Options:

Change NOW and ask me HOW

Change NOW and ask me HOW
call me for assist 0133526652 or bukert_89@yahoo.com.my
Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Friday, June 7, 2013

Rindu

Mengenali adalah dosa lalu,
Meyayangi adalah kisah baru,
Mencintai adalah pahala kamu;

Memerhatimu mengungkit seribu persoalan,
Melihatmu mengundang debaran,
Menjiwaimu satu persoalan;

Melangkah untuk mengikuti,
Berlari untuk mendekati,
Merangkat untuk dicintai;

Setiap perjalanan mengamik memori,
Setiap catitan mengujakan diri,
Setiap panggilan mewarnai bumi;

Aku kini umpama bulan,
Mendambakan sinaran si matahari,
Aku kini merasakan hilang,
Merindukan zaujah sejati:



7-6-137:15pm JumaatKuala Lumpur

Sunday, June 2, 2013

Kembali


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menulis dalam laman yang kadangkala meninggalkan seribu kesan dan pengalaman mematangkan diri.

Setiap pelakuan manusia itu akan diadili dengan baik dan saksama, ia pasti!!

Dikala hati kita riang apabila menerima pemberianNya, kita sentiasa lupa dan alpa untuk memikirkan saat kosong bakal kembali. Di saat inilah manusia akan kembali pada pemikiran asalnya untuk membina jati diri yang lebih kuat.

Pada saat kita di duga dengan masalah untuk kifarah dosa lama, kita akan alpa dan menjadikan orang terdekat sasaran untuk menyalahkan. Setelah sekian lama menerima rahmatNya, kita akan diuji dengan di tarik sedikit nikmat.

Pada saat kita jatuh juga akan muncul parasit penambah sakit pada diri. Jikalau dalam perhubungan kita dengan manusia, akan menjelma "sahabat lama", "teman baru" dan sebagainya untuk menambah kesetian dan kekuatan kita dalam menyerahkan diri padaNya.

Kembalinya hati ini adalah untuk kita merenung sejauh mana tarbiyah sebelum ini menghasilkan kekuatan diri kita. Cukupkah segala usaha kita lakukan sebelum ini atau hanya sekadar melepaskan keselesaan bukan pada masanya.

Mencari renungan kembali...

Friday, September 7, 2012

Hari Ketiga

Assalamualaikum :)
Banyak perkara berlaku hari ini dan banyak benda yang ingin dikongsikan dengan kamu. Tapi apakan daya, Allah itu tahu apa yang terbaik (^_^) Setiap jarak perjalanan hari ini mengajar diri ini untuk mengingati Nya dan kamu dengan lebih dekat. Setiap perkara punyai kelebihan dan kekurangan yang harus di pilih. Jika tersilap pilih, maka tenggelamlah kamu ke dalam mimpi indah ciptaan syaitoom durjana.

my nyang
Pemergian Nyang mengingatkan diri ini kepada kematian dengan lebih dekat. Sebenarnya semalam melihat gambar seorang rakan dengan arwah ibunya yang baru juga pulang kembali kepadaNya. Hati sayu dan sunggul pabila terasa begitu hampir dengan perkiraan kehidupanNya.

Mesej emak seawal pagi lebih mengejukkan dan terdiam. Hanya mulut terkumat-kamet membaca al-Fatihah dan selawat keataNya serta rasulNya. Direnungi gambar, diamati rupa, diingati wajah membuatkan hati ini lebih sayu. Alhamdulillah air subuh menyejukkan hati untuk sujud dan mengadu padaNya.

Titisan manik mengalir laju dalam rindu kepadamu. Ku memohon agar tuhan memperlancarkan urusan pada hari ini dan meredakan hati agar lebih tabah dalam menerima berita di pagi hari. Niat di hati tak nak satupun manik mengalir, tetapi apakan daya dalam hati terdapat beribu taman yang berbunga tunggu dimiliki oleh seseorang yang akan bergelar zaujah.

Kini selamat menempuh laluan seharian dan segalanya selamat. Alhamdulillah. Semoga bersemangat menanti hari esok menunggu kepulangan.

Ikhlas dar ku

Tuesday, November 1, 2011

Orang Tak Solat Hebat??

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT
------------------------------------------------

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.


Gambar hiasan semata2

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. 

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?


gambar hiasan dari google

*Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. 

**Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain
memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. 

Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

★ Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup.
Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala.





"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali 
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh 
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran". 
~Surah Al-'Asr.


p/s:dasyatkan?huhu...mohon lindungan Mu ya Allah..
silalah share untuk semua
segala tulisan ini adalah dari (sumber)

Tuesday, October 4, 2011

LAW KANA BAINANA

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...


Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.

Hakcipta Terjemahan Terpelihara - Asyraff Hafdzan Abdullah.

p/s:lirit lagu law kana bainana...blh dengar di SINI versi asal.. sangat tenang...
mendekatkan diri dengan utusanNya adalah lebih baik... :)

Thursday, September 1, 2011

Kisah Berbeza

Meniti kebahagian adalah saat terbaik dalam kehidupan, pun begitu tidak semua perkara indah itu berkekalan. Sedangkan batupun akan terhakis, inikan pula kehidupan manusia yang sentiasa ada "hadiah" untuk menguji kesetiaan hambaNYA kepada pemilik.

Dalam mencari kebahagian abadi, kita akan melalui lembah berduri dan sungai yang dingin sebelum sampai ke destinasi pilihan hati. Setiap pelakuan kita melambangkan setiap perasaan dan setiap pemikiran kita, bab kata seorang teman. "setiap imaginasi memerlukan satu contoh atau model untuk menjayakannya". :)

Hati manusia sentiasa berubah-ubah mengikut situasi semasa ntuk disesuaikan dengan keadaan. Menerima dengan redha sesuatu ketentuan Allah adalah yang terbaik walaupun ia adalah menyeksakan diri. Seorang teman atau lebih rapat sebagai adik yang penuh dengan masalah kini baru sembuh dari operate dan aku langsung tidak mengetahuinya. Takkala mengetahui bagai petir memanah diri tanpa batasan. Sungguh terasa diri ini langsung tak berguna, sedangkan pernah membicarakan tentang penyakit tersebut dengannya.

Kenapa perlu aku sedih? Kenapa perlu aku sayu? Sebelum ini nenek seorang temanku menghadapi sakit yang sama. Tak putus-putus doa dipanjatkan kepada yang Esa, tak lengan mata dan bibir mengalunkan ayat-ayatMU. Pun kini kenapa aku tak mampu untuk melakukan pada seorang adik ku.

Temanku yang mengetahui pula hanya membisu, memberi aku seribu persoalan. Takkala hati ini memerlukannya, dia menyepi melarikan diri. Memaksa diri untuk melayan kerenah ku. Kini aku semakin kuat dan harus menjadi semakin kuat untuk melalui setiap "hadiah" yang dikurniakan olehNYA.

Dia memberikan aku seribu persoalan untuk dirungkaikan dengan pembayang yang semakin hilang. Aku bukan seorang teman yang baik dalam ruang nasihat, aku gagal menjadi pembakar semangat. Pun begitu, jauh disudut hati aku mengimpikan yang terbaik untuknya. Kini aku hanya mampu berdoa, tugasan ku semakin ke penghujungnya, Allah masih menyayangi diri ini. Aku yakin dengan NYA

Ada seorang bertanyakan pada Saidina Ali r.a "Ya Ali, bagaimana aku ingin mengetahui beza antara hukuman atau ujian yang Allah turunkan kepada hambaNYA?" Jawab Saidina Ali r.a "Jika Allah menurunkan ujian padaMu, ia akan mendekatkan dirimu pada NYA, dan jika ia adalah hukuman, ia akan menyesatkan mu dengan lebih mendalam."

Aku disuruh untuk melihat setiap kekuatan aku padanya dan keistimewaan aku padanya,
Mengapa masih perlu aku mencarinya sedangkan dia berusaha untuk meniggalkan aku,
Hati aku ketawa dan ketawa,
Mencari disegenap pelusuk negeri hati,
Menyelongkar disetiap bawah dunia gelap jiwa,
Yang ku temui kini hanya Ilahi. :)


p/s:terima kasih Ya Rabbi...  :)

Sunday, August 28, 2011

Gelisah

Assalamualaikum..

akhirnya terawih terakhir tahun ini telah melabuhkan tirai.huhu..kepiluan meresapi segenap hati jiwa dan perasaan. Mana mungkin akan aku lupakan ramadhan kali ini, ramadhan yang mengajar aku erti kehidupan penghambaan kepada Ilahi.

Aku panjangkan kesyukuran dan ketaqwaan padaMu, walaupun jauh di sudut hati ini merindui setiap detik dalam bulan barakah bagi aku. Aku mendambakan petunjukMu Ya Ilahi..

Setiap tulisan ini adalah keizinanMu untuk aku luahkan dan sampaikan kepadaMu tentang ruang hati yang kosong mengenangkan rahmatMu.

Pelakuanku, perbuatan dan percakapanku adalah keranaMu. Menanti setiap janji-janji Mu membuatkan aku sabar dan yakin dengan kekuasaanMu.

Pengajaran yang engkau sampaikan ini adalah yang terbaik untuk ku...

p/s:sentiasa syukur untuk Mu..

Friday, August 19, 2011

Semangat Hilang

Assalamualaikum semua..lama sudah blog ni bersawan lepas update berterusan minggu lepas.


Banyak benda berlaku dalam bulan ni dan ia amat membentuk haluan diri dan mengubah pemikiran aku ini. Setiap pelakuan sentiasa akan ada ingatan yang mengangu jiwa hati dan perasaan. Ramadhan kali ini memang menguji kesabaran dan kekuatan iman seboleh-bolehnya. Allah menurunkan "hadiah" Nya hanya untuk hamba-hambaNya yang terpilih. Perkara ini harus diakui dan diatasi oleh hati ini untuk menjadi umatNya yang betul-betul matang dan bersedia menghadapi dan menerima "hadiah" yang lain.

Kurniaan dari Ilahi memang suatu yang perlu dan diterima dengan hati yang terbuka, dan hati ini hampir merungut dan menyalahkn takdir. Mujurlah ada quran yang memperbetulkan balik segala ancaman akidah secara senyap itu. Belum cukup dengan itu, manusia sekeliling mula menabur gula-gula manis dibibir masing-masing untuk menunjukkan sifat caring mereka.

Hal ini menjadikan tamparan tepat ke muka dan sepakan tepat ke hati perut hamba Allah ini semakin perit dan pedih.
"Jika ia adalah kebahagian yang akan ku miliki nanti, ku terima kurniaan Mu ini dengan hati yang terbuka."

Airmata darah sekalipun takkan mungkin meubah ketetapanNya kerana Allah mahu kita kembali dan mencariNya kembali. Mungkin terlah lama hati ini menolak keperluanNya dalam kehidupan walaupun mengaku di mulut.

Ya Allah,
kepada Mu aku memohon petunjuk dan jalan,
berikanlah aku hidayahMu
berikan ku kekuatan Ya Rabbi;

Ya Rahman,
sekelian alam memohon dan hanya padaMu ku dambakan kasih
kepadaMu aku meminta
dan hanya padaMu kasih yang layak,
tunjukkanlah aku jalanMu yang satu itu;

Ya Rabbi,
tetapkan hatiku dalam agamaMu
matikan aku dalam sujud kepada Mu
lembutkanlah hati-hati kami
bukakanlah pintu hati kami
satukan hati-hati kami untuk agama mu Ya Allah..

sesungguhnya hanya pada Engkau kami memohon..

ada sambungan tentang anak-anak kecil..nantikan semangat hilang 2

p/s:berikanlah sokongan pada yang memerlukan..

Friday, August 12, 2011

Kekosongan

Menarik kertas putih disisi Mu
mencari seribu rentak hati
menunggu panduan dari Mu
merebahkan tubuh pada Mu

Ya Ilahi,
sesuci hati manakah manusia
selembut manakah jiwa
setiap dosa dan khilaf menari
memanggil-mangil doa Mu

Ya Maha Pengasih
selamilah hati kami dengan rahmat Mu
bukakanlah rusuk kami untuk Mu
binakan tulang kami untuk agama Mu
yakinkan kami untuk jiwa Mu

Ya Allah,
kegelapan siang menunjukkan belang
kesuraman jiwa menambahkan kelam
kerosakan hati mencari kekosongan dosa
kemusnahan jiwa mendambakan neraka
pimpinlah jiwa dan hati kami pada Mu

Ya Rabb,
sesekali ia menghadirkan diri,
berderailah junaman air dari lembah hati,
meminta dan merayu untuk panduan dan kekuatanMu..
kerana hanya padaMu kami memohon... 


p/s:keranaMu kami hidup,keranaMu kami percaya akan kurniaanMu 

Tuesday, August 9, 2011

Jangan Malu..

Menjadi lumrah untuk merasa malu,
tetapi biarlah ia bertempat..

bukan mudah untuk mengaku,
kerana ia memerlukan satu pengorbanan ego,
setiap ego akan meliputi hati untuk menunjukkan keangkuhan diri,
sesekali jatuh ego,
lumpuhlah keupayaan diri untuk menolak dan meminta..

tetapi perlukah mempertahankannya untuk kesedihan diri?
perlukah malu itu menguasai ego supaya penyesalan berulang lagi,
setiap diri insan yang terjadi mengambarkan ego duniawi.

Janganlah kita malu untuk memohon dan menerima kesalahan diri,
janganlah malu untuk memohon ampun kepadaNYA,
janganlah malu untuk menunjukkan kekhilafan yang tersedar,
jangan malu untuk menyatakan bahawa kita cintakan Allah,
jangan malu untuk meluahkan cinta kepadaNYA..

kerana Allah adalah yang paling mengetahui,
bergantung haraplah pada Ilahi..


p/s:hambakan diri pada Allah..setiap kesilapan akan ada pengampunan,janganlah terlalu fikirkan hingga memudaratkan ibadah yang lain..iu tandanya kita belum bersedia..Allah maha segala2nya..

Tuesday, August 2, 2011

Doa Untuk Diamalkan

As salam..entry kali ni mengisahkan tentang doa-doa jika ditimpa penyakit dan untuk mendoakan menyembuhkan penyakit orang..ambe dapat ni dari blog SYARIFUDDIN...so selamat beramal..
semua hasil ini adalah sempena untuk seorang sahabat ambe yang menghadapi dugaan dengan penyakit neneknya..moga2 awk tabah dengan dugaan datang dibulan mulia ini...

hadapi dengan senyuman...ni utk membuatkan kita tersenyum

tgk..kucing pon tau berdoa..hehe..ok..masuk tajuk asal

Disyariatkan membaca doa yang telah diajarkan Rasulullah saw apabila kita mendapatkan ujian sakit. Imam Bukhari – Muslim meriwayatkan hadits dari Aisyah ra: Bahwa Nabi saw pernah menjenguk keluarganya yang sakit , lalu beliau mengusapkan angan kanannya (ke daerah yang sakit) dan berdoa:

"Allohumma Robbannaas azhibil ba’sa isyfihi wa antasy syaafi laa syifaa’an illa syifaa’uka syifaa’an yaa yughoodiru saqoman

(Ya Allah Robb sekalian manusia, hilangkanlah kesengsaraan ini dan sembuhkanlah ia. Karena sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tidak ada kesembuhan melainkan hanya dari-Mu yaitu kesembuhan yang tidak  mennggalkan penyakit lagi.)

Hadits lain dari Imam Muslim dari Utsman bin Abul Ash bahwa ia mengadukan rasa sakit yang dideritanya kepada Rasulullah saw, maka beliau saw pun bersabda: Letakkanlah tanganmu diatas  bagian tubuh yang terasa sakit itu dan ucapkanlah “Bismillah”, lalu bacalah sebanyak tujuh kali:

"A’uzu bi’izzatillahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaaziru

“Aku berlindung dengan kemuliaan  dan kekuasaan Allah dari bencana penyakit yang kurasakan dan kucemaskan ini.”

Kata Utsman: kulakukanlah seperti itu berkali-kali hingga Allah menghilangkan rasa sakitku. Selanjutnya akupun  senantiasa menganjurkan keluargaku untuk melakukan hal yang sama (HR Muslim)

Itulah antara lain doa yang diajarkan kepada kita ketika sakit. Pada dasarnya kesembuhan itu  hanya datang dari Allah dan hanya Allah-lah yang dapat menyembuhkan hambaNya yang sakit.

BismillaahirRahmaanirRahiim

AllaahummaRabbannaas …… Ya Allah Tuhan Manusia

Engkau Maha Penyayang …… sementara kami sedang mengalami kesulitan

Adzhibilba’sya isyfi. ……..sembuhkan kami dari penyakit kami dan hilangkan rasa sakit yang menyertai penyakit kami…..

Sesungguhnya di balik rasa sakit yang kami derita,terdapat suatu penyakit di dalam diri. Dan jika kami telan obat penghilang rasa sakit , maka rasa sakit mungkin hilang, tetapi penyakit kami masih mungkin ada di dalam tubuh kami.. Padahal rasa sakit yang kami derita dapat Engkau jadikan sebagai penghapus dosa kami.

Karena itu…

Ya Allah sembuhkan kami dan ampunilah dosa kami….

Penyembuhan yang datang dari Engkau Ya Allah , adalah yang menyembuhkan penyakit sekaligus rasa sakit yang menyertainya

AntasySyaafii ….laasyifa’a illaa Syifaa’uka…

Engkaulah Maha Penyembuh….. tiada kesembuhan sejati kecuali yang datang karenaMU

Tolonglah kami dengan mendatangkan orang yang ahli mengobati kami….

Tolonglah kami dengan mendatangkan orang yang tahu obat penyakit kami…

Tolonglah kami dengan menunjukkan cara yang benar dalam pengobatan penyakit kami…………

Sesungguhnya ahli pengobatan maupun obat yang tepat untuk kami , hanya akan datang karenaMU …yang hanya akan kami terima , jika Engkau meridhai….

Syifaa’an laa yughaadiru saqamaa…….

Ya Allah yang maha Penyayang, sembuhkan kami secara tuntas…..kesembuhan yang tidak membawa komplikasi rasa sakit atau penyakit lain….. , yaitu kesehatan yang datang karena ridhaMu. Kesehatan yang semakin meningkatkan ketakwaan kami.

Astaghfirullah Ya Gafur …..Astaghfirullah Ya Afuw……Astaghfirullah Ya Salam

Semoga bermanfaat..

creadit to http://lapodding.com/2010/09/20/doa-doa-untuk-orang-sakit/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...