Options:

Change NOW and ask me HOW

Change NOW and ask me HOW
call me for assist 0133526652 or bukert_89@yahoo.com.my

Wednesday, September 14, 2011

Surat Untuk Kekasih 3

Assalamualaikum awak..
Apa khabar hari ini? Hope sihat dan terus diberikan kesihatan yang baik. Dugaan penyakit sikit-sikit tu memang tak boleh nak elaklahkan.hehe :)


Adatlah kita ni hanya manusia yang diberikan peluang oleh pencipta untuk merasai nikmat kehidupan yang sementara ini. Satay tu nanti saya belanja awak eh? hehe.. Maaflah saya berkeras pada awak. Cuma satu hasrat untuk melihat awak sihat kembali sebab saya rindukan awak.


Awak, hari ini saya berdepan tugasan besar tau. Syarikat saya akan melangsungkan satu anual dinner besar-besaran untuk semua staff yang mendapat kecemerlangan dalam pekerjaan dan pengkhususan mereka.


And saya dah diamanahkan untuk menjadi pengarah projek. Mula-mula macam tak percaya dapat tu coz bukan sebarangan dapat menjadi pegarah projek dalam syarikat ni. Walaupun baru selesai beraya 3 hari, saya dah kena balik ke ruangan pejabat yang sempit ini untuk menjadi seorang suami soleh. :)


Awak, macam mana beraya hari ke 4 ni? Saya kat sini bored sangat-sangat, tak ada apapun untuk dilakukan kecuali menatap indah wajah isteri saya ni. :) Awak kata saya kuruskan sekarang, but saya rasa biasa je sebab rakan-rakan sekeliling sentiasa pangil saya gemuk. huhu...So kat mana kurus saya ni awak??? hehe


Hari raya kita bersama dah berakhir belum awak? Sebab saya rasa merindui ramadhan yang dah berlalu ini. Sentiasa saya terfikir, adakah ini ramadhan saya yang terakhir awak? huhu... Awak, syawal ini memberikan saya seribu kenangan, setiap laluan tarbiyah ramadhan buat saya terkenangkan awak. Jauh dilubuk hati mahu melihat awak sentiasa di sisi menjadi isteri sejati mahupun solehah yang ia akan saya usahakan. I'Allah..


Setiap langkah kini penuh dengan semangat yang awak salurkan, saya begitu teruja dengan kata-kata dan layanan awak kini. Saya hanya mengharapkan Allah menjadikanNya ia satu kebahagian dalam kehidupan yang sementara ini.


Awak, bos saya dah bising. Nanti saya sambung lagi eh? Saya akan pastikan awak tak akan hampa dengan kesabaran dan penantian awak itu. Sebab awakkan wife saya yang akan menemani tidur saya. Kan awak?? :


p/s: rindu ini makin menebal dengan kehidupan dan dugaan baru ini. Thanz awak!!hehe.. Jangan lupa baca yang lama-lama (kisah 1 dan kisah 2)..ada kenangan disitu..




3 comments:

smaw said...

Sabar mnanti kehadiran surat kekasih 4 dan seterusnye...hehe~

map :) said...

best2.. pulak2 ade lagu yg mgiringi smbil mmbaca kan..hehe..

gurumusafir said...

smaw:thanz sudi membaca...
map :) :haha...lagupun main peranan jgk ye.... peace!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...