Options:

Change NOW and ask me HOW

Change NOW and ask me HOW
call me for assist 0133526652 or bukert_89@yahoo.com.my

Friday, October 28, 2011

Sempatkah Kita?

Assalamualaikum..
Mulakan hari dengan senyuman :)
Entry di awal pagi ini hanyalah bebelan yang melingkari pemikiran takkala sampai awal ditempat persinggahan disebabkan keriangan hati yang tak tergambar oleh kata-kata. Terima kasih MAK!!!!!!

Hanya satu perkataan, terima kasih yang tak terhingga. Walaupun awal 5 hari dari jadual asal untuk study week. But semangat "semarak darul iman" telah menyenggah lebih awal dalam diri. Hehe.. Ucapan terima kasih ini tak akan terhenti kerna pengorbanan MAK terlalu banyak dalam mengzahirkan hasrat seorang anak.

Persoalannya, sempatkah kita untuk melahirkan ucapan tersebut kepada insan tersayang ini selepas Allah dan Rasulullah. Begitu istimewa seorang perempuan itu apabila ia bergelar seorang ibu / emak / umi / mama / bonda / mek dan segala panggilan yang mengambarkannya.

Walaupun 22 tahun hidup dan menghayati kehidupan ini, setiap kata-kata mak adalah gambaran dan harapan yang mahu kita zahirkan didunia sebenar. Seorang teman penah berkata "mak mana nak tengok anak dia bersedih?". Dan kenyataan ini diakui oleh semua umat manusia bergelar orang. :)

Walaupun malu dan segan dengan kata-kata dunia, mak akan terus dan terus gagahkan hati untuk mendapatkan sesuatu kehendak anaknya.

Scene 1
Seorang ibu membawa anaknya yang berumur 10tahun berjalan ke bandar.
Anak : Mak?
Mak : Yup. Nape abang?
Anak : Abang nak kek tu boleh (menunjukkan ke arah kek yang ditayangkan dalam kedai kek resepi rahsia)
Mak : Mahal lah abang. Mana kita mampu.
Anak : Alah mak ni, semua benda tak boleh. (bermasam muka)
Mak : Yelah. (sambil tersenyum dan berlalu kearah kedai kek)
5minit selepas
Mak : Nah. Balik nanti kongsi dengan adik-adik tau. Makan elok-elok. Tak nak ada yang gaduh (tersenyum)
Anak : Wah!! Bestnya mak. time kaseh mak (sambil satu ciuman singgah di pipi)
Berjalan menuju ke hentian bas
Anak : Mak nak ke hentian bas ke? Bukan ke kita baru sampai. Lagipun mak kata nak beli hadiah untuk ayah. Mananya?
Mak : Nantilah kita datang lagi. Mak terlupa bawa duit lebih (sambil tersenyum)

Scene 2
Seorang ibu membawa anaknya ke kedai tudung
Anak : Ibu nak bawa saya pergi mana hari ni?
Ibu : (hanya tersenyum sambil fokus membawa kereta)
sampai di destinasi
Anak : Wah!! Banyaknya tudung (muka excited)
Ibu : Jom masuk pilih
Anak : Lol. Untuk saya ke ibu?
Ibu : Yelah. Kan hari ni besday kamu
Anak : Wah!! Bestnya. (sambil melompat-lompat dan berlari mencium ibunya)

Sesungguhnya seorang ibu / mak / umi dan sebagainya adalah segala-galanya bagi seorang anak. Sempatkah kita untuk menzahirkan impian mereka??

p/s: semoga sentiasa mendapat rahmat dan lindunganNYA. terima kasih MAK. awakpun kena terima kasih banyak2 kat umi / ibu / bonda dan semua.. :)

Friday, October 21, 2011

Surat Untuk Kekasih 8

Assalamualaikum awak :-) hope sangat awak sihat. Macam mana tekanan darah awak? Jangan lupa bersenam and makan ikut jadual. Ke tak ada jadual kat sana? Haha.. Nanti saya bagi awak jadual baru kalau tak ada.

mee bandung y best!!
Awak,rindu awak sangat-sangat. Semalam saya pergi makan kat kedai Mee Bandung & Char Kueh Teow yang jadi favorite kita tu dengan rakan pejabat. Dia orang tekejut saya tahu jalan ke sana and fasih kawasan tu, gelak sorang-sorang saya semalam bila terkenang yang kita penah sesat masa cari klinik dulu. Mana taknya, jauh kot kawasan tu dengan pejabat kita dulukan? Saja je saya bawak dorang makan kat kawasan tu bila saya rindukan awak. Setiap suapan saya pasti akan terukir senyuman melihat awak makan depan saya. Ingat tak yang udang dalam pinggan saya melompat ke meja sebelah?haha.. Mujurlah masa tu orang tak ramai,kalau tak balik tutup mukalah kita. Awaklah yang degil suh saya kopek kulit udang tu. Mana pernah saya buang kulit udang selama saya makan udang sehinggalah saya keluar makan dengan awak hari itu. Setiap kali tengok udang mesti senyum sorang-sorang. Wah!! Banyakkan kenangan kita :-)

Char Kueh Teow hiasan
Awak,hujung bulan ni saya akan ke hutan kat negeri jiran kita. Saya dihantar oleh syarikat untuk menjadi salah seorang urusetia dan fesilitator untuk staff baru yang perlu menjalankan kajian and penyelidikan bagi bahagian RnD syarikat. Agak teruja and bedebar. Hehe. Yelah, kalau sebelum ni awak akan ada sebagai pembantu saya dalam mengendalikan program and bengkel syarikat. Mungkin Allah nak saya berdikari and memberi saya peluang dalam mengecapi erti seorang pekerja. :-) Kali ini jumlah staff terlibat agak ramai dalam sejarah kajian syarikat untuk bangunkan satu suasana complex dalam bangunan bagi kehidupan baru. Tu kan bidang awakkan? Pokok-pokok, binatang and all berkaitan alam adalah minat awak :-) Bangga saya dapat realisasikan hasrat awak untuk bangunkan bangunan hijau pertama dalam RnD awak dulu.

Sayang, semakin kita menghampiri kebahagiaan maka semakin bertambahlah ujian untuk kita harungi. Hari tu saya ada ikut seminar suami soleh pemangkin ummah cemerlang. Ibu awaklah yang suruh pergi. Hehe.. Awak, ibu rindukan awak sebenarnya. But dia akur dengan keputusan saya untuk larikan awak seketika di sana. Ibu kata nanti dia akan pergi melawat awak,tapi sekarang ibu betul-betul tak boleh biarkan lelaki gila bayang itu menggangu hubungan kita. Sebab tu ibu dengan tabah cuba untuk selesaikan masalah itu. Saya kagum dengan sikap ibu yang sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk awak dan saya. Benar kata awak, ibulah yang paling memahami awak disamping mak yang sentiasa bersama awak.

buku yang mengajar hidup dalam agama
Bebalik pada Seminar tu, ia banyak memberikan semangat baru untuk saya terus bersama awak lalui ujian yang semakin menghampiri penamat ini. Setiap kata-kata ustaz yang sampaikan motivasi dan dorongan untuk melihat perubahan yang berlaku dalam kalangan suami masa kini saya catatkan untuk ulangkaji dengan awak balik nanti. :-) Satu ayat yang paling berkesan pada saya ialah
"haruskah kita menyayangi isteri jika kita belum mampu mencintai seluruh kelemahan isteri dan kepincangn dalam intitusi keluarga itu sendiri"
Sebak dan hanya titisan mutiara menyelubungi hati ini takala melihat gambar awak. Benar kata awak, jangan melihat keburukan orang tetapi carilah keistimewaan yang tak seberapa kerna ia paling manis dalam perhubungan.

Nampaknya surat kali ini dah sampai pada peleraian untuk mencari konklusi hati. Terima kasih sayang!!! :-)

Pulangkan aku

Mengapa kita masih di sini,
Mengutip satu kenangan,
Memungkinkan hati ini berubah mengikutmu,
Memungkinkan cinta kembali berputik lagi;

Ke mana lagi arah yang baru,
Membawa aku kearah mu,
Menemui cinta yang baru,
Menghasilkan hati yang satu;

Bantulah aku,
Bantulah aku untuk kembali kepada mu,
Aku mengharapkan petunjukmu,
Mengenal siapa aku;

Kenapa dunia ini semakin kejam,
Dimanakah aku dalam duniamu,
Oh kekasih hati ku,
Bawalah aku pulang kepada mu.
 

p/s:menantiMu :)

Thursday, October 13, 2011

Berdosa Bila Kita Terasa Hati??

Assalamualaikum..
~sekadar perkongsian bersama~

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili

So, the conclusion is...
Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.

"JADI JANGANLAH SAKITI HATI RAKAN ATAU TEMAN KAMU!!!"
*Pesanan utk diri sendiri...

"Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."

p/s:sumber dari ini.

Wednesday, October 12, 2011

Kesedaran 4

Seorang sahabat melihat rasulullah menangis dan bertanya "kenapa kamu menangis ya rasulullah?" dan jawapan baginda "aku risaukan keadaan umatku selepas ketiadaan aku"


Scene 1
L - awak, nak mintak milo ais boleh? (sambil tesengih-sengih)
P - mana boleh. Janganlah,nanti melarat batuk tu.
L - alah,sikit je pun.
P - tak boleh sayang. Jangan mengada-ngada cari penyakit ok?
L - erm.ok. :-(
P - don't be sad awak. Nanti da sembuh kita minum ais sama-sama ok?
L - ok sayang!! :-)

Scene 2
Truuut....truuutt....
Text masagge di buka
P - awak,sakit perut. Huhu
Balas
L - kenapa ni,makan tak lagi?
Balas lagi
P - belum...
L - ya allah,kenapa tak makan lagi?
P - da makan roti dengan milo tadi
L - ya rabbi. Awak tu mana boleh tak makan, nanti gastrik datang lagi. Tunggu saya pergi belikan nasi
10minit selepas...
L - mari ambil makanan ni
P - tak nak
L - awak,makan jugak. Jangan biar kosong perut tu.
P - erm.ok.kejap
Setengah jam kemudian...
P - thanz awak.da ok sikit
L - :)

Scene 3
L - awak? Saya kena kerja berat hari ni dengan group. Nak minun ais yang dorang sediakan ni boleh?
P - tak boleh awak
L - sikit aje. Boleh tak?hehe
P - jangan degil. Tak boleh.
L - :) ok.. Apa yang kita telan hari ini akan effect 20 tahun akan datang. Saya tahu and akan ingat. :) Thanz sebab jaga saya.
P - ok :-)

Scene 4
P - awak,sakit tangan
L - la...kenapa ni?
P - tadi terseliuh masa main tennis
L - ya rabbi. Ganas sangat awak ni. HaHa Dah, stop main.
P - tak nak. Esok dah game
L - laa..nanti nak ikut saya pergi wall climbing lagi. Jangan ikutlah eh?
P - alah,nak ikut juga
L - so pilih satu
P - tak nak,nak dua-dua :-)
L - satu je sayang. Nanti sakit makin teruk.
P - erm.. Tengoklah macam mana.
L - :-) terpulang. Da nasihat. Hehe

P/s: kenapa nabi risaukan nasib kita lebih dari kita risaukan diri sendiri? Begitu juga manusia sekeliling yang mana ramai yang lebih menjaga kesihatan dan keselamatan kita berbanding diri kita sendiri. Kerana kita telah bertahun-tahun menyanyangi diri sendiri dan kadang-kadang akan ada saat kita telepas pandang.

Tuesday, October 11, 2011

Surat Untuk Kekasih 7

Assalamualaikum awk. Apa khabar hari ini? Hope sihat seperti saya sekarang ini. :-)
Awak, bagaimana kesihatan awak? Awak kena jaga kesihatan tu tau. Tekanan darah rendah ni bahaya jika tak di jaga and ambik perhatian,saya tak nak awak sakit lagi.

Awak, saya baru terima hadiah awak. Thanz awak, i'm gonna miss u a lot. Bestkan dapat jumpa walaupun sekejap je dapat melawat awak and mak kat kampung tu. Tekejut saya dengan sambutan yang awak kata "alah,bukan seberapapun". But it make me think about u more sayang. Hehe. Thanz juga untuk hadiah kejutan ini, walaupun kecik,but amat bemakna dalam memberikan saya semangat. Comelkan bear and sedap biskut awak bagi ni, tapi tak bolehlah lawan awak yang lagi comel ni. Hehe.

Awak, setiap perkataan dan ungkapan yang awak rungkaikan pada saya adalah saat yang paling membahagiakan saya. Saya rasa amat bermakna pada awak dan itulah yang membuatkan saya bahagia dengan awak. Saya suka awa berterus terang and bercerita dengan saya. Saya rasa sangat dihargai dan dipercayai oleh awak. Itu sahaja yang saya pinta dalam melahirkan hubungan yang kian meninggi gunung harapan kehidupan. So saya amat berharap awak berterus terang and percayalah yang awak tidak penah keseorangan kerana dalam hati awak sentiasa ada saya untuk membuat awak tersenyum. :-)

thanz mr. google 
Saya tahu awak mendambakan saya setiap kali ada suara-suara sumbang bersuara tentang kita dulu. Tetapi awak gagahkan diri untuk menghadapi sendirian tanpa saya kerna mahu saya berjaya dalam usaha saya mencari kekuatan baru dalam hidup ini. Dan kini saya memahami perasaan awak itu, tersentuh hati saya bila mengenang kembali kekuatan dan pengorbanan yang awak lakukan untuk kebahagian keluarga kita ini dan saya akan sentiasa mendoakan semoga ujian ini akan berakhir dengan Allah tunaikan pemintaan and harapan kita sayang. Insya ALLAH akan ada bunga yang bakal mengantikan duri kaktus yang kita lalui ini :-)

Awak, hajat awak untuk ke sana akan saya usahakan dengan sedaya upaya kerna kebahagian awak adalah kebahagian kita bersama. Tak sabar saya untuk menjejak kaki ke sana sekali lagi selepas perkahwinan kita dulu awak. Suasana yang aman dan damai menyelubungi hati ini takala melangkah keluar dari perut kapal terbang and bertambah bahagia melihat awak melangkah dengan penuh harapan dan kebahagian. Waktu itu hati saya berbunga and amat bersyukur pada Ilahi yang memberikan kita peluang untuk bersama-sama menjejak kaki ke tanah pilihanNya itu. Berdoalah semoga Ia makbulkan pemintaan untuk melangkah dengan hajat yang lebih besar dalam mendambakan manfaatNya.

Akhir kalam saya untuk kali ini, saya tinggalkan awak dengan satu kata-kata yang mungkin awak telah mendengarNya. Cuma saya akan segarkan kembali harapan ini :

I can't loose U
I won't loose U
And if that seems selfish to U
Then,well,
I never said I was perfect
But I really2 love U
And I care about U
"Istikharaj Cinta"

P/s : awak, saya hanya mengharapkan seorang yang mampu untuk membenarkan hatinya mempercayai and menerima saya. Sekarang saya telah memilikinya. Terima kasih sayang :-)


Thursday, October 6, 2011

Surat Untuk Kekasih 6


Assalamualaikum awak. Apa khabar? Moga sihat di sana. :)
Awak.. Macam mana kehidupan di sana buat waktu ini? Mesti bestkan? Hehe.. Awak-awak.. Hari tu kan, saya jumpa dengan mak cik yang jaga rumah kita yang lama tu. Dia sampaikan salam pada awak. Harap ia sampai dan awak menjawabnya. :)

Jawab salam itu wajib tau. Saya dengar tazkirah kat masjid haritu. Walaupun dah tahu, hanya untuk mengingatkan kita bersama. Ustaz tu cakap lagi jangan jawab salam binatang. Contohnya kita tunggu bas, than ada lelaki yang bagi salam. Kita boleh jawab dalam hati bagi mengelakkan fitnah. Jika lelaki tu bagitahu "tak baik tau tak jawab". Mean lelaki tadi ialah buaya yang mana ia adalah binatang. Gelak besar saya dengar dengan jemaah lain.

red rose untuk awak :)
Awak. Mak dengan Mak Cik besar bezanya. Saya tak tahu apa maksud awak sampaikan mimpi tu. Tapi insya Allah saya tak akan menduakan mak mertua saya awak. Langsung tak terdetik di hati ini untuk menduakan ibu dan awak walaupun apa yang terjadi. Awak, walaupun kita punyai masalah yang berlaku, berjauhan dan tidak bersama-sama, saya sentiasa mendoakan kebahagiaan kita.

Awak jangalah risau, saya tetap akan jaga ibu awak sebagaimana awak menjaga mak saya selama ini dan sekarangpun awak masih bersama mak. Saya tahu sekarang awak berjauhan dengan ibukan. Awak, saya tak akan punyai mak mertua selain ibu walaupun Islam mengizinkannya. And saya tahu awak pun akan setuju, but that not show the real me. Saya hanya dan akan mempunyai awak seorang sahaja di dunia ini selagi diizinkan Allah.  Janganlah telalu memikirkan keburukan itu, saya tahu saya banyak melukakan hati awak sepanjang dalam perkenalan ini. Saya minta maaf awak.

Ingat lagi saya masa kita minum air kat kedai mamak sebelum ke percutian tajaan department saya tu. Awak tegur saya main dengan tisu. hehe.. Awak cakap saya tangan tak boleh duk diam. Sampai sekarang kalau saya nak ambil tisu or straw, mesti teringatkan awak and automatik akan stop perbuatan tu. :)

Hujung bulan ini saya akan pulang lawat awak dan mak. :) Rindu sangat-sangat awak. Saya nak sangat segala kekalutan ini berlalu pergi dengan pantas dan tuntas. Ada ayat director tak?hehe.. Just kidding.

awak, kenangan lama semakin mengamit memori. :) saya rindukan awak. maaf surat kali ini pajang untuk awak membacanya.(tandanya saya rindu) :) hehe

p/s:setiap apa yang berlaku adalah ujian dan peringatanNya kepada kita..sebelum terlupa, team saya kalah lam game hari tu. but Allah ganti dengan presentation projek saya yang menjadi.. :) nak sambut dengan awak. insya Allah.

Tuesday, October 4, 2011

LAW KANA BAINANA

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...


Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.

Hakcipta Terjemahan Terpelihara - Asyraff Hafdzan Abdullah.

p/s:lirit lagu law kana bainana...blh dengar di SINI versi asal.. sangat tenang...
mendekatkan diri dengan utusanNya adalah lebih baik... :)

Monday, October 3, 2011

Cara Cari Calon Menantu Paling Style..

Kisah pemuda dan mak cik air tebu di suatu petang.. Pemuda baru pulang dari solat Zohor dan singgah di kedai air tebu febret..

Vroommmm.... (bunyi motor)
Lelaki 1 - Ai mak cik. Bagi air tebu satu. Macam biasa, tak nak ais tau...(nada mengada2)
Mak Cik - (hanya mengukirkan senyuman)

sunyi dan hanya bunyi air tebu dituangkan ke dalam gelas plastik..

Mak Cik - Nak?
Lelaki 1 - Ye saya.
Mak Cik - Kemana menghilang seminggu? Tak nampak batang hidungpun. Selalu ada je lalu nak pergi masjid tu. Dah tak ke masjid ke?
Lelaki 1 - hahaha (gelak dengan cover). tak adalah mak cik. ni baru je balik masjid tu ha. pagi tadi ada majlis kena jaga.
Mak Cik - Habis tu lama tak nampak minggu lepas. (sambil menghulurkan air tebu)
Lelaki 1 - Aa..lupa plak nak jawab. hehe (senyum kambing). Saya baru je pulang kemarin mak cik. kena pergi kem kat utara sana tu. (menghirup air dengan straw)
Mak Cik - Ooo.. patutlah tak nampak. Ingat dah berubah angin tak ke masjid.
Lelaki 1 - haha...(gelak dengan kuat) jangan macam tu. baru nak berjinak-jinak dengan masjid ni mak cik. Sedang berusaha untuk istiqamah. teman saya selalu sebut istiqamah ni. hehe (senyum)
Mak Cik - Alhamdulillah.. Eloklah tu.
Lelaki 1 - Um2..betul tu.. I'Allah.. (senyum) kenapa tiba-tiba berminat dan tanya saya ni? (muka senyum menyindir)
Mak Cik - Baru je nak cancel jadi menantu (dengan nada halus and slow )

senyap seketika.....

Lelaki 1 - Apa dia mak cik? (buat-buat tak dengar sambil buat muka bingung)
Mak Cik - Tak ada apa-apa. Saja tanya, lama tak nampak. Rindulah ni. haha(ketawa besar)
Lelaki 1 - Ish..kesitu pulak mak cik ni. (dalam hati berkata-kata "mengada betul orang tua ni")
Mak Cik - Anak dah ada calon belum?
Lelaki 1 - Calon ape benda pulak?
Mak Cik - Nak jadikan isterilah.
Lelaki 1 - haha (gelak dengan kuat).. saya ni sape yang nak mak cik. kerja pun tak lagi. kalau adapun, itu urusan mak saya lah tu. Saya suruh mak pilih and uruskan semua. Saya cari pastu tunjukkan je. Sekarang mak pun dah macam ada calon je. Saya tak campur. (senyum) Cinta selepas halal itu lebih maniskan mak cik?
Mak Cik : Betul. (senyum paksa). Mak cik selalu tengok anak lalu depan ni pergi masjid. Memang mak cik selalu tengok budak-budak lalu depan ni pergi masjid. Boleh pilih buat menantu.
Lelaki 1 - Wah!!(muka teruja) Mak Cik ni samalah dengan ibu dia.
Mak Cik - Ibu siapa pulak?
Lelaki 1 - Ops..(sambil tutup mulut) Tak adalah, mak cik ni sama peragai dengan mak kepada menantu mak saya. Cari menantu yang lalu nak pergi masjid atau surau.
Mak Cik - haha (gelak besar)
Lelaki 1 - Ok lah mak cik.. Nak balik beradu pulak. Letih badan. hehe
Mak Cik - Hati-hati
sekadar gambar hiasan

vrooommmmm......

p/s: Jom ler pakat ke masjid... :) sekadar untuk senyum dan semangatkan hati anak2 muda. thanz awak!!

Sunday, October 2, 2011

Untuk Sahabat

Wahai teman..
Adakah kau ingat cerita kita?
Ya...
Kisah kita berdua..
Meredah suka duka..
Berkongsi rahsia..

Wahai teman..
Adakah kau ingat cerita kita?
Ya..
Kisah kita berdua..  

Walaupun aku mengukir senyuman..
Senyuman yang paling indah..
Kau masih dapat melihat isi hatiku..
Yang ketika itu kecewa dan sedih..
Berdebar hati..
Hilang susunan kata-kata..
Sejuk badanku menahan sebak untukmu.. 

Wahai teman..
Adakah kau ingat cerita kita?
Ya..
  Kisah kita berdua..
Yang dahulunya asing..
Dari dunia yang berbeza..
Tidak lama wahai teman..
Terbina ikatan antara kita..
Tiada dinding rahsia..

Wahai teman..
Adakah kau ingat cerita kita? 
Ya..
  Kisah kita berdua.. 
Ikatan ini akan berpanjangan..
Tiada tarikh luput..
Insya ALLAH......

Wahai teman...
Kaulah sahabat..
Walau namaku kabur disudut kecil hatimu..
Kau tetap terpahat jauh dalam lubuk hatiku..
Aku menunggumu hingga kebahagianmu terpancar..

p/s:nukilan "umi" kpd temannya solehah(umi adalah pencipta sebenar dan aku hanya menoikot tambah)..diedit dan ditambah sdikit sbanyak..terima kasih teman2..terima kasih awak.. 

Saturday, October 1, 2011

Demi Allah

kehidupan ini ada naik turunnya,
dan manusia sentiasa tidak bersedia untuk berada di bawah...

setiap tutur kata itu merupakan satu azimat yang menentukan naik turun kehidupan kita. Selagi kita masih berada dilandasannya, kita akan bertuah dan perl bersyukur dengan kurniaanNya.

Percaya atau tidak, hati ini tidak pernah memaksudkan kata-kata hina atau cemuhan. Ia adalah kawalan luar waras yang sentiasa berusaha untuk mengawal diri ini.

Setiap pelakuan jahat itu adalah hadia bagi hasutan yang dilakukan oleh syaitan atau iblis yang durjana. Mereka akan ketawa gembira dengan kemaslahatan manusia ini.

Percayalah pada kata hatimu kerna Allah sentiasa bersamamu, percayalah pada keikhlasanmu. Setiap pengorbananmu bukanlah sia-sia. Hasilnya akan terpampang suatu hari nanti. Kebahagian ku hanya mampu dicapai oleh kamu.

p/s:setiap janji-janji Allah itu pasti dan ia akan berlaku. Berdoalah sayangku. Kerna Allah itu tahu. Demi Allah aku teruskan hidup ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...