Options:

Change NOW and ask me HOW

Change NOW and ask me HOW
call me for assist 0133526652 or bukert_89@yahoo.com.my

Sunday, August 28, 2011

Luahan Hati Murni

Assalamualaikum...
tajuk entry memang poyo habis kan??haha :)
_____________________________________________

Akhirnya telah masuk kita ke ruang dan fasa penghujung ramadhan. Kalau dulu aku menunggu ketibaan syawal dengan segala macam persiapan, tak kira baju ke, seluar ke, kasut ke, semua akan tersedia.

Tapi tahun ini ada terasa kelainan dalam berfikir dan pemilihan semua itu. Kenapa tempoh warranty yang Allah berikan pada kita cuma 30 hari?? Ya, ada hikmah disebalik setiap kejadianNYA.

Tahun ini aku mengenal erti ramadhan yang amat berbeza, jika sebelum ini aku hanya menahan lapar dan perkara yang dilarang tanpa berfikir untuk mengetahui hikmah disebalik ramadhan. Benar ramadhan banyak mengajar kita sebenarnya. Kita akan terasa apabila kita mula menerima "hadiah" atau kurnian di luar kawalan ini.

Sedar atau tidak, aku tak nak kehilangan ramadhan ini. Aku tak nak alpa dalam pemilihan dunia. Aku tak nak lagi menjadi buah mulut orang lain yang sibuk untuk menceritakan kehebatan lampau aku dalam melakukan sesuatu perkara.

Setiap kata-kata itu adalah satu doa dan ia sentiasa diperkatakan oleh seorang teman aku untuk mengingatkan aku dan memnyedarkan aku tentang barakah orang sekeliling. Walaupun kerana mengejarkan barakah teman ku kini kehilangan dan melepaskan seorang yang penting dalam hidupnya. Kerana kagumkannya, aku mula mengorak langkah dan mencari barakah aku sendiri. :)

Ramadhan kali ini Allah memberikan aku pengajaran dengan menyediakan platform dugaan yang tak putus-putus dan memberikan sinar melalui penghambaan diri padaNYA. Kadang-kadang hampir hilang pendirian hidup bila melalui setiap dugaanNYA, tetapi ada sahaja petunjuk dan bantuan daripadaNYA.

Kini aku merasakan semakin sedih dan takut dengan pemergian ramadhan kerana aku tak tahu apa yang akan mendatang. Hati ini sebak dengan pengiktirafan Mu Ya Rabbi.. Sujud syukurku panjatkan kepadaMu untuk rasa ini.

Dan sejujurnya aku tak nak kehilangan ramadhan kali ini...

p/s: keranaMu aku disini mencari keredhaanMu dan menanti ganjaranMu..sy rindu nasihat awk..

6 comments:

Anonymous said...

mengapa perlu ditaip dalam blog, bgtahu direct la kat kawan tuh.. mungkin kawan awak tuh x terbaca blog awak ini.. sekadar memberi cadangan.. :)

gurumusafir said...

xape lah...biarkan ia dengan kebahagiannya..
sekadar luahan hati saya..so klu dia tak bacapun apa mampu buat..sbb jika diberitahu mana mungkin dia paham.kan?mungkin ada tafsiran..sbb kita ni bila membaca dari medium lain,tapi d beritahu,mcm2 d fikirkan..lgipun tak mampu utk memberitahunya.. :P

bacalah....haha

Anonymous said...

Lebih baik beterus trang drpd beputih mata.. :)

gurumusafir said...

i'allah..akan diusahakan....

:)

Anonymous said...

:)

gurumusafir said...

like :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...