Options:

Change NOW and ask me HOW

Change NOW and ask me HOW
call me for assist 0133526652 or bukert_89@yahoo.com.my
Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts

Friday, June 7, 2013

Surat Untuk Kekasih 10

Assalamualaikum awak!! Alhamdulillah, punya kesempatan untuk menulis warkah ini kembali. Sudah banyak  benda yang saya terlepas pandang untuk dimasukkan dalam surat selama ini. Maafkan kealpaan saya selama setahun ini.

Alhamdulillah kembalinya ramadhan kali ini, mengembalikan kenangan 2 tahun lalu. Kedukaan yang kita lalui kini membuatkan kita lebih dekat pada Ilahi :) Syukur sangat-sangat sebab awak bahagia di kampung bersama mak. Ibupun dah bersedia untuk menjadikan rumah kembali gembira dengan gelak tawa adik beradik kembali.


cantik!!
Pada warkah lalu, saya ada melihat awak sediakan baju untuk saya, cantik!!!! Usia perkahwinan kita kini dah hampir melangkaui 4 tahun. Banyak dugaan dan rintangan mengatkan kita kembali. Terharu kerana setiap kali jatuh saya akan ada awak bersama menarik dan membantu saya bersama.

Surat ini hanya nukilan hati walaupun kini awak masih bersama mak membaluti luka hati. Kegembiraan yang kita kecapi setahun tanpa dugaan getir menampakkan kita terpesong kembali pada jalan lama. Betul kata Ustaz Asri dalam Hakikat Dukacita. Ia menguatkan kita untuk terus mengingati Allah!! :)

Macam mana kesihatan awak kini? Jarang saya mendengar awak merungut sakit sejak menggunakan Herbalife. Syukur sangat-sangat Allah memberikan ia sebagai makanan sihat kita sekeluarga. Nanti awak jangan lupa ambil barang dekat pejabat herbalife ye? Sebab saya dah order online untuk awak.

Awak janganlah ambil hati lagi pada rakan pejabat lama kita itu, mungkin hasad dengki mereka masih belum berakhir untuk melihat kita gembira. Kan Allah janjikan kebahagian disetiap kesukaran yang kita lalui :)

Sampai disini sahaja kata-kata saya untuk hari ini. Insya Allah jika diberikan kekuatan baru, saya akan sambung dengan cerita lain. Hehehe.. Ibu belikan awak hadiah. Cepat-cepat balik sini tau :-P

p/s: semakin kita merindui kekuasaan Ilahi, semakin kita mencintai insan yang dikurniakanNya


Surat Untuk Kekasih 9 | Surat Untuk Kekasih 11

Rindu

Mengenali adalah dosa lalu,
Meyayangi adalah kisah baru,
Mencintai adalah pahala kamu;

Memerhatimu mengungkit seribu persoalan,
Melihatmu mengundang debaran,
Menjiwaimu satu persoalan;

Melangkah untuk mengikuti,
Berlari untuk mendekati,
Merangkat untuk dicintai;

Setiap perjalanan mengamik memori,
Setiap catitan mengujakan diri,
Setiap panggilan mewarnai bumi;

Aku kini umpama bulan,
Mendambakan sinaran si matahari,
Aku kini merasakan hilang,
Merindukan zaujah sejati:



7-6-137:15pm JumaatKuala Lumpur

Thursday, June 6, 2013

Kuah Kacang

Permulaan
Angin petang hanya lalu memberi seribu kenangan. Membawa jiwa menyusuli segala permasalahan yang merumitkan diri.

Sedang aku syok melayan jiwa dengan permainan di komputer riba. 

kring.... kring..... 

Di capai Blackberry Bold 4 di atas tilam. Ku perhati nama dan tersenyum sendiri melihat "Zaujah" memanggil.
"Assalamualaikum.. Hello, ada apa boleh saya bantu si cantik manis?" aku memulakan perbualan. "Waalaikumussalam. Amboi, bukan main lagikan. Ada apa happy semacam ni? Buat apa tu?". "Oh..hahaha" Gelak tawa kami bersahutan. Aku menyambung perbualan, "Ni tengah main game ni. Kenapa tiba-tiba call ni? BBM tak balas pulak." Diselitkan smartphone aku ke telinga dengan bersendalkan bahu, manakala tangan, mata dan jari mula menumpukan pada permainan online kembali. "Saya laparlah awak. Tak cukup nasi kukus awak hantar tadi. hehe" Ketawa kecilnya.. "Ya Rabbi, mengandung ke apa awak ni. Makan bukan main lgi sekarangkan? Haha" "Haish!! Apalah awak ni. Entahlah, dua tiga hari ni makan banyak sikit. Shake pun pagi-pagi dan 5 scoop."

Aku hanya mampu gelak. "Yelah. Nak ajak saya keluar makan ke apa ni? Takkan call saya jadi kenyang." Kami meneruskan perbualan sehingga "Woi!!!". "Awak marahkan saya ke?" "Tak adalah, ni player dalam game ni, noob nak mampus. Dahlah feed team lawan." "Hmm.. Awak pergilah main game awak tu. Jangan layan perempuan lain sudah. Hehehe" "Ambi, ke situ pulak dia. Apa-apa BBM ok? Assalamualaikum" "Walaikumsalam".

ting.... ting....

Terpampar ( 1 mesej masuk). Lalu aku buka "Awak, rasa nak makan goreng pisang je. hehehe". Lalu aku letak blackberry ke tilam kembali meneruskan sisa perjuangan yang belum selesai.

............

Selesai permainan aku, dikuatkan juga tubuh yang malas untuk bangun. Di capai kunci motor sambil berjalan malas menuju ke arah pintu utama. "ko nak ke mana tu Khair?" "Aku nak cari goreng pisang jap, kau nak?" soalan malas terpacul. "boleh jugak. Aku nak kuah kacang tu. Jangan lupa!" Sahut Faizul dengan nada riang.
"Pak cik, bagi goreng pisang RM3 boleh? Buat dua." pesanan disampaikan. "Oh, dua-dua tu nak kuah kacang ye pak cik." Sedang ralik aku melihat mak cik tu mengoreng, terdengar suara pak cik bagitahu "Adik, kuah kacang ada satu je. Boleh? Lagi satu air lada biasa." "Ok. Boleh je pak cik."

Pantas motor di pacu dek kerana air mutiara langit mula terasa. Di capai handphone dan butang dial di tekan. Dengar sahaja panggilan diangkat "Awak, saya kat pintu pagar dan ni. Mana awak?" "Dah beli ke? Kejap-kejap, saya baru dah solat ni" "Ok" jawabku tenang.

Aku mula melayan perasaan, kelihatan ramai jururawat keluar melalui pagar tersebut, aku hanya senyum melihat gelagat mereka. Walaupun Nur seorang jururawat, aku belum pernah melihat dia berpakaian jururawat. Setiap kali kami keluar pasti Nur akan memakai baju kurung atau t-shirt labuh muslimat. Keluar pula kami boleh di bilang berapa kali, aku masih ingat pesan Nur untuk menjaga hubungan dengan Allah melebihi cinta sesama manusia. Kenangan mula terawan-awangan, 'apa kenangan aku sebelum dia menjadi yang sah?' detik hati mula bermain. 'Mungkin itu yang terbaik untuk hubungan kita abang.' Tengian-ngian suara Nur di kepala bila mengingatkan pesanannya.

Kelihatan gadis cantik si payung hati keluar dengan tudung labuhnya yang belum dipinkan dengan betul. "Wah, cantik awak hari ini." Sahaja aku menduga "Ni perli ke apa ni, mana sempat nak pakai betul-betul. Nanti marah pulak awak tu. Tadipun saya dengar nada orang tak puas hati aje" pedas balasan Nur kali ini. Itulah sikap aku yang menjadi duri dalam daging perhubungan ini. Nada suara sentiasa tidak mengikut situasi, walaupun berniat baik masih disalah faham oleh Nur "mana ada marah, saya bagitahu elok-elok je tadi. Atas motor, mana tahu awak tak dengar, tu kuat sikit.hhe" "Yelah, awak bawak apa ni? Nur mula mengukir senyuman "Ni goreng pisang untuk awak. Kuah kacang ada dalam tu." "Wah!!!awak tahu eh saya suka kuah kacang. Tu satu lagi untuk siapa?" "Ni Faizul pesan jugak. Mana tidak, benda paling ganjil saya jumpa makan goreng pisang dengan kuah kacang. Awaklah yang ajar saya. hehe".. 

Samb........

Setiap peristiwa mengajar kita erti keinsafan dan kekuatan baru untuk mengejar pengalaman baru. "KUAH KACANG" adalah menifestasi keganjilan dalam kehidupan.
p/s: tidak mengena dengan mana-mana kehidupan. Mohon jangan claim ye. Penulis hanya mengambil jalan dari kehidupan penghuni kolej :)

Sunday, June 2, 2013

Kembali


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menulis dalam laman yang kadangkala meninggalkan seribu kesan dan pengalaman mematangkan diri.

Setiap pelakuan manusia itu akan diadili dengan baik dan saksama, ia pasti!!

Dikala hati kita riang apabila menerima pemberianNya, kita sentiasa lupa dan alpa untuk memikirkan saat kosong bakal kembali. Di saat inilah manusia akan kembali pada pemikiran asalnya untuk membina jati diri yang lebih kuat.

Pada saat kita di duga dengan masalah untuk kifarah dosa lama, kita akan alpa dan menjadikan orang terdekat sasaran untuk menyalahkan. Setelah sekian lama menerima rahmatNya, kita akan diuji dengan di tarik sedikit nikmat.

Pada saat kita jatuh juga akan muncul parasit penambah sakit pada diri. Jikalau dalam perhubungan kita dengan manusia, akan menjelma "sahabat lama", "teman baru" dan sebagainya untuk menambah kesetian dan kekuatan kita dalam menyerahkan diri padaNya.

Kembalinya hati ini adalah untuk kita merenung sejauh mana tarbiyah sebelum ini menghasilkan kekuatan diri kita. Cukupkah segala usaha kita lakukan sebelum ini atau hanya sekadar melepaskan keselesaan bukan pada masanya.

Mencari renungan kembali...

Friday, September 7, 2012

Hari Ke-Empat

Bismillahirahmanirahim...
"Cukup sudah empat hari  yang di nanti. Senyuman lebar terukir pabila sampai di sekolah. Ku lihat jam, ku tenung bayang-banyang menanti ia tegak mengikut tubuh. Setiap saat on-off di tekan menanti berita gembira. Kerinduan kini mula membuak-buak untuk aku mengawalnya."

cc gambar goggle liza 
Sejuk mula menusuk setiap pelusuk tubuh, pergerakan yang mula-mula perlahan kini semakin terasa lajunya. Setiap kereta yang dilintasi terasa seperti angin lalu dan hilang dari pandangan dalam sekelip mata. Begitu pantas masa berlalu, begitu juga kita manusia yang hanya seketika akan mengingati sesuatu dengan peristiwa.

Namun perasaan ini bukan seperti itu, ia berterusan dan akan bersambung sehingga hujung nyawa dengan izin Allah. Laluan ke Kajang dari Cheras agak lengang berbanding jalan Kajang ke Kuala Lumpur yang pagai beratur menunggu mendapat duit. Tapi itulah realiti dunia yang berada dalam laluan lorong tikus untuk mencapai cita-cita.

Semasa menunggu traffic light yang pertama, ada sebuah motor yang penuh dengan muatan bunga ros merah yang masih segar. Ya Rabbi, indah ciptaanMu di pagi hari untuk menggembirakan hati setiap manusia yang akan menerimanya nanti. Tersenyum dan terdetik di hati untuk menyediakan sejambak bunga seperti itu untuk mu nanti (^_^)

Cheras - Kajang
Melalui jalan bandar Kajang untuk ke Kjang Utama memang menyeronokkan dengan telatah manusia dan gelagak penghuni kota yang mula keluar mencari rezeki. Hinggalah melalui sebuah sekolah menengah, hatiku mula sayu dan gugup setiap kali melihat pintu pagarnya dan namanya. Cukup gah dengan nama seorang guru yang menyentuh hatiku. Akan aku cerita dalam entry "Cheras - Kajang" nanti :)

Cukup sudah empat hari  yang di nanti. Senyuman lebar terukir pabila sampai di sekolah. Ku lihat jam, ku tenung bayang-banyang menanti ia tegak mengikut tubuh. Setiap saat on-off di tekan menanti berita gembira. Kerinduan kini mula membuak-buak untuk aku mengawalnya.

Majlis Khatam Al-Quran menjadi pendamping dan penawar untuk melupakan seketika kerinduan di hati. Usai sahaja majlis terus ku menekan on-off untuk mengetahui berita gembira, namun masih kosong dan kusam.

Penantian itu indah jika kita berharap padaNya dan akhirnya Allah mengetahui saat yang terbaik. Solat jumaat yang paling indah muncul lagi untuk diri ini dalam hidup. Senyuman terukir takkala on-off membuahkan satu panggilan yang istimewa semasa laungan khutbah pertama berkumandang.

Sekian Kisah Empat Hari
p/s: setiap laluan ada likunya. Menanti kisah Hati menanti nanti.

Hari Ketiga

Assalamualaikum :)
Banyak perkara berlaku hari ini dan banyak benda yang ingin dikongsikan dengan kamu. Tapi apakan daya, Allah itu tahu apa yang terbaik (^_^) Setiap jarak perjalanan hari ini mengajar diri ini untuk mengingati Nya dan kamu dengan lebih dekat. Setiap perkara punyai kelebihan dan kekurangan yang harus di pilih. Jika tersilap pilih, maka tenggelamlah kamu ke dalam mimpi indah ciptaan syaitoom durjana.

my nyang
Pemergian Nyang mengingatkan diri ini kepada kematian dengan lebih dekat. Sebenarnya semalam melihat gambar seorang rakan dengan arwah ibunya yang baru juga pulang kembali kepadaNya. Hati sayu dan sunggul pabila terasa begitu hampir dengan perkiraan kehidupanNya.

Mesej emak seawal pagi lebih mengejukkan dan terdiam. Hanya mulut terkumat-kamet membaca al-Fatihah dan selawat keataNya serta rasulNya. Direnungi gambar, diamati rupa, diingati wajah membuatkan hati ini lebih sayu. Alhamdulillah air subuh menyejukkan hati untuk sujud dan mengadu padaNya.

Titisan manik mengalir laju dalam rindu kepadamu. Ku memohon agar tuhan memperlancarkan urusan pada hari ini dan meredakan hati agar lebih tabah dalam menerima berita di pagi hari. Niat di hati tak nak satupun manik mengalir, tetapi apakan daya dalam hati terdapat beribu taman yang berbunga tunggu dimiliki oleh seseorang yang akan bergelar zaujah.

Kini selamat menempuh laluan seharian dan segalanya selamat. Alhamdulillah. Semoga bersemangat menanti hari esok menunggu kepulangan.

Ikhlas dar ku

Wednesday, September 5, 2012

Hari Kedua


"Sinar mula kelihatan menandakan awan redup mula berlalu"
Assalamualaikum.. moga kehadirah warkah ke dua ini tidak mengangu hati yang pertempur itu :) Alhamdulillah, setiap langkah untuk kemarin mengajak kita untuk terus bertatih dengan lebih rakus dan laju. Moga ia berkekalan dan menjadi sinar kekal di hati kita.

Kehidupan kini mula kepenatan takkala hati jauh di sana. Segala amanah dan tanggungjawab dipikul membuatkan hati ini bersama Mu. Setiap titik peluh bumi dan hati mula mengingatkan pada yang di sana. Kerna kamu juga sedang berjuang.

Sehebat manapun kuasa seorang lelaki, ia tetap menantikan seorang kuasa senyap dibelakangnya. Setiap keringatnya menunggu elapan daripada si dia. Setiap huruf dan abjad pertuturan adalah untuk kamu di sana. Menikmati indahnya syurga duniawi sementara ini, menampakkan diri dari rimbunan daun menutupi diri.

Jalan perhubungan mula menunjukan pembangunan, jalan kehadapan semakin bertebaran. Semoga Allah merahmatinya.

Ikhlas untuk mu

Tuesday, September 4, 2012

Hari Pertama


Assalamualaikum.,
Kehadapan suara hati yang semakin membisu. Semoga sentiasa sihat di sana mengikut kehendakNya. Kembalinya warkah ini untuk mengingatkan tentang perjalanan kita yang senantiasa didampingi oleh anasir durjana pertiwi :)

 Setiap langkah dirasakan beban takkala akal memikirkan untuk menyelesaikannya. Sesungguhnya harga yang tinggi perlu di bayar untuk mengecapi suatu kebahagian. Mungkin itu janji Ilahi untuk kita bergelar mengecapi bahagia, setiap jalan itu berliku untuk mengerakkan akal supaya terus mengingatiNya.

 Hari pertama mula melabuhkan tirai, mana mungkin hati ini melihat dengan sepi dikala segala kekusutan menunjukan diri. Segala jalan perhubungan kini sayu dan sepi menunggu pembangunan yang lebih indah. Semoga ia mampu diselesaikan pada hari ke dua (^_^)v

 Semoga sentiasa mendampingi hati yang suci untuk melihat yang indah di akhirat nanti :)
"ku akui kelemahan diri, ku insafi kekurangan ini, ku kesali kejahilan ini"
 

Ikhlas di hati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...