Options:

Change NOW and ask me HOW

Change NOW and ask me HOW
call me for assist 0133526652 or bukert_89@yahoo.com.my
Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Friday, June 7, 2013

Rindu

Mengenali adalah dosa lalu,
Meyayangi adalah kisah baru,
Mencintai adalah pahala kamu;

Memerhatimu mengungkit seribu persoalan,
Melihatmu mengundang debaran,
Menjiwaimu satu persoalan;

Melangkah untuk mengikuti,
Berlari untuk mendekati,
Merangkat untuk dicintai;

Setiap perjalanan mengamik memori,
Setiap catitan mengujakan diri,
Setiap panggilan mewarnai bumi;

Aku kini umpama bulan,
Mendambakan sinaran si matahari,
Aku kini merasakan hilang,
Merindukan zaujah sejati:



7-6-137:15pm JumaatKuala Lumpur

Friday, September 7, 2012

Hari Ke-Empat

Bismillahirahmanirahim...
"Cukup sudah empat hari  yang di nanti. Senyuman lebar terukir pabila sampai di sekolah. Ku lihat jam, ku tenung bayang-banyang menanti ia tegak mengikut tubuh. Setiap saat on-off di tekan menanti berita gembira. Kerinduan kini mula membuak-buak untuk aku mengawalnya."

cc gambar goggle liza 
Sejuk mula menusuk setiap pelusuk tubuh, pergerakan yang mula-mula perlahan kini semakin terasa lajunya. Setiap kereta yang dilintasi terasa seperti angin lalu dan hilang dari pandangan dalam sekelip mata. Begitu pantas masa berlalu, begitu juga kita manusia yang hanya seketika akan mengingati sesuatu dengan peristiwa.

Namun perasaan ini bukan seperti itu, ia berterusan dan akan bersambung sehingga hujung nyawa dengan izin Allah. Laluan ke Kajang dari Cheras agak lengang berbanding jalan Kajang ke Kuala Lumpur yang pagai beratur menunggu mendapat duit. Tapi itulah realiti dunia yang berada dalam laluan lorong tikus untuk mencapai cita-cita.

Semasa menunggu traffic light yang pertama, ada sebuah motor yang penuh dengan muatan bunga ros merah yang masih segar. Ya Rabbi, indah ciptaanMu di pagi hari untuk menggembirakan hati setiap manusia yang akan menerimanya nanti. Tersenyum dan terdetik di hati untuk menyediakan sejambak bunga seperti itu untuk mu nanti (^_^)

Cheras - Kajang
Melalui jalan bandar Kajang untuk ke Kjang Utama memang menyeronokkan dengan telatah manusia dan gelagak penghuni kota yang mula keluar mencari rezeki. Hinggalah melalui sebuah sekolah menengah, hatiku mula sayu dan gugup setiap kali melihat pintu pagarnya dan namanya. Cukup gah dengan nama seorang guru yang menyentuh hatiku. Akan aku cerita dalam entry "Cheras - Kajang" nanti :)

Cukup sudah empat hari  yang di nanti. Senyuman lebar terukir pabila sampai di sekolah. Ku lihat jam, ku tenung bayang-banyang menanti ia tegak mengikut tubuh. Setiap saat on-off di tekan menanti berita gembira. Kerinduan kini mula membuak-buak untuk aku mengawalnya.

Majlis Khatam Al-Quran menjadi pendamping dan penawar untuk melupakan seketika kerinduan di hati. Usai sahaja majlis terus ku menekan on-off untuk mengetahui berita gembira, namun masih kosong dan kusam.

Penantian itu indah jika kita berharap padaNya dan akhirnya Allah mengetahui saat yang terbaik. Solat jumaat yang paling indah muncul lagi untuk diri ini dalam hidup. Senyuman terukir takkala on-off membuahkan satu panggilan yang istimewa semasa laungan khutbah pertama berkumandang.

Sekian Kisah Empat Hari
p/s: setiap laluan ada likunya. Menanti kisah Hati menanti nanti.

Hari Ketiga

Assalamualaikum :)
Banyak perkara berlaku hari ini dan banyak benda yang ingin dikongsikan dengan kamu. Tapi apakan daya, Allah itu tahu apa yang terbaik (^_^) Setiap jarak perjalanan hari ini mengajar diri ini untuk mengingati Nya dan kamu dengan lebih dekat. Setiap perkara punyai kelebihan dan kekurangan yang harus di pilih. Jika tersilap pilih, maka tenggelamlah kamu ke dalam mimpi indah ciptaan syaitoom durjana.

my nyang
Pemergian Nyang mengingatkan diri ini kepada kematian dengan lebih dekat. Sebenarnya semalam melihat gambar seorang rakan dengan arwah ibunya yang baru juga pulang kembali kepadaNya. Hati sayu dan sunggul pabila terasa begitu hampir dengan perkiraan kehidupanNya.

Mesej emak seawal pagi lebih mengejukkan dan terdiam. Hanya mulut terkumat-kamet membaca al-Fatihah dan selawat keataNya serta rasulNya. Direnungi gambar, diamati rupa, diingati wajah membuatkan hati ini lebih sayu. Alhamdulillah air subuh menyejukkan hati untuk sujud dan mengadu padaNya.

Titisan manik mengalir laju dalam rindu kepadamu. Ku memohon agar tuhan memperlancarkan urusan pada hari ini dan meredakan hati agar lebih tabah dalam menerima berita di pagi hari. Niat di hati tak nak satupun manik mengalir, tetapi apakan daya dalam hati terdapat beribu taman yang berbunga tunggu dimiliki oleh seseorang yang akan bergelar zaujah.

Kini selamat menempuh laluan seharian dan segalanya selamat. Alhamdulillah. Semoga bersemangat menanti hari esok menunggu kepulangan.

Ikhlas dar ku

Thursday, September 6, 2012

Kembali Pulang

"Kehidupan ini adalah sementara, menanti yang abadi itu pasti"

Kehadiran kita hanya sementara, dan ia akan sentiasa di hitung.

Kini memanggil kembali pulang.

Pagi ini dapat mesej dari mak "slm.. Toknyang bt.Rakit dh meninggal.. (puan)"
gambar terakhir dan kali terakhir ku bertemunya

Luluh hati takkala mata yang belum terbuka kini mula membengkak dan terbuka luas.

Aku mandi dengan niat mahu ke sekolah dan tabahkan hati.

Selesai mandi ku lihat 8 miss call from two of my uncle.

Mereka mengajak pulang dan kini aku sedang bersiap untuk pulang.

Semoga perjalanan ini mendapat restuNya.

Al-Fatihah

Wednesday, September 5, 2012

Hari Kedua


"Sinar mula kelihatan menandakan awan redup mula berlalu"
Assalamualaikum.. moga kehadirah warkah ke dua ini tidak mengangu hati yang pertempur itu :) Alhamdulillah, setiap langkah untuk kemarin mengajak kita untuk terus bertatih dengan lebih rakus dan laju. Moga ia berkekalan dan menjadi sinar kekal di hati kita.

Kehidupan kini mula kepenatan takkala hati jauh di sana. Segala amanah dan tanggungjawab dipikul membuatkan hati ini bersama Mu. Setiap titik peluh bumi dan hati mula mengingatkan pada yang di sana. Kerna kamu juga sedang berjuang.

Sehebat manapun kuasa seorang lelaki, ia tetap menantikan seorang kuasa senyap dibelakangnya. Setiap keringatnya menunggu elapan daripada si dia. Setiap huruf dan abjad pertuturan adalah untuk kamu di sana. Menikmati indahnya syurga duniawi sementara ini, menampakkan diri dari rimbunan daun menutupi diri.

Jalan perhubungan mula menunjukan pembangunan, jalan kehadapan semakin bertebaran. Semoga Allah merahmatinya.

Ikhlas untuk mu

Tuesday, September 4, 2012

Hari Pertama


Assalamualaikum.,
Kehadapan suara hati yang semakin membisu. Semoga sentiasa sihat di sana mengikut kehendakNya. Kembalinya warkah ini untuk mengingatkan tentang perjalanan kita yang senantiasa didampingi oleh anasir durjana pertiwi :)

 Setiap langkah dirasakan beban takkala akal memikirkan untuk menyelesaikannya. Sesungguhnya harga yang tinggi perlu di bayar untuk mengecapi suatu kebahagian. Mungkin itu janji Ilahi untuk kita bergelar mengecapi bahagia, setiap jalan itu berliku untuk mengerakkan akal supaya terus mengingatiNya.

 Hari pertama mula melabuhkan tirai, mana mungkin hati ini melihat dengan sepi dikala segala kekusutan menunjukan diri. Segala jalan perhubungan kini sayu dan sepi menunggu pembangunan yang lebih indah. Semoga ia mampu diselesaikan pada hari ke dua (^_^)v

 Semoga sentiasa mendampingi hati yang suci untuk melihat yang indah di akhirat nanti :)
"ku akui kelemahan diri, ku insafi kekurangan ini, ku kesali kejahilan ini"
 

Ikhlas di hati

Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday #2

ask me HOW 0133526652

Tuesday, October 4, 2011

LAW KANA BAINANA

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...


Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.

Hakcipta Terjemahan Terpelihara - Asyraff Hafdzan Abdullah.

p/s:lirit lagu law kana bainana...blh dengar di SINI versi asal.. sangat tenang...
mendekatkan diri dengan utusanNya adalah lebih baik... :)

Monday, September 19, 2011

Surat Untuk Kekasih 4

Assalamualaikum awak :)
Apa khabar hari ini? Saya kat sini sihat aja. Hehe.. Saya lihat awakpun dah kembali kepada happy face balik. Ada rahsia apa-apa daripada saya ek??hehehe. Awak,hari tu saya kena handle jamuan untuk staff dengan rakan-rakan department saya yang lain.

Saya dah bagitahukan masa kat surat ke 3 tentang tu kan pasal kena handle ni kan?hehe.. Awak-awak?? Pagi hari tu saya dapat tahu awak tak sihat, walaupun sms awak mengatakan tak apa-apa, but awak can't lie with your husband rite??hehe..baca sms pun saya tau awak tak ok pagi tu. Walaupun berjauhan, hati saya tetap berada bersama awak di sana.

Pagi-pagi lagi saya bangun untuk pastikan awak take your medicine. Saya tau awak bukan jenis suka ubat-ubat ni. Mesti dipaksa-paksa untuk makan ubat. Teringat lagi masa awak gastrik dulu, bukan main liat and macam-macam alasan dibagi,kan??haha.. Ubat tak sedaplah, ubat tu tarikh luputlah, ubat ni buat mengantuklah and many thing funny yang akan awak sampaikan. Dan saya hanya mampu tersenyum sambil mengusap rambut awak.

Gambar hiasan pembaca doa :)
Kini saya kena jaga awak seperti sebelum ini juga walaupun awak berada di sana. Mujurlah kita mempunyai Allah yang mana amat hebat dalam merancang, kalau bukan kerana NYA yang kurniakan akal pada anak Adam kini, mana mungkin manusia mampu untuk cipta telefon dan macam-macam alat canggihkan sayang??

Masa hari jamuan tu staff hari tu awak, saya dapat tugas bacakan doa. Amatlah terkejut and teperanjat dengan tentatif dan protokol yang meletakkan saya sebagai pembaca doa. Cuak bukan main lagi sebelum tu, dan sebab ni cerita saya. Saya boleh angkat bakul sendirilah kan untuk bagitahu yang saya baca dengan smooth gitu..haha..

Kalau awak ada dekat situ confirm kagum tau. Haha.. Mana tidaknya, seorang yang dahulunya sering dikaitkan dengan benda buruk dan dicaci kini membacakan doa untuk orang yang menghinanya dulu. Walaupun begitu hati ini sebak bila mengenangkan kehidupan lampau, jadi saya tak sampai hati untuk merasa sedikit bangga dengan kurniaanNya yang baru sedikit ini awak.

Dahlah touching lebih-lebih kan?hehe.. So sampai sini sahaja untuk kali ini nukilan surat untuk awak sayangku. Nanti saya tulis lagi untuk awak. Yang pasti saya nak awak tahu yang saya amat merindui awak di sini.

p/s: ketenangan akan diperolehi jika menyerahkan sepenuhnya kepada Ilahi.

Wednesday, September 14, 2011

Surat Untuk Kekasih 3

Assalamualaikum awak..
Apa khabar hari ini? Hope sihat dan terus diberikan kesihatan yang baik. Dugaan penyakit sikit-sikit tu memang tak boleh nak elaklahkan.hehe :)


Adatlah kita ni hanya manusia yang diberikan peluang oleh pencipta untuk merasai nikmat kehidupan yang sementara ini. Satay tu nanti saya belanja awak eh? hehe.. Maaflah saya berkeras pada awak. Cuma satu hasrat untuk melihat awak sihat kembali sebab saya rindukan awak.


Awak, hari ini saya berdepan tugasan besar tau. Syarikat saya akan melangsungkan satu anual dinner besar-besaran untuk semua staff yang mendapat kecemerlangan dalam pekerjaan dan pengkhususan mereka.


And saya dah diamanahkan untuk menjadi pengarah projek. Mula-mula macam tak percaya dapat tu coz bukan sebarangan dapat menjadi pegarah projek dalam syarikat ni. Walaupun baru selesai beraya 3 hari, saya dah kena balik ke ruangan pejabat yang sempit ini untuk menjadi seorang suami soleh. :)


Awak, macam mana beraya hari ke 4 ni? Saya kat sini bored sangat-sangat, tak ada apapun untuk dilakukan kecuali menatap indah wajah isteri saya ni. :) Awak kata saya kuruskan sekarang, but saya rasa biasa je sebab rakan-rakan sekeliling sentiasa pangil saya gemuk. huhu...So kat mana kurus saya ni awak??? hehe


Hari raya kita bersama dah berakhir belum awak? Sebab saya rasa merindui ramadhan yang dah berlalu ini. Sentiasa saya terfikir, adakah ini ramadhan saya yang terakhir awak? huhu... Awak, syawal ini memberikan saya seribu kenangan, setiap laluan tarbiyah ramadhan buat saya terkenangkan awak. Jauh dilubuk hati mahu melihat awak sentiasa di sisi menjadi isteri sejati mahupun solehah yang ia akan saya usahakan. I'Allah..


Setiap langkah kini penuh dengan semangat yang awak salurkan, saya begitu teruja dengan kata-kata dan layanan awak kini. Saya hanya mengharapkan Allah menjadikanNya ia satu kebahagian dalam kehidupan yang sementara ini.


Awak, bos saya dah bising. Nanti saya sambung lagi eh? Saya akan pastikan awak tak akan hampa dengan kesabaran dan penantian awak itu. Sebab awakkan wife saya yang akan menemani tidur saya. Kan awak?? :


p/s: rindu ini makin menebal dengan kehidupan dan dugaan baru ini. Thanz awak!!hehe.. Jangan lupa baca yang lama-lama (kisah 1 dan kisah 2)..ada kenangan disitu..




Tuesday, August 30, 2011

Mengapa dan Kenapa?

Assalamualaikum.. Entry pertama di bulan syawal.

Akhirnya bulan kemenangan telah tiba, pun begitu hati masih hiba dan sedih.
Mengapa harus berduka wahai diri?
Mengapa harus menyendiri?
Mengapa perasaan gundah ini menyelubungi diri?
Mengapa dan Mengapa?

Seorang teman ada berpesan, janganlah difikirkan kenapa. Kerana ia adalah kekuasaan Ilahi. Memang benar kata-katanya itu.

Setiap kejadian akan ada hikmah dan rahmat NYA, dan kita tak mampu untuk menafikan bahawa pemilihanNYA adalah yang terbaik dan yang mustahil untuk disangkal. :)

Kedatangan syawal adalah detik gembira, tetapi haruslah diingat bahawa gembira dalam agama adalah berbeza di dunia realiti. Jangan disalah tafsir untuk merosakkan ibadah puasa yang kita kerjakan. Kerana dosa ramadhan akan bermula sebaik sahaja syawal menjelma.

Maka dengan itu segala pengisian ramadhan ini akan berakhir. Untuk renungan aku dan kita bersama.

p/s: Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin drp gurumusafir bersama bakal isteri dan anak2.. :)

Tuesday, August 9, 2011

Jamboree on the air & internet (JOTA&JOTI)

bermusafir dalam pengakap
Assalamualaikum...salam pengakap..
wah..semangat je dengan pengakap..hehe..by the way, ni adalah kisah 2 hari 1 malam di Pusat Pengakap Malaysia, Wisma Dato Shafie Mohd Salleh untuk Jamboree on the air & Jamboree on the Internet..(ASIA-PASIFIC REGIONAL AIR-INTERNET JAMBOREE 2011-NASIONAL HQ STATION-9M4SJH).. Group pertama atau geng-geng yang naik bas telah bergerak pada 5hb September (jumaat) jam 3.00 ptg dari kampus. Dan aku bergerak pada jam 6.30pagi 6hb September (sabtu)..

Pada awalnya perasmian bermula pada jam 8pagi hari sabtu.tapi telah berlaku perubahan plan yang mana ia dimulakan pada malam jumaat tu juga.. Terkilan dan sedih jugak aku merasa kerana hajat dihati nak bermula dari awal program, tapi terbantut dengan perubahan jadual..


lencana Jota Joti 2011
Pagi tu aktiviti bermula dengan istiadat bendera. dan Din diberi penghormatan untuk menjadi ketua bendera..haha..nak cerita panjang pon bosan gak kan..so kite biarkan gambar bercerita. Aktiviti yang dilakukan semasa berada disini ialah fox haunting,code Morse,mengunakan radio amatur untuk berhubungan dengan pengakap lain di seluruh dunia dan berchating dengan pengakap dari seluruh dunia..wah..best2..dan jika semua tugasan yang diberikan ini kami dapat selesaikan..makan lencana ini akan diberikan..hehehe..


Bersemangat tu..
Bersama Kol Mira Aman..dialah yang bawa kami ke sini.
semasa pembahagian kumpulan dan terdapat 5 patrol.patrol 1:alpha
patrol 2:bravo
patrol 3:charlie
patrol 4:delta
patrol 5:echopatrol 6 :foxrot
dalam perbincangan
kad kawalan.
terdapat juga aktiviti yang telah di jalankan tetapi tiada gambar..haha..
seperti fox haunting yang mana kami perlu mencari beacondan cop di kertas kawalan yang diberikan..kami akan mencari dengan mengunakan radio berfrequincy..









dalam perbincangan patrol echo 

kepenatan pada hari ke 3..hehe
ni bersama dengan orang penting or penjaga kami..
bersama Kol Mira Aman
sebelum kawalan kehormat
hahaha..permainan yang amat best..buaya-biawak..
kawalan kehormat
kawalan kehormat sebelum ketibaan Dato.
haha..menang jugak lah satu kategori...
penerima anugerah bagi kategori masing2..
dan ini ialah semua peserta dan jawatankuasa yang terlibat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...