Lelaki 1 - Oit..jom jumaat.
Lelaki 2 - Aku penatlah. Engkau pergilah dulu
Lelaki 1 - Ok..tapikan, kau dah cukup 3 kali tak jumaat masuk minggu ni
Lelaki 2 - Eh? (termenung) Kejap, aku siap.
Lelaki 1 - Ya Rabbi.. (geleng2 kepala)
Minggu B:
Lelaki 1 - Jom jumaat
Lelaki 2 - Minggu lepas aku dah pergikan?
Lelaki 1 - Aa.. Nape??
Lelaki 2 - So aku tak dapat pergilah minggu ni, mengantuk
Lelaki 1 - Hmm..boleh pulak gitu..alhamdulillah,syukur padaMu kerana berikan aku hidayah ini..kalau dulu itulah aku.. (rintihan dlm hati diikuti mutiara dari mata)
Minggu C:
minggu ini Lelaki 3 tak bali kampung
Lelaki 3 - Lelaki 2 tu dah berapa minggu tak jumaat?
Lelaki 1 - 2 minggulah kalau minggu ni tak pergi
Lelaki 3 - Oo..ada lagi seminggu
sepi seketika....
Lelaki 1 - jom jumaat..
Lelaki 2 - aku penatlah
Lelaki 3 - aku pun dah pergi minggu lepas
Lelaki 1 - pastu siapa nak bawak motor ni, tak kan kena jalan kaki lagi minggu ni
Lelaki 3 - yelah-yelah..kejap, aku siap
Penerangan :
kenapa kita sekarang terlalu berpegang dengan hadis
"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)sedangkan kita terlupa tentang Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9)dan Sabda Rasulullah SAW:
"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).p/s:Untuk panduan bersama..bukan untuk menjatuhkan sesiapa.bacalah dengan perasaan untuk berubah.tiada kaitan dengan sesiapa.
:)
Kesedaran | Kesedaran 2 | Kesedaran 3 | Kesedaran 4
2 comments:
wah! best2... boleh share kat fb nih..untuk peringatan semua bakal ketua keluarga di luar sana terutamanya.. :)
maisara:wah!!!thanz lah sudi baca n drop komen..menarik eh??nthlah,,,hehe
Post a Comment