Options:

Change NOW and ask me HOW

Change NOW and ask me HOW
call me for assist 0133526652 or bukert_89@yahoo.com.my
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Wednesday, September 12, 2012

Bila Kaum Ibu Berbicara

Bismillahirrahmanirahim......
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” - riwayat al-Hakim

Sudah 2 hari berlalu pelajara tahun 6 menduduki UPSR, suasana sekolah agak sunyi dan tenang berbanding hari lain kerana semua pelajar lain direhatkan daripada semua aktiviti persekolahan untuk memberi laluan kepada pelajar UPSR menjawab dengan tenang.

Cikgu-cikgu pula ramai berada di kantin untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Ada juga di surau untuk membaca yassin danmendoakan semoga anak didik dapat menjawab dengan tenang.

Sedang asyik melayan gelagat semua guru, dengar suara dari belakang "Agak-agak berapa ramai ibu bapa yang sanggup melakukan sebagai mana guru-guru lakukan ini?". Aku hanya tersenyum dan masuk ke bilik guru. Diskusi bermula apabila terdapat seorang ustazah (sibuk menanda buku murid), teacher (menyiapkan data murid), ustaz (membantu teacher), dan aku bersama dengan seorang lagi guru pelatih berada di meja besar di belakang bilik guru.

Sejauh mana didikan yang kamu berikan pada seorang murid? Soalan pertama yang aku dengar dan ditujukan pada aku. Aku masih tersenyum dan melihat ustazah mula membuka mulut "Dalam mendidik ini, jangan sesekali lupakan nilai ajaran Islam. Murid tak akan berjaya tanpa agama. Walaupun 5A, tetapi kalau hidup jauh tersasar dari Islam tak guna."

"Betul tu ustazah, saya pun selalu terapkan apa yang perlu. Diaorang ni langsung tak tahu nak menjadi seorang muslim dalam berlajar" samput teacher. Sambungnya lagi "Sampai saya ni pun diorang panggil ustazah jugak."

Aku hanya senyum dan ketawa melihat telatah guru-guru lama berbicara. Sesekali meluahkan pendapat dan berkongsi cara. Sehinggalah teacher mula menyentuh tentang keluarga, dia menceritakan bahawa anak-anak ni kalau betul didikan dari rumah, insya Allah senang untuk diuruskan. Kerana budak seumur 3 dan 4 tahun akan mengingati setiap teguran kita.

Sesungguhnya nasib seorang ibu dan ayah itu di kubur dan hari pembalasan kelak bergantung pada didikan seorang anak. Jika di didik anak perempuannya menjadi penyanyi, maka penyanyilah seorang ayah itu di kubur kelak dengan nyanyian seksaaan kerana suara perempuan itu aurat dan mengasyikkan. Jika mendidik anak itu menjadi penari tiang, maka menari-narilah ibu atau ayah kesakitan kerna seksaan-Nya.

Akhir perbualan teacher mengingatkan aku, "Bukhari, kalau nak kahwin. Jangan fikirkan bahagia semata, tetapi anak bagaimana yang nak dihasilkan nanti."

semoga ia menjadi ajaran terbaik untuk aku dalam menghadapiNya

Friday, April 13, 2012

Membina Hati

Assalamualaikum..

Setiap ketentuan ilahi
Membawa kepada keinginan hati
Cuma kita yang tidak mengetahui



Quote di atas adalah satu motivasi yang akan kita ketahui apabila kita melalui keindahan sujud kepadaNya. Setiap kejadianNya akan mempunyai peluang yang mana hanya kita mampu dan perlu mencari peluang itu.

Hati adalah satu anugerah yang dikurniakan oleh pencipta untuk kita menjaga dan mengetahui sejauh mana keupayaan kita dalam menuju hidup mati yang pasti

Tuesday, November 1, 2011

Orang Tak Solat Hebat??

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT
------------------------------------------------

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.


Gambar hiasan semata2

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. 

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?


gambar hiasan dari google

*Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. 

**Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain
memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. 

Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

★ Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup.
Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala.





"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali 
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh 
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran". 
~Surah Al-'Asr.


p/s:dasyatkan?huhu...mohon lindungan Mu ya Allah..
silalah share untuk semua
segala tulisan ini adalah dari (sumber)

Friday, October 28, 2011

Sempatkah Kita?

Assalamualaikum..
Mulakan hari dengan senyuman :)
Entry di awal pagi ini hanyalah bebelan yang melingkari pemikiran takkala sampai awal ditempat persinggahan disebabkan keriangan hati yang tak tergambar oleh kata-kata. Terima kasih MAK!!!!!!

Hanya satu perkataan, terima kasih yang tak terhingga. Walaupun awal 5 hari dari jadual asal untuk study week. But semangat "semarak darul iman" telah menyenggah lebih awal dalam diri. Hehe.. Ucapan terima kasih ini tak akan terhenti kerna pengorbanan MAK terlalu banyak dalam mengzahirkan hasrat seorang anak.

Persoalannya, sempatkah kita untuk melahirkan ucapan tersebut kepada insan tersayang ini selepas Allah dan Rasulullah. Begitu istimewa seorang perempuan itu apabila ia bergelar seorang ibu / emak / umi / mama / bonda / mek dan segala panggilan yang mengambarkannya.

Walaupun 22 tahun hidup dan menghayati kehidupan ini, setiap kata-kata mak adalah gambaran dan harapan yang mahu kita zahirkan didunia sebenar. Seorang teman penah berkata "mak mana nak tengok anak dia bersedih?". Dan kenyataan ini diakui oleh semua umat manusia bergelar orang. :)

Walaupun malu dan segan dengan kata-kata dunia, mak akan terus dan terus gagahkan hati untuk mendapatkan sesuatu kehendak anaknya.

Scene 1
Seorang ibu membawa anaknya yang berumur 10tahun berjalan ke bandar.
Anak : Mak?
Mak : Yup. Nape abang?
Anak : Abang nak kek tu boleh (menunjukkan ke arah kek yang ditayangkan dalam kedai kek resepi rahsia)
Mak : Mahal lah abang. Mana kita mampu.
Anak : Alah mak ni, semua benda tak boleh. (bermasam muka)
Mak : Yelah. (sambil tersenyum dan berlalu kearah kedai kek)
5minit selepas
Mak : Nah. Balik nanti kongsi dengan adik-adik tau. Makan elok-elok. Tak nak ada yang gaduh (tersenyum)
Anak : Wah!! Bestnya mak. time kaseh mak (sambil satu ciuman singgah di pipi)
Berjalan menuju ke hentian bas
Anak : Mak nak ke hentian bas ke? Bukan ke kita baru sampai. Lagipun mak kata nak beli hadiah untuk ayah. Mananya?
Mak : Nantilah kita datang lagi. Mak terlupa bawa duit lebih (sambil tersenyum)

Scene 2
Seorang ibu membawa anaknya ke kedai tudung
Anak : Ibu nak bawa saya pergi mana hari ni?
Ibu : (hanya tersenyum sambil fokus membawa kereta)
sampai di destinasi
Anak : Wah!! Banyaknya tudung (muka excited)
Ibu : Jom masuk pilih
Anak : Lol. Untuk saya ke ibu?
Ibu : Yelah. Kan hari ni besday kamu
Anak : Wah!! Bestnya. (sambil melompat-lompat dan berlari mencium ibunya)

Sesungguhnya seorang ibu / mak / umi dan sebagainya adalah segala-galanya bagi seorang anak. Sempatkah kita untuk menzahirkan impian mereka??

p/s: semoga sentiasa mendapat rahmat dan lindunganNYA. terima kasih MAK. awakpun kena terima kasih banyak2 kat umi / ibu / bonda dan semua.. :)

Thursday, October 13, 2011

Berdosa Bila Kita Terasa Hati??

Assalamualaikum..
~sekadar perkongsian bersama~

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili

So, the conclusion is...
Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.

"JADI JANGANLAH SAKITI HATI RAKAN ATAU TEMAN KAMU!!!"
*Pesanan utk diri sendiri...

"Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."

p/s:sumber dari ini.

Monday, October 3, 2011

Cara Cari Calon Menantu Paling Style..

Kisah pemuda dan mak cik air tebu di suatu petang.. Pemuda baru pulang dari solat Zohor dan singgah di kedai air tebu febret..

Vroommmm.... (bunyi motor)
Lelaki 1 - Ai mak cik. Bagi air tebu satu. Macam biasa, tak nak ais tau...(nada mengada2)
Mak Cik - (hanya mengukirkan senyuman)

sunyi dan hanya bunyi air tebu dituangkan ke dalam gelas plastik..

Mak Cik - Nak?
Lelaki 1 - Ye saya.
Mak Cik - Kemana menghilang seminggu? Tak nampak batang hidungpun. Selalu ada je lalu nak pergi masjid tu. Dah tak ke masjid ke?
Lelaki 1 - hahaha (gelak dengan cover). tak adalah mak cik. ni baru je balik masjid tu ha. pagi tadi ada majlis kena jaga.
Mak Cik - Habis tu lama tak nampak minggu lepas. (sambil menghulurkan air tebu)
Lelaki 1 - Aa..lupa plak nak jawab. hehe (senyum kambing). Saya baru je pulang kemarin mak cik. kena pergi kem kat utara sana tu. (menghirup air dengan straw)
Mak Cik - Ooo.. patutlah tak nampak. Ingat dah berubah angin tak ke masjid.
Lelaki 1 - haha...(gelak dengan kuat) jangan macam tu. baru nak berjinak-jinak dengan masjid ni mak cik. Sedang berusaha untuk istiqamah. teman saya selalu sebut istiqamah ni. hehe (senyum)
Mak Cik - Alhamdulillah.. Eloklah tu.
Lelaki 1 - Um2..betul tu.. I'Allah.. (senyum) kenapa tiba-tiba berminat dan tanya saya ni? (muka senyum menyindir)
Mak Cik - Baru je nak cancel jadi menantu (dengan nada halus and slow )

senyap seketika.....

Lelaki 1 - Apa dia mak cik? (buat-buat tak dengar sambil buat muka bingung)
Mak Cik - Tak ada apa-apa. Saja tanya, lama tak nampak. Rindulah ni. haha(ketawa besar)
Lelaki 1 - Ish..kesitu pulak mak cik ni. (dalam hati berkata-kata "mengada betul orang tua ni")
Mak Cik - Anak dah ada calon belum?
Lelaki 1 - Calon ape benda pulak?
Mak Cik - Nak jadikan isterilah.
Lelaki 1 - haha (gelak dengan kuat).. saya ni sape yang nak mak cik. kerja pun tak lagi. kalau adapun, itu urusan mak saya lah tu. Saya suruh mak pilih and uruskan semua. Saya cari pastu tunjukkan je. Sekarang mak pun dah macam ada calon je. Saya tak campur. (senyum) Cinta selepas halal itu lebih maniskan mak cik?
Mak Cik : Betul. (senyum paksa). Mak cik selalu tengok anak lalu depan ni pergi masjid. Memang mak cik selalu tengok budak-budak lalu depan ni pergi masjid. Boleh pilih buat menantu.
Lelaki 1 - Wah!!(muka teruja) Mak Cik ni samalah dengan ibu dia.
Mak Cik - Ibu siapa pulak?
Lelaki 1 - Ops..(sambil tutup mulut) Tak adalah, mak cik ni sama peragai dengan mak kepada menantu mak saya. Cari menantu yang lalu nak pergi masjid atau surau.
Mak Cik - haha (gelak besar)
Lelaki 1 - Ok lah mak cik.. Nak balik beradu pulak. Letih badan. hehe
Mak Cik - Hati-hati
sekadar gambar hiasan

vrooommmmm......

p/s: Jom ler pakat ke masjid... :) sekadar untuk senyum dan semangatkan hati anak2 muda. thanz awak!!

Saturday, October 1, 2011

Demi Allah

kehidupan ini ada naik turunnya,
dan manusia sentiasa tidak bersedia untuk berada di bawah...

setiap tutur kata itu merupakan satu azimat yang menentukan naik turun kehidupan kita. Selagi kita masih berada dilandasannya, kita akan bertuah dan perl bersyukur dengan kurniaanNya.

Percaya atau tidak, hati ini tidak pernah memaksudkan kata-kata hina atau cemuhan. Ia adalah kawalan luar waras yang sentiasa berusaha untuk mengawal diri ini.

Setiap pelakuan jahat itu adalah hadia bagi hasutan yang dilakukan oleh syaitan atau iblis yang durjana. Mereka akan ketawa gembira dengan kemaslahatan manusia ini.

Percayalah pada kata hatimu kerna Allah sentiasa bersamamu, percayalah pada keikhlasanmu. Setiap pengorbananmu bukanlah sia-sia. Hasilnya akan terpampang suatu hari nanti. Kebahagian ku hanya mampu dicapai oleh kamu.

p/s:setiap janji-janji Allah itu pasti dan ia akan berlaku. Berdoalah sayangku. Kerna Allah itu tahu. Demi Allah aku teruskan hidup ini.

Friday, September 23, 2011

Kesedaran 3

Minggu A:
Lelaki 1 - Oit..jom jumaat.
Lelaki 2 - Aku penatlah. Engkau pergilah dulu
Lelaki 1 - Ok..tapikan, kau dah cukup 3 kali tak jumaat masuk minggu ni
Lelaki 2 - Eh? (termenung) Kejap, aku siap.
Lelaki 1 - Ya Rabbi.. (geleng2 kepala)

Minggu B:
Lelaki 1 - Jom jumaat
Lelaki 2 - Minggu lepas aku dah pergikan?
Lelaki 1 - Aa.. Nape??
Lelaki 2 - So aku tak dapat pergilah minggu ni, mengantuk
Lelaki 1 - Hmm..boleh pulak gitu..alhamdulillah,syukur padaMu kerana berikan aku hidayah ini..kalau dulu itulah aku.. (rintihan dlm hati diikuti mutiara dari mata)

Minggu C:
minggu ini Lelaki 3 tak bali kampung
Lelaki 3 - Lelaki 2 tu dah berapa minggu tak jumaat?
Lelaki 1 - 2 minggulah kalau minggu ni tak pergi
Lelaki 3 - Oo..ada lagi seminggu
sepi seketika....
Lelaki 1 - jom jumaat..
Lelaki 2 - aku penatlah
Lelaki 3 - aku pun dah pergi minggu lepas
Lelaki 1 - pastu siapa nak bawak motor ni, tak kan kena jalan kaki lagi minggu ni
Lelaki 3 - yelah-yelah..kejap, aku siap

Penerangan :

kenapa kita sekarang terlalu berpegang dengan hadis
"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)
sedangkan kita terlupa tentang Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9) 
dan Sabda Rasulullah SAW:
"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim). 
p/s:Untuk panduan bersama..bukan untuk menjatuhkan sesiapa.bacalah dengan perasaan untuk berubah.tiada kaitan dengan sesiapa.
:)
 Kesedaran | Kesedaran 2 | Kesedaran 3 | Kesedaran 4

Saturday, September 17, 2011

Tasbih Cinta

MerinduiNya mencari cahaya;
MenurutNya mencari jalan...

Setiap langkah membawa sejuta kata hati,
Setiap perkataan membawa seribu pengertian...

Kenapa Allah menjadikan NYA,
setiap pelakuan kini terbatas,
adakah ia ujian atau hukuman?
Kesalahan apa yang dilakukan oleh diri?

Sesungguhnya ia adalah batasMu wahai umat Ilahi,
Menjaganya memeliharakan maruahmu,
merampikannya mecantikkan kesucianmu,
Menjadi tanggungan mu untuk memeliharanya.

p/s:Setiap aturan dan titipan dalam furqan adalah untuk panduan kita. nak atau tida ia adalah kewajipan kita walaupun pahit. "paksa diri kita untuk agama!!" nasihat seorang teman sejati y abadi...i'allah :)

Friday, September 16, 2011

Kejujuran

Assalamualaikum dan salam jumaat.. :)
Seharusnya dan sewajibnya lelaki haruslahkan solat jumaat. Keadaan di Kuala Lumpur ini pun dan mendung & seperti mahu mencurahkan isinya ke bumi ini. Sambil-sambil dengar pulak lagu Sudirman-Hujan, memang masuk tune kepala yang mahu hujan.haha

Entry hari ni santai dan membawa maksud tersendiri "Kejujuran". Manusia dilahirkan dengan mempunyai akal, perasaan dan segala-galanya yang tidak terdapat pada makhluk lain ciptaanNYA. Kejujuran lahir dari hati yang suci dan ikhlas dalam kehidupan. Mencari sebuah kejujuran umpama mencari sebiji berlian dalam butiran kaca yang mana mungkin mampu dijumpai dengan senang.

Insan yang menempuh segala onak duri dan pengalaman akan mengajar seorang tukang berlian untuk mengasingkannya. Begitulah juga kejujuran yang mana ia akan kelihatan jika kita sentiasa berdamping dan memerhati orang sekeliling dengan penuh keikhlasan.

Tidak jujur akan muncul dengan sendirinya apabila keikhlasan kita itu akan digunakan sepenuhnya untuk kepentingan mereka. Orang akan sentiasa mengaitkan kejujuran dengan persahabatan, cinta dan hubungan sekeliling. Kita sentiasa akan terjumpa perkataan "pasangan tak jujur","tidak jujur dalam bekerja" dan sebagainya. Jujur merupakan satu istilah besar yang mana ia akan mengspecifiedkan setiap susunan ayat untuk kitagunakan.

Nabi s.a.w. bersabda; "Tunaikanlah amanah kepada orang yang mengamanahkan kepadamu dan jangan kamu khianati orang yang mengkhianatimu." - RiMuslim dan Abu Dawud

Kejujuran itu hadir apabila hati itu ikhlas  dalam mencari dan menyampaikannya. Setiap apa yang kita mahu lakukan haruslah ikhlas dahulu maka akan muncul dengan semulajadinya JUJUR.

p/s: sedih dengan sikap dia yang mempermainkan perasaan dia dan pesanan untuk diri sendiri juga :)

Wednesday, September 7, 2011

BAGAIMANA MENGURUS KELUHAN MENJADI SYUKUR & IKHLAS?

Assalamualaikum...
Artikel ini ambe dapat dari Laman Tarbawi..sekadar perkongsian bersama yang mana ia adlah kesinambungan dari ikhlaskah kita??
________________________________________
Makhluk yang namanya manusia pasti pernah mengeluh. Sedar atau tidak, mengeluh itu sendiri adalah sifat asli manusia. Hanya sahaja, frekuensi dan kualiti keluhannya yang membezakan antara satu personaliti dengan personaliti lainnya. Biasanya perbezaan ini berkait dengan taraf kefahaman dan cara pandang seseorang tentang sesuatu masalah yang sedang dihadapinya. Sabar, ikhlas dan seberapa besar keinginan untuk mengubah sebuah keadaan menjadi lebih baik, biasanya akan meminima-kan isyarat-isyarat keluhan. Sebaliknya, sikap pesimis dan buruk sangka terhadap kejadian yang sedang menimpa secara automatik akan menimbulkan keluhan-keluhan yang kemudiannya beralih menjadi penyesalan.



Secara sejatinya mengeluh adalah rasa tidak puas, tidak ikhlas menerima sebuah ketentuan yang terjadi, baik dari segi fizikal mahupun spritual. Ketika kita sakit kita berkeluh kesah, atau menyalahkan orang lain. Atau ketika ditimpa musibah kita mempersoalkan rahmat Allah, manakala kepada majikan jika gaji kecil kita mempersoalkan reputasi syarikatnya. Jika anak-anak nakal dan bermasalah ada juga yang menyalahkan isteri sebagai tidak pandai mendidik dan sebagainya. Kita juga kecewa dan kesal apabila h/p tidak terjawab atau berbalas.

Itulah sebahagian contoh kecil yang merupakan sebuah manifestasi dari perasaan tidak puas yang akhirnya membuahkan keluhan. Fenomena di negara yang kita cintai ini juga melalui denai ketidak-puasan hati di mana-mana akibat penyalahgunaan kekuasaan, korupsi-kolusi dan nepotisme dan banyak lagi kriminal politik yang semuanya menunjukkan pada satu hal : ketidakpuasan! Sebuah potret masyarakat yang diwarnai dengan berbagai keluhan.

Allah Taala menyukai hambaNya yang sentiasa bersyukur dengan segala ketentuan dan bersabar ketika ditimpa sesuatu yang tidak sesuai dengan keinginan. Masalahnya apabila seseorang itu hanyut dalam keluhan, panca-inderanya pun tidak mampu memainkan fungsinya untuk melihat, mendengar, mencium dan merasakan nikmat yang bertebaran diberikan oleh Allah Taala. Hatinya serta merta buta dari mengingat dan bersyukur atas nikmat Allah yang tiada batas.

Pada zaman Umar Al Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi BaituLlah yang maksudnya, "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit".

Doa beliau didengar oleh Saidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Saidina Umar hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pemuda tersebut dan bertanya, "Mengapa engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tidak ada permohonan lain yang engkau mohonkan kepada Allah?".

Pemuda itu menjawab, "Wahai Ya Amiral Mukminin! Aku membaca doa itu kerana aku takut dengan penjelasan Allah dalam surah Al A’raf ayat 10, Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami hasilkan bagi kamu di muka bumi (sumber) penghidupan. Tetapi amat SEDIKIT kamu yang bersyukur. Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit itu, lantaran terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah".

Semoga kita menjadi hamba-hamba yang dikategorikan sedikit oleh Allah dalam ayat tersebut. Dengan selalu menjaga ikhlas dan sabar terhadap segala kejadian atau ketentuan yang diberikan oleh Allah. Dan berprasangka positif bahawa apa yang telah terjadi adalah yang terbaik menurut Allah, sehingga hanya rasa syukur sahaja yang terlintas dibenak, terucap dibibir dan terlihat dari tindakan kerana sesungguhnya jika kita bersyukur maka Allah akan menambah nikmat-Nya dan jika kita ingkar, sesunggunya azab Allah sangat pedih (Rujuk Surah Ibrahim ayat 7).

Mengeluh Hanya Pada Allah Taala

Ketika sebuah kejadian tidak diingini menimpa seseorang, menyakitkan hati, membuat kepala berdenyut-denyut dan menjadikan seseorang itu merasa diberi ujian yang sangat berat dan tidak sanggup mengatasinya sendiri, lalu benarkah tindakannya jika ia mengeluhkan masalahnya kepada orang lain?

Rasulullah S.A.W pernah mengalami sebuah kondisi yang jauh dari yang beliau inginkan. Para kaum musyrikin mengabaikan seruannya. Dalam kondisi tertekan tersebut Rasulullah S.A.W mengeluh hanya kepada Allah Taala. seperti yang terkandung dalam Surah Al Furqon ayat 30, "Dan berkatalah Rasul (Muhammad), 'Ya Tuhanku! Kaumku ini sesungguhnya telah meninggalkan jauh Al Quran'. Begitu pula dengan Nabi Yaaqub dan Nabi Ayub, di mana Nabi Yaaqub berkata; Sesungguhnya aku mengeluh keadaanku dan kesedihanku hanya kepada Allah". (Surah Yusuf:86).

Manakala Nabi Ayyub A.S yang disebutkan oleh Allah di dalam firman-Nya, ketika Nabi Ayyub berkata, "Sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau (Allah) adalah Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". (Surah Al Anbiya’:83).

Sebaiknya, mengeluhlah hanya kepada Allah kerana sesungguhnya semua kejadian sudah menjadi sebuah ketentuanNya dan hanya Dialah sebaik-baik pemberi solusi. Tetapi dalam kondisi-kondisi di mana seseorang mengeluh tentang masalahnya kepada orang yang diyakini amanah untuk mendapatkan penyelesaian, maka dalam hal ini sebahagian ulama memperbolehkan. Sebagaimana kata Ibnu Qayyim , dalam ‘Uddatu Ash Shabirin, "Menceritakan kepada orang lain tentang perihal keadaan, dengan maksud meminta bantuan petunjuknya atau pertolongan agar kesulitannya hilang, maka itu tidak merosak sikap sabar; Seperti orang sakit yang memberitahu kepada doktor tentang keluhannya, orang teraniaya yang bercerita kepada orang yang diharapkan dapat membelanya, dan orang yang ditimpa musibah yang menceritakan musibahnya kepada orang yang diharapkannya dapat membantunya".
---------------------------------------------------
p/s:cuba lah..kerna kita perlu yakin padaNYA

Thursday, September 1, 2011

Kisah Berbeza

Meniti kebahagian adalah saat terbaik dalam kehidupan, pun begitu tidak semua perkara indah itu berkekalan. Sedangkan batupun akan terhakis, inikan pula kehidupan manusia yang sentiasa ada "hadiah" untuk menguji kesetiaan hambaNYA kepada pemilik.

Dalam mencari kebahagian abadi, kita akan melalui lembah berduri dan sungai yang dingin sebelum sampai ke destinasi pilihan hati. Setiap pelakuan kita melambangkan setiap perasaan dan setiap pemikiran kita, bab kata seorang teman. "setiap imaginasi memerlukan satu contoh atau model untuk menjayakannya". :)

Hati manusia sentiasa berubah-ubah mengikut situasi semasa ntuk disesuaikan dengan keadaan. Menerima dengan redha sesuatu ketentuan Allah adalah yang terbaik walaupun ia adalah menyeksakan diri. Seorang teman atau lebih rapat sebagai adik yang penuh dengan masalah kini baru sembuh dari operate dan aku langsung tidak mengetahuinya. Takkala mengetahui bagai petir memanah diri tanpa batasan. Sungguh terasa diri ini langsung tak berguna, sedangkan pernah membicarakan tentang penyakit tersebut dengannya.

Kenapa perlu aku sedih? Kenapa perlu aku sayu? Sebelum ini nenek seorang temanku menghadapi sakit yang sama. Tak putus-putus doa dipanjatkan kepada yang Esa, tak lengan mata dan bibir mengalunkan ayat-ayatMU. Pun kini kenapa aku tak mampu untuk melakukan pada seorang adik ku.

Temanku yang mengetahui pula hanya membisu, memberi aku seribu persoalan. Takkala hati ini memerlukannya, dia menyepi melarikan diri. Memaksa diri untuk melayan kerenah ku. Kini aku semakin kuat dan harus menjadi semakin kuat untuk melalui setiap "hadiah" yang dikurniakan olehNYA.

Dia memberikan aku seribu persoalan untuk dirungkaikan dengan pembayang yang semakin hilang. Aku bukan seorang teman yang baik dalam ruang nasihat, aku gagal menjadi pembakar semangat. Pun begitu, jauh disudut hati aku mengimpikan yang terbaik untuknya. Kini aku hanya mampu berdoa, tugasan ku semakin ke penghujungnya, Allah masih menyayangi diri ini. Aku yakin dengan NYA

Ada seorang bertanyakan pada Saidina Ali r.a "Ya Ali, bagaimana aku ingin mengetahui beza antara hukuman atau ujian yang Allah turunkan kepada hambaNYA?" Jawab Saidina Ali r.a "Jika Allah menurunkan ujian padaMu, ia akan mendekatkan dirimu pada NYA, dan jika ia adalah hukuman, ia akan menyesatkan mu dengan lebih mendalam."

Aku disuruh untuk melihat setiap kekuatan aku padanya dan keistimewaan aku padanya,
Mengapa masih perlu aku mencarinya sedangkan dia berusaha untuk meniggalkan aku,
Hati aku ketawa dan ketawa,
Mencari disegenap pelusuk negeri hati,
Menyelongkar disetiap bawah dunia gelap jiwa,
Yang ku temui kini hanya Ilahi. :)


p/s:terima kasih Ya Rabbi...  :)

TIP PERKAHWINAN

Assalamualaikum.
Entry pertama untuk bulan September. Dimulakan dengan sedikit nasihat dan panduan untuk semua. :)
Ni adalah hasil kepuasan dan terserempak di laman Ust. Azhar Idrus
Gambar Hiasan


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


p/s:sekadar perkongsian.. no 4 aku merahkan sbb korang kene ambil note yang tu..jangan sesuka hati nak bercerai berai..fikir2kanlah

Tuesday, August 30, 2011

Mengapa dan Kenapa?

Assalamualaikum.. Entry pertama di bulan syawal.

Akhirnya bulan kemenangan telah tiba, pun begitu hati masih hiba dan sedih.
Mengapa harus berduka wahai diri?
Mengapa harus menyendiri?
Mengapa perasaan gundah ini menyelubungi diri?
Mengapa dan Mengapa?

Seorang teman ada berpesan, janganlah difikirkan kenapa. Kerana ia adalah kekuasaan Ilahi. Memang benar kata-katanya itu.

Setiap kejadian akan ada hikmah dan rahmat NYA, dan kita tak mampu untuk menafikan bahawa pemilihanNYA adalah yang terbaik dan yang mustahil untuk disangkal. :)

Kedatangan syawal adalah detik gembira, tetapi haruslah diingat bahawa gembira dalam agama adalah berbeza di dunia realiti. Jangan disalah tafsir untuk merosakkan ibadah puasa yang kita kerjakan. Kerana dosa ramadhan akan bermula sebaik sahaja syawal menjelma.

Maka dengan itu segala pengisian ramadhan ini akan berakhir. Untuk renungan aku dan kita bersama.

p/s: Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin drp gurumusafir bersama bakal isteri dan anak2.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...