Options:

Change NOW and ask me HOW

Change NOW and ask me HOW
call me for assist 0133526652 or bukert_89@yahoo.com.my

Monday, August 29, 2011

Surat Untuk Kekasih

sekadar ilusi
Assalamualaikum..
Hari ni adalah hari terakhir puasa ataupun hari terakhir ramadhan. Huhu..
Sedih tau. Awak2, macam mana nak hilangkan semu kedukaan ini, semua persiapan telah disediakan. Cuma menunggu awak pulang ke sarangnya dan meneruskannya.

Awak, hari ni kita bungkus tapai sama-sama ek? Jap lagi kita tolong mak masak rendang, pastu kita keluar g pasar beli apa yang patut ok? Wah banyaknya plan untuk raya kan??hehe.. Walaupun awak tak pandai memasak, saya akan tolong awak tau. Kita masak sama-sama eh??

Hari ni juga baju raya saya siap. Mak jahit cantik, warnapun saya suka. Walaupun warna baju kita tak sama, tapi saya yakin ia tetap sama di hati kitakan?hehe.. Saya tunggu awak jahitkan pulak, kan awak pun hebat bab-bab menjahit ni.

Rumahpun dah siap kemas & bersih, apa lagi yang saya kena tambah ek,apa lagi yang kurang awak eh? Kan awak pakar dalam hal rekaan dalaman ni, selalu je dapat pujian. Aa, lupa pulak yang awak pernah menang bilik tercantik kat tempat kita study hari tu kan?hehe..

Sejuk hati tengok mak happy lihat kita bersama-sama. Tapi sampai bila ia akan berkekalan agaknya. Keluarga bahagia adalah apabila ia membahagiakan orang tua kita.kan2? Saya sentiasa berharap mak dan ayah dapat lihat dan meninggalkan kita dalam keadaan yang aman dan tenang. Begitu juga dengan ibu bapa awak kan? :)

Baju dan segala persiapan untuk perhiasan awak dah ada? Dah siap? Mesti cantikkan kain putih yang Allah berikan pada kita semua. Tapi sekarang masih bercorak. Tudungpu mestilah awak nak masuk je dengan baju, selalu bukan main susah lagi awak pilih tudung untuk satu-satu baju.hehe

Awak, saya nak bagitahu awak yang saya rindukan awak. Shh... Senyap-senyap tau, saya nak bisik yang Saya sayang awak sangat-sangat.hehe...

Awak, nanti saya tulis lagi Surat Untuk Kekasih 2 untuk awak.hehe..tunggu k..

p/s:ini adalah nukilan gurumusafir dan terpulang pada individu untuk mempercayai. Sebab saya suka menulis. :)
kerana dirimu begitu berharga..peace!!

1 comment:

Anonymous said...

menang bilik tcntik? pndai mnjahit?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...