ni ye.. tapi serius banyak gila msg nya.. kesimpulannya, senang je, kalau rasa herbalife ni produk psiko orang, kenapa di Korea lebih 70% penduduk consume herbalife?? xkan la daripada 70% tu x da seorang pun yang terfikir macam 'awak' fikir, kan?? tu baru Korea.. habis, macam mana pulak dengan penduduk dari lebih 80 buah negara lain yang da consume herbalife?? ohh, ya Allah.. apa dah jadi ni?? kenapa banyak sangat manusia yang telah di'racuni' dengan produk herbalife????? hee~ fikirlah sendiri, cuba lah sendiri!! perbetulkan niat.. yang penting, apa yang kita lakukan pasti adalah untuk lebih dekat dengan Pencipta. :D


kena senaman ke? nasi? mahal? xda kaitan,kan? so, please open your mind. dan.. kalau x nak, xperlu buat survey, angkat kaki je.. tapi kalau nak, pm me. masih belum terlambat untuk kehidupan yang lebih sihat!! :) tehee..

hamik kau..ko hado??
ha, apa lagi kau nak?? kalau x da sebarang kesan positif, u can get back your money dude! ada ke produk lain berani buat macam ni? ke aku yang xtau?? hurmm.. insyaAllah.. aku yang pada mulanya x yakin ni pun da tertunduk malu dengan produk herbalife ni.. nasib baik ada yang memaksa.. haha.. tq!

btw, entri kali ini hanya berkisar tentang 2 jenis produk sahaja! iaitu formula 1 (shake) dan teamix.. herbalife ada baaaaaaaannyyaaakkk lagi produk!! shampoo pun amazing! untuk jerawat pun ada! ada outer dan inner produk! untuk keterangan lanjut, email bukert_89@yahoo.com.my or my FB or contact 013-3526652.. insyaAllah, saya dan herbalife adalah pengantara untuk anda dan keluarga menjadi lebih sihat dan ceria dan bahagia!!! :)

entry sebenarnya adalah tulisan salah seorang of my customer. she already gor best result. I will stories about her next entry insya Allah. copy paste from anak ummi!!tq :)

Rindu

Mengenali adalah dosa lalu,
Meyayangi adalah kisah baru,
Mencintai adalah pahala kamu;

Memerhatimu mengungkit seribu persoalan,
Melihatmu mengundang debaran,
Menjiwaimu satu persoalan;

Melangkah untuk mengikuti,
Berlari untuk mendekati,
Merangkat untuk dicintai;

Setiap perjalanan mengamik memori,
Setiap catitan mengujakan diri,
Setiap panggilan mewarnai bumi;

Aku kini umpama bulan,
Mendambakan sinaran si matahari,
Aku kini merasakan hilang,
Merindukan zaujah sejati:



7-6-137:15pm JumaatKuala Lumpur

Thursday, June 6, 2013

Kuah Kacang

Permulaan
Angin petang hanya lalu memberi seribu kenangan. Membawa jiwa menyusuli segala permasalahan yang merumitkan diri.

Sedang aku syok melayan jiwa dengan permainan di komputer riba. 

kring.... kring..... 

Di capai Blackberry Bold 4 di atas tilam. Ku perhati nama dan tersenyum sendiri melihat "Zaujah" memanggil.
"Assalamualaikum.. Hello, ada apa boleh saya bantu si cantik manis?" aku memulakan perbualan. "Waalaikumussalam. Amboi, bukan main lagikan. Ada apa happy semacam ni? Buat apa tu?". "Oh..hahaha" Gelak tawa kami bersahutan. Aku menyambung perbualan, "Ni tengah main game ni. Kenapa tiba-tiba call ni? BBM tak balas pulak." Diselitkan smartphone aku ke telinga dengan bersendalkan bahu, manakala tangan, mata dan jari mula menumpukan pada permainan online kembali. "Saya laparlah awak. Tak cukup nasi kukus awak hantar tadi. hehe" Ketawa kecilnya.. "Ya Rabbi, mengandung ke apa awak ni. Makan bukan main lgi sekarangkan? Haha" "Haish!! Apalah awak ni. Entahlah, dua tiga hari ni makan banyak sikit. Shake pun pagi-pagi dan 5 scoop."

Aku hanya mampu gelak. "Yelah. Nak ajak saya keluar makan ke apa ni? Takkan call saya jadi kenyang." Kami meneruskan perbualan sehingga "Woi!!!". "Awak marahkan saya ke?" "Tak adalah, ni player dalam game ni, noob nak mampus. Dahlah feed team lawan." "Hmm.. Awak pergilah main game awak tu. Jangan layan perempuan lain sudah. Hehehe" "Ambi, ke situ pulak dia. Apa-apa BBM ok? Assalamualaikum" "Walaikumsalam".

ting.... ting....

Terpampar ( 1 mesej masuk). Lalu aku buka "Awak, rasa nak makan goreng pisang je. hehehe". Lalu aku letak blackberry ke tilam kembali meneruskan sisa perjuangan yang belum selesai.

............

Selesai permainan aku, dikuatkan juga tubuh yang malas untuk bangun. Di capai kunci motor sambil berjalan malas menuju ke arah pintu utama. "ko nak ke mana tu Khair?" "Aku nak cari goreng pisang jap, kau nak?" soalan malas terpacul. "boleh jugak. Aku nak kuah kacang tu. Jangan lupa!" Sahut Faizul dengan nada riang.
"Pak cik, bagi goreng pisang RM3 boleh? Buat dua." pesanan disampaikan. "Oh, dua-dua tu nak kuah kacang ye pak cik." Sedang ralik aku melihat mak cik tu mengoreng, terdengar suara pak cik bagitahu "Adik, kuah kacang ada satu je. Boleh? Lagi satu air lada biasa." "Ok. Boleh je pak cik."

Pantas motor di pacu dek kerana air mutiara langit mula terasa. Di capai handphone dan butang dial di tekan. Dengar sahaja panggilan diangkat "Awak, saya kat pintu pagar dan ni. Mana awak?" "Dah beli ke? Kejap-kejap, saya baru dah solat ni" "Ok" jawabku tenang.

Aku mula melayan perasaan, kelihatan ramai jururawat keluar melalui pagar tersebut, aku hanya senyum melihat gelagat mereka. Walaupun Nur seorang jururawat, aku belum pernah melihat dia berpakaian jururawat. Setiap kali kami keluar pasti Nur akan memakai baju kurung atau t-shirt labuh muslimat. Keluar pula kami boleh di bilang berapa kali, aku masih ingat pesan Nur untuk menjaga hubungan dengan Allah melebihi cinta sesama manusia. Kenangan mula terawan-awangan, 'apa kenangan aku sebelum dia menjadi yang sah?' detik hati mula bermain. 'Mungkin itu yang terbaik untuk hubungan kita abang.' Tengian-ngian suara Nur di kepala bila mengingatkan pesanannya.

Kelihatan gadis cantik si payung hati keluar dengan tudung labuhnya yang belum dipinkan dengan betul. "Wah, cantik awak hari ini." Sahaja aku menduga "Ni perli ke apa ni, mana sempat nak pakai betul-betul. Nanti marah pulak awak tu. Tadipun saya dengar nada orang tak puas hati aje" pedas balasan Nur kali ini. Itulah sikap aku yang menjadi duri dalam daging perhubungan ini. Nada suara sentiasa tidak mengikut situasi, walaupun berniat baik masih disalah faham oleh Nur "mana ada marah, saya bagitahu elok-elok je tadi. Atas motor, mana tahu awak tak dengar, tu kuat sikit.hhe" "Yelah, awak bawak apa ni? Nur mula mengukir senyuman "Ni goreng pisang untuk awak. Kuah kacang ada dalam tu." "Wah!!!awak tahu eh saya suka kuah kacang. Tu satu lagi untuk siapa?" "Ni Faizul pesan jugak. Mana tidak, benda paling ganjil saya jumpa makan goreng pisang dengan kuah kacang. Awaklah yang ajar saya. hehe".. 

Samb........

Setiap peristiwa mengajar kita erti keinsafan dan kekuatan baru untuk mengejar pengalaman baru. "KUAH KACANG" adalah menifestasi keganjilan dalam kehidupan.
p/s: tidak mengena dengan mana-mana kehidupan. Mohon jangan claim ye. Penulis hanya mengambil jalan dari kehidupan penghuni kolej :)

Sunday, June 2, 2013

Kembali


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menulis dalam laman yang kadangkala meninggalkan seribu kesan dan pengalaman mematangkan diri.

Setiap pelakuan manusia itu akan diadili dengan baik dan saksama, ia pasti!!

Dikala hati kita riang apabila menerima pemberianNya, kita sentiasa lupa dan alpa untuk memikirkan saat kosong bakal kembali. Di saat inilah manusia akan kembali pada pemikiran asalnya untuk membina jati diri yang lebih kuat.

Pada saat kita di duga dengan masalah untuk kifarah dosa lama, kita akan alpa dan menjadikan orang terdekat sasaran untuk menyalahkan. Setelah sekian lama menerima rahmatNya, kita akan diuji dengan di tarik sedikit nikmat.

Pada saat kita jatuh juga akan muncul parasit penambah sakit pada diri. Jikalau dalam perhubungan kita dengan manusia, akan menjelma "sahabat lama", "teman baru" dan sebagainya untuk menambah kesetian dan kekuatan kita dalam menyerahkan diri padaNya.

Kembalinya hati ini adalah untuk kita merenung sejauh mana tarbiyah sebelum ini menghasilkan kekuatan diri kita. Cukupkah segala usaha kita lakukan sebelum ini atau hanya sekadar melepaskan keselesaan bukan pada masanya.

Mencari renungan kembali...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...